Saturday 8 June 2013

PENJELASAN SAMM: DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Sabtu, 8 Jun 2013
Kenyataan Terbuka SAMM gabungan dalam #SuaraRakyat505

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
9 Jun 2013

PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Selepas sidang media #SuaraRakyat505 pada 6 Jun lepas yang menggesa ahli parlimen yang prihatin dengan penipuan pilihanraya dan masa depan demokrasi Malaysia agar memboikot majlis mengangkat sumpah di parlimen yang dijadual berlangsung pada 24 Jun akan datang, maka banyak respon yang diperolehi.

#SuaraRakyat505 ialah gabungan hampir 60 NGO yang diwujudkan untuk mengembalikan maruah rakyat Malaysia yang telah 'dihina' dengan PRU ke 13 yang penuh dengan penipuan dan manipulasi. Semua organisasi yang bergabung atas nama #SuaraRakyat505 menuntut 3 perkara :

1. Pengerusi dan semua anggota Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang bertaraf kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus letak jawatan bagi memberi laluan pembentukan SPR baru yang lebih berkredibeliti yang dipilih melalui pendengaran awam dan bertanggungjawab penuh terus dibawah Parlimen Malaysia.


Pada 25 Mei 2013 di Padang Timur (depan Amcorp Mall), Petaling Jaya tentu ramai tidak melupakan kehadiran lebih 70,000 orang sempena Pelancaran #suararakyat505 dalam Fiesta Rakyat menuntut Demokrasi.

#SuaraRakyat505 juga mengajak rakyat yang prihatin untuk menjadi proaktif agar terlibat sama dalam mengegerak dan menyusun massa rakyat. Maka telah dilancarkan Sukarelawan #SuaraRakyat505 (Rakyat Warriors) dan kami mensasarkan 500,000 keanggotaan menjelang hujung tahun ini. Bagi yang berminat menjadi sukarelawan, terdapat link untuk mengisi butiran secara online - Sila klik di sini. Sejak dibuka 25 Mei lepas sambutan di luar jangkaan, jaringan sukarelawan ini akan menjadi tapak mobilisasi yang kuat.

#SuaraRakyat505 melihat selain dari menyusun tekanan dengan protes massa yang besar namun kesedaran rakyat harus digerakkan menjadi tumpuan utama juga. Justeru itu kami menerbitkan risalah, dvd dan bahan - bahan seumpamanya. Minggu hadapan akan dilancarkan DVD dan Risalah khas untuk edaran seluruh negara menerangkan apa yang dikatakan penipuan PRU ke 13 itu. Ia akan dibuat dalam bentuk paling mudah difahami melalui beberapa siri perbincangan anggota gabungan.

#SuaraRakyat505 memikirkan isu penipuan PRU 13 ini harus terus diangkat dan SPR harus letak jawatan segera. Kini regim bukan sekadar cuba mendiamkan isu ini tetapi sedang merancang lebih jahat lagi. Pindaan undang - undang sedang disusun bagi memperkukuhkan kuasa SPR. Malah pensempadanan semula juga sedang dirancang dengan cuba memaksimakan jumlah kerusi Parlimen khususnya yang menyokong Bn.

Sudah tentu kerja kerja jahat ini akan ditutup dengan selimut transformasi, pembaharuan seperti mana mereka mengatakan tuntutan BERSIH ditunaikan tetapi lihatlah dakwat dijari pun 5 minit usia hayatnya. Jangan lepas bergaya mengangkat sumpah tetapi menjadi sebahagian dari anggota dewan yang akan hanya mampu melihat undang - undang jahat ini diluluskan begitu sahaja, rakyat akan muak ! Gunakan hak boikot 24 Jun !

Jika ini semua tidak ditahan maka PRU ke 14 ialah kubur yang baik untuk gerakan progresif di Malaysia. Oleh kerana itu kita harus sepakat ia bukan persoalan PRU ke 14 kerana jika dibiarkan PRU ke 14 itu lebih menipu. Persoalan sebenar ialah PRU ke 13, SPR bagi pihak regim menipu dan memanipulasi PRU ke 13, hak rakyat dicuri maka segala kekuatan harus digabungkan untuk merampas semula kemenangan rakyat dalam PRU ke 13.

Ini bukan soal siapa menang atau kalah, ini soal maruah. 24 Jun dimaklumkan sebagai hari mengangkat sumpah ahli parlimen. Bagaimana mahu diadakan Majlis akad sumpah apabila banyak lagi yang belum selesai dalam proses PRU ke 13 ?

Maka #SuaraRakyat505 dengan ini menyeru agar tarikh 24 Jun itu diboikot oleh semua yang berani atau berdiri sebagai pejuang rakyat. Tarikh tersebut akan menjadi perhatian dunia. Sedikit pujian buat ahli parlimen yang sudah sedikit berani apabila menyatakan akan memboikot sesi taklimat parlimen. Tetapi ia cuma taklimat ayuh langkah sedikit lagi berani !

Mungkin akan ada yang berdegil atau takut kempunan memakai pakaian rasmi parlimen, kamu boleh angkat sumpah di hari lain tetapi ambil lah peluang untuk tunjukkan keberanian pada 24 Jun itu. Ini juga merupakan ujian buat Pakatan Rakyat sama ada benar ia merupakan organisasi yang sanggup mengambil kata putus dan bersatu bersama rakyat atau sekadar menggunakan nama rakyat bagi mendapat tempat.

Kamu ada banyak masa untuk berkhidmat dan bercakap untuk rakyat, menggubal polisi dan dasar selepas itu tetapi cuma tarikh 24 Jun itu bersatulah wahai semua pejuang yang dipilih rakyat, tunjukkan pada dunia kita masih ada maruah.

Kita tidak melawan sistem negara raja dan parlimen berperlembagaan ini tetapi atas maruah tanahair dan rakyat kita harus bersatu menyelamatkan masa depan. Kita tidak punya banyak pilihan.

Yakinlah tarikh 24 Jun itu akan menjadi titik penting sejarah dan anda semualah 89 wira yang akan dikenang. Ia peluang terakhir untuk melihat negara mampu punya sebuah kerajaan yang takut dengan rakyat, ia peluang terakhir melihat rakyat benar - benar merdeka.

Rakyat yang bersatu tak mungkin akan dikalahkan !

Inikalilah !!!

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
(SAMM ialah antara gabungan dalam #SuaraRakyat505)

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/06/penjelasan-desakan-boikot-majlis-angkat.html#ixzz2VZ3l4Dvw

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena