Monday 5 September 2016

Bila tangan DSAI menggengam erat tangan Tun M....itu yang tak boleh tahan tu.

Isnin, 5 September 2016


Otai BERSIH telah menambah 4 foto baru
6 jam
Allahuakbar.... dengan tak disangka2 Dr Mahathir hadir di mahkamah memberi sokongan kepada DSAI. Kuasa Allah SWT tiada siapa yang tahu. Arena politik negara kian mengasyikkan.
Persoalannya adakah DSAI sanggup melupakan segala kesengsaraannya atas kuasa TDM sejak 1998 dulu? Bila tangan DSAI menggengam erat tangan TDM....itu yang tak boleh tahan tu.
Kedua-dua mereka berjiwa besar. Apa pun kita tunggu episod seterusnya...

Mahathir harap OSA tak diguna sembunyi jenayah orang baik

Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak digunakan untuk menyembunyikan jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik, katanya merujuk tindakan Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos yang memberi RM1,000 kepada setiap ketua cawangan dan perwakilan parti itu.
Menulis di blog, hari ini, bekas perdana menteri itu menimbulkan pelbagai soalan yang menurutnya taksiran kasar menunjuk puluhan ribu ringgit terpaksa dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik.
Begitu juga, katanya, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.
“Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).
“Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.
“Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.,” katanya.
Malaysiakini sebelum ini, melaporkan Jamal membatalkan janjinya untuk membawa semua ketua cawangannya bercuti sambil belajar ke Dubai.
Sebaliknya, janji percutian itu ditukarkan dengan pemberian wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua cawangan berkenaan.
Namun, selepas mendapatkan penjelasan dari Jamal sendiri, pihaknya berkata wang RM1,000 itu diagihkan kepada setiap ketua cawangan dan termasuk 646 perwakilan Umno.
Susulan laporan itu, ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendesak Jamal mendedahkan sumber kekayaannya atau berdepan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim menyifatkan tindakan Jamal memberikan wang tunai berkenaan mengesahkan parti itu mengamalkan politik wang.
Katanya, tindakan itu sekali gus memalukan Umno yang di label negatif sebahagian besar rakyat sekarang.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pendapatan seseorang dengan apa cara atau sebab, perlu dilapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya cukai dibayar.
“Demikian juga jika wang diterima dibelanja dengan apa cara sekalipun, laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dibuat.
“Derma yang tidak dikena cukai ialah derma kepada badan-badan kebajikan yang telah dilulus oleh Kementerian Kewangan bebas dari bayaran cukai.
“Apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah secara rasmi, mengecualikan pemberian kepada orang baik dari bayaran cukai?” soalnya.
Sebelum ini, laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dikemukakan pada bulan Mac tahun ini diklasifikasikan mengikut OSA..
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Perhatian !!! Perhatian !!!!
Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
 
Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena