Monday 5 September 2016

GELANDANGAN @ Rakan Jalanan semakin bertambah ekoran kepincangan agihan ekonomi...‘Panjat’ Baitulmal banyak kali dah.

Isnin, 5 September 2016
3 Sept. 2016:
"Saya hanya takut kepada Allah" - PM Najib

SELANG SATU HARI.. 4 Sept. 2016:
Najib merasmikan pula projek Taman Tugu di Tugu Negara bernilai RM650 juta.

Slps berjaya kutip GST lebih RM30 bilion, kini SANGGUP PERHABIH RM650 JUTA nak pelihara di sekitar benda haram patung Tugu Negara.... ?

RM650j perindah sekitar Tugu Negara


Nafsu makan sajakah yang perlu dikawal ?

Nafsu jahanamkan duit rakyat.. 'NAFSU terhadap duit, 'NAFSU membeli-belah, 'NAFSU laki-bini bermewah, 'NAFSU membazir, 'NAFSU beg tangan dan 'NAFSU jet bagaimana pula ?

‘Panjat’ Baitulmal banyak kali tapi kami tidak dipeduli, luah gelandangan

Keluarga muda ini dilihat duduk tenang pada pagi minggu semalam  di jalan masuk Masjid Jamek dekat persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak itu.

Mereka antara ratusan mungkin ribuan gelandangan di pusat bandar raya atau lebih mesra dipanggil ‘rakan jalanan’ oleh NGO yang saban pagi minggu setia menanti sumbangan sarapan daripada mereka yang cakna.  

Mat, 39, ketika ditanya Malaysia Dateline memberitahu sudah sembilan bulan keluarganya menjalani kehidupan sebagai warga miskin kota selepas terpaksa berhijrah dari Jengka, Pahang bersama isteri, Sue, 33, dan enam anaknya yang lain.

“Di Kuala Lumpur ini, saya ambil upah angkut dan turunkan barang dari lori. Upah ikut hari. Kalau dah habis, kenalah saya cari kerja lain pula,” katanya yang duduk di pangkin batu bersebelahan stesen LRT Masjid Jamek itu.

Menurut Sue yang sedang meriba anak perempuan bongsunya berusia baharu dua bulan itu, mereka sebelum ini menyewa secara harian di premis sekitar Lorong Haji Taib jika mempunyai wang.

“Sehari sewa RM20. Itu pun tidak mampu sewa sampai berhari-hari jauh sekali untuk sewa secara bulanan. Sekarang ini pun sudah dua minggu kami anak beranak tidur berbumbungkan langit sebab tidak mampu sewa harian lagi.

“Malam tadi (Sabtu, 3 September) kami tidur di Dataran Merdeka. Alas kotak, suratkhabar. Bolehlah lelap sekejap mata . Anak-anak kami enam orang semuanya pun tidur di mana kami tidur,” ceritanya tenang.

Kena ‘syarahan'

Ditanya tentang usaha untuk meminta bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mat dan Sue semacam hampir putus asa dengan layanan institusi yang dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan orang Islam itu.

“Masuk bulan keempat berada di KL ini, kami cuba minta bantuan daripada Baitulmal. Mulanya, ustaz (pegawai) itu kata kami belum cukup tinggal setahun, atau dua tahun untuk dapat bantuan.

“Tapi selepas itu banyak kali juga cuba nasib ‘panjat’ Baitulmal tapi sedihnya rayuan kami tidak dipeduli. Macam-macam syarat pula pegawai bertugas ‘syarahkan’ kepada kami.

“Sekarang, entahlah. Nak minta sekali lagi pun segan. Kita pun ada maruah,” kata Mat sambil memerhati kedua-dua anaknya Haikal,6 dan Hafiz, 3 sedang bermain di pondok telefon di jalan masuk ke Masjid Jamek itu.

Selanjutnya Sue menyambung cerita suaminya, kali terakhir mereka mencuba nasib memohon bantuan kecemasan di Baitulmal yang terletak di Lorong Haji Hussein 2 itu adalah pada minggu lalu.

“Tapi sekarang ini Baitulmal kata sekali setahun saja boleh tuntut bantuan kecemasan. Kalau sebelum ini hadnya ditetapkan pada tiga kali.

“Ramai orang macam kami kata bantuan diberi lebih kepada pilih kasih. Orang ramai kata keluarga di Kampung Baru yang dikira ada rumah dan tanah itu boleh pula dengan mudah-mudah saja diberi bantuan.

“Entahlah. Kami pun susah nak percaya. Mustahil Baitulmal yang ramai ustaz-ustaz  tu ada sikap pilih kasih tapi pengalaman kami sendiri nampaknya susah betul nak minta bantuan dengan Baitulmal,” ujar Sue lagi.

Mengulas tentang pendidikan anaknya, beliau berkata, empat anaknya dengan paling sulung berusia 13 tahun berpeluang mendapat tempat di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit.

SueSue“Alhamdulillah. Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak sekolah cuma buat masa ini, tiada lagi asrama untuk murid-murid. Jadi, keempat-empat anak kami akan tidur di mana-mana tempat yang sesuai sekitar KL ini bersama kami,” katanya.

Untuk rekod, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit diwujudkan oleh kerajaan dengan memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di kawasan tersebut.

Banyak pihak daripada aktivis sosial dan NGO kemasyarakatan menyifatkan jumlah gelandangan atau rakan jalanan di ibu negara semakin bertambah ekoran kepincangan agihan ekonomi.

4 comments:

Unknown said...

Perhatian !!! Perhatian !!!!
Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Cuma perlu, kerana kita berada di sini untuk semua masalah kewangan anda. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% kepada orang ramai, syarikat dan masyarakat dengan cara yang jelas dan mudah difahami, terma dan syarat ini.
Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin. Sila memohon sekarang melalui e-mel kami dan anda akan gembira anda lakukan kerana kami akan membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu.
 
Emel kami di: (Caroljonesloanfirm@gmail.com)

Unknown said...


Ibu Isabel Johnson,
Reputasi, sah & yang wang yang diiktiraf
Pemberi pinjaman. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa saya memberi benefisiari dipercayai kerana saya akan menjadi gembira untuk menawarkan pinjaman daripada $ 10,000.00
usd kepada $ 50,000,000.00 pada kadar faedah sebanyak 2% bagi individu dipercayai. Anda boleh menghubungi saya melalui E-mel:
isabelloancompany@gmail.com

Perkhidmatan yang disediakan termasuk:

* Pembaikan rumah
* Pencipta Pinjaman
* Pinjaman Kereta
* Pinjaman Penyatuan Hutang
* Barisan Kredit
* Pinjaman Kedua
* Pinjaman Perniagaan
* Pinjaman Peribadi
* Pinjaman Antarabangsa.

Sila tulis kembali jika anda berminat.
Setelah Response, anda akan menghantar borang permohonan pinjaman untuk mengisi. (Tiada keselamatan sosial dan tidak ada pemeriksaan kredit, 100% Jaminan!)
  Saya berharap anda membenarkan saya untuk menjadi perkhidmatan kepada anda.
Anda boleh menghubungi saya melalui E-mel:
isabelloancompany@gmail.com
hal terbaik
Ibu Isabel.

Lady Mia said...

KABAR BAIK!!!

Nama saya Aris. Saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati karena ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial, dan putus asa, saya telah penipuan oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Ibu Cynthia meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp800,000,000 (800 Juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dengan tingkat bunga hanya 2%.

Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan untuk dikirim langsung ke rekening saya tanpa penundaan. Karena saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan menghubungi dia melalui email: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan oleh kasih karunia Allah dia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda mematuhi perintahnya.

Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan kehilangan Sety saya diperkenalkan dan diberitahu tentang Ibu Cynthia Dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Cynthia Anda juga dapat menghubungi dia melalui email-nya: arissetymin@gmail.com sekarang, semua yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya kirim langsung ke rekening bulanan.

agent smith said...

It is a well-known fact that Illuminati consist of Multi Millionaires,
BillionairesI who have major influence regarding most global affairs,including the planning of a New World Order. Many world leaders,
Presidents, Prime Ministers, royalty and senior executives of major Fortune
500 companies are members of Illuminati. join a secret cabal of mysterious
forces and become rich with boundless measures of wealth in your company or
any given business, the great Illuminati can make everything possible just
contact : join666cult@gmail.com or WhatsApp +1(646)481-0376 EL
IAI LEXION Thaddeus Iam Vice-President of Citizen Outreach THE ILLUMINATI
ORGANIZATION

Do not hesitate to contact us by WhatsApp.

Whatsapp: +1(646)481-0376
Email : join666cult@gmail.com

BEWARE OF SCAMMERS, THERE IS NO SUCH THING AS REGISTRATION FEE AND YOU MUST
BE ABOVE THE AGE OF 18YRS.
THANKS.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena