Saturday 10 September 2016

'VVIP Umno guna harta kerajaan spt harta mak bapak mereka!' Deritalah M'sia jika idea Noh diterima.

Ahad, 11 September 2016
KANTOI !!.. Guna Pesawat TUDM Utk Pergi Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO PASIR MAS?
TUDM 'derma' pesawat utk kegunaan VVIP UMNO KA !!!
SEJAK BILA TUDM jadi sayap baru UMNO ?
GAJI TUDM dibayar oleh UMNO ka?
HARTA TUDM milik UMNO ka?
TAK ADA PUNYA MALU ka..
Guna harta kerajaan spt harta mak bapak mereka !!!
FAKTA:
Penggunaan aset2, kemudahan, harta atau wang kerajaan untuk urusan parti politik adalah menyalahi undang2 negara.
BERANI TAK SPRM nak siasat penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin UMNO !!!
Siapa berminat membeli sambil membantu.


Deritalah M'sia jika idea Noh diterima

Boleh dikatakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar layak dikritik, dibidas malah diherdik sekalipun atas cadangan beliau untuk memberikan lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan.
Ini kerana bukan saja portal propembangkang dan ahli-ahli parlimen pembangkang mengkritik cadangan Noh itu, malah bantahan turut disuarakan portal prokerajaan dan pelbagai organisasi lain.
Rata-rata pelbagai pihak menyuarakan sentimen dan maklum balas negatif terhadap cadangan Noh yang disifatkan bukan saja tidak menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi kerumitan di kalangan rakyat negara ini yang belum memiliki rumah.
Antara yang ketara menyuarakan pandangan sedemikian ialah bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda), Ng Seing Liong yang menegaskan pemaju perumahan lebih suka menggunakan dana sedia ada untuk membina lebih banyak rumah berbanding memberi pinjaman kepada pembeli.
Pendapat Ng disokong ketua pelaburan untuk Pengurus Amanah Pelaburan Hartanah Axis Berhad dan bekas presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker.
Katanya, pemaju sepatutnya memberikan fokus kepada pembinaan harta tanah.
Terikat bayaran jangka panjang
Pembeli pula katanya tentu tidak mampu untuk berasa gembira dengan cadangan sedemikian kerana beban hutang akan bertambah.
Ia kerana faedah setinggi 18 peratus yang akan dikenakan syarikat pemaju adalah lebih tinggi berbanding kadar ditawarkan bank tempatan untuk pinjaman perumahan.
Jika pembeli tidak mengambil pinjaman penuh (100 peratus) sekalipun daripada pemaju perumahan, dengan kadar 18 peratus itu mereka akan terbeban, ditambah pula dengan tanggungan baki pinjaman yang diambil dari bank tempatan.
Bayangkan seorang pembeli yang mengimpikan memiliki sebuah rumah tetapi kemampuan semasanya terhad cuma menyediakan deposit 10 peratus kepada pemaju.
Pihak bank pula sekadar meluluskan pinjaman sebanyak 70 peratus daripada harga rumah berkenaan selepas mencongak tahap kemampuan kewangan pemohon tersebut.
Ini bermakna pembeli terpaksa mendapatkan pinjaman bagi pembiayaan 20 peratus lagi daripada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.
Dalam keadaan ini, pembeli tersebut terikat dengan bayaran ansuran bulanan jangka yang panjang kepada pihak bank daripada pinjaman 70 peratus tadi.
Pada masa sama, pembeli juga terpaksa menanggung bayaran ansuran yang tinggi bagi pinjaman 20 peratus pada pemaju dengan kadar faedah 18 peratus.
Bagi segmen pembeli berpendapatan sederhana yang ingin membeli rumah pula, persoalan utama yang timbul ialah sama ada mereka mampu untuk membayar dua pinjaman sekaligus dalam tempoh sebulan bagi memiliki seunit rumah untuk tempoh yang lama.
Keadaan akan bertambah buruk jika pembeli mengambil pinjaman penuh (100 peratus) daripada pemaju, kerana jumlah hutang tersebut akan menjadi empat hingga enam kali ganda berbanding nilai pinjaman pokok.
Sewa sampai bila-bila
Ini bermakna kadar bayaran ansuran bulanan - untuk suatu tempoh yang lama juga - akan menjadi lebih tinggi daripada sepatutnya.
Akhirnya ia akan menyebabkan harga harta tanah di Malaysia menjadi semakin mahal di masa depan.
Dalam kenaikan gaji tahunan pekerja tempatan yang kian mengecil serta peningkatan harga barangan serta perkhidmatan yang seolah-olah tidak terkawal pada masa ini, hasrat untuk memiliki rumah mungkin sekadar angan-angan terutama di kalangan mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.
Masakan tidak, jika tidak mampu membayar kedua-dua ansuran tersebut (dalam kes seperti yang disebutkan di atas), pastinya bank dan pemaju berhak untuk merampas rumah tersebut daripada pemiliknya dan kemudian akan melelongkan harta tersebut.
Ternyata, rakyat negara ini akan bertambahlah menderita untuk menjalani kehidupan jika cadangan Noh itu menjadi realiti.
Dengan Bajet 2017 bakal dibentangkan pada Oktober ini dan khabar angin pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada suku pertama tahun depan, wajar untuk kerajaan menjadi lebih kreatif dan realitistik menyelesaikan masalah rakyat.
Dalam suasana kehidupan hari ini yang sangat kompleks dan sofistikated, keperluan asas secara realitinya bukan sekadar memiliki rumah sebagai tempat berteduh, malah rakyat turut dihimpit dengan keperluan untuk memiliki kenderaan, insurans kesihatan dan pendidikan serta simpanan menjelang hari tua.
Itu belum termasuk menyediakan dana membawa anak-anak berjalan-jalan ke pusat peranginan setiap kali tibanya musim cuti sekolah atau membayar bil-bil telekomunikasi bulanan dan sebagainya.
Justeru, daripada menanggung hutang yang berlipat kali ganda akibat membeli rumah menggunakan cadangan - disifatkan Rafizi Ramli sebagai "paling gila" dalam hal perumahan dan kewangan negara - mungkin pilihan yang lebih baik ialah menyewa saja sampai bila-bila.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena