Tuesday 20 September 2016

ASN & ASB tidak patuhi garis panduan 'Islamic Unit Trust Fund"? Kerjasama Umno-Pas di Selangor mudahkan rakyat membuat pilihan.

Selasa, 20 September 2016
FAKTA:
Fatwa Selangor telah memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak pada 12 April 2011.
.. DAN & Suruhanjaya Sekuriti M'sia pula menegaskan bhw "Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti M'sia (SC) telah buat keputusan bahawa ASB dan skim ASN tidak mematuhi garis panduan 'Islamic Unit Trust Fund", -(12/2/2009).
SIAPA PULA YANG ADA di dalam ASB, ASN atau yang sebumbung dgn PNB ??
PATUTLER... Krikk.. Krikk.. Krikk..

Kerjasama Umno-Pas di Selangor bakal mudahkan rakyat membuat pilihan

Dakwaan wujudnya kerjasama politik antara Umno dan Pas di Selangor adalah perkembangan yang perlu disambut baik kerana ia bakal memudahkan pengundi membuat pilihan.
Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong berkata, rakyat akan perlu membuat keputusan untuk memihak kepada mereka yang hendak mengekalkan status-quo atau melakukan perubahan dan reformasi.
Ahli Parlimen Kluang itu berkata demikian sebagai mengulas laporan eksklusif akhbar Nanyang Siang Pau semalam yang mendakwa wujudnya persefahaman antara Umno dan Pas di Selangor untuk tidak bertembung antara satu sama lain dalam pilihanraya akan datang.
Laporan tersebut juga mendakwa terdapat perjanjian bahawa UMNO hanya akan menentang PKR manakala PAS pula akan berhadapan Parti Amanah Negara.
Perjanjian tersebut dipercayai hanya menanti lampu hijau Presiden Pas.
“Sukar untuk pastikan sejauh mana kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya perjanjian sedemikian tidak boleh dipandang ringan.
“Malah, ia merupakan andaian yang paling logik ekoran hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat,” kata Chin Tong dipetik Roketkini.
Pun begitu, Ahli Parlimen Kluang itu percaya bahawa keadaan politik dan ekonomi semasa membolehkan tercetusnya sebuah ‘gelombang Melayu’ pada pilihanraya umum akan datang.
Namun katanya, itu hanya boleh terjadi sekiranya wujud garis pemisah jelas dalam politik negara antara mereka yang menyokong agenda politik perkauman UMNO-PAS dan mereka yang menyokong perubahan, dari kalangan parti-parti Pakatan Harapan dan bekas pemimpin UMNO anti-Najib yang kini bersama parti Bersatu.
“Pensejajaran semula politik negara mesti bermula dari mereka yang mahukan perubahan dan reformasi.
“Ada keperluan mendesak untuk suatu konsensus bagi memperjelaskan situasi kerana kepimpinan PAS hari ini hanyalah satu cabang daripada UMNO pimpinan Najib,” dakwa Pengerusi DAP Johor itu.
Menurut beliau lagi, pakatan UMNO-PAS akan memberi dilema kepada ribuan anggota PAS yag telah lama menentang UMNO selama bertahun-tahun dengan agenda Islam inklusif yang tidak lagi menjadi agenda utama kepimpinan semasa parti tersebut.
PAS dalam muktamarnya tahun lalu menyingkirkan kepimpinan utamanya yang progresif dan pro-Pakatan Rakyat. Mereka yang tersingkir kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara yang kini bergabung semula dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.
Sejak muktamar itu, parti Islam tersebut dilihat kian mesra Umno.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena