Gelombang kebangkitan reformasi yang pertama telah mengubah lanskap politik negara. Penggunaan internet berkembang pada era reformasi 1.0. Rakyat berani menentang kezaliman.
Syed Rosli: Najib memalukan negara, patut letak jawatan...
PETALING JAYA: Bekas calon Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya kerana beliau telah memalukan negara apabila enggan bersoal jawab selepas sidang akhbar baru-baru ini.
Katanya, Najib hanya membaca teks ucapan sahaja dan selepas membacanya terus meninggalkan dewan yang menyebabkan semua wartawan tempatan dan antarabangsa kecewa dengan tindakannya itu.
Minggu lepas Najib bukannya membuat sidang akhbar sebaliknya memberi taklimat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.
Sejumlah 227 penumpang dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu, yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac lalu.
“Yang menjadi persoalannya sekarang kenapa Najib tidak mahu menjawab soalan-soalan yang amat penting di sidang media tersebut sedangkan seluruh dunia mahukan penjelasan dari pemimpin tertinggi negara,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada FMT.
Syed Rosli bertanya adakah Najib seorang yang penakut dan tidak berani untuk berhadapan wartawan di dalam negara dan luar negara yang akan menyoal beliau?
“Melihatkan pengumuman Perdana Menteri Australia Tony Abbot yang telah membuat pengumuman di Parlimen adalah sewajarnya Kerajaan Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri Najib Razak melakukan perkara yang sama di parlimen Malaysia,” cadang beliau.
Katanya lagi, di sini kita boleh lihat betapa tingginya kreditabiliti dan akauntibiliti seorang pemimpin di Australia berbanding pemimpin cap ayam di Malaysia.FMT
MH370 - Media asing beratur temubual Anwar
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membidas kepimpinan kerajaan BN dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370, dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
Anwar berkata media asing kini beratur untuk menemuramahnya kerana kecewa cara pengurusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinet yang didakwanya gagal memberi jawapan dan maklumat kepada media mengenai perkara ini.
"Semalam CNN, selepas ini media UK, kemudian media China pula akan temuramah saya.
"Saya tanya kenapa temuramah saya, saya bukan perdana menteri. Mereka jawab, kami mahu jawapan," katanya.
Ketua umum PKR itu juga menempelak pihak yang menuduh beliau cuba mempolitikkan isu tersebut, ketika berceramah di Taman Mewah, Kajang malam tadi.
"Mereka (BN) marah bila saya ditemuramah. (Mereka kata) Anwar ini siapa?. Tetapi semua orang mahu maklumat.
"Di Australia, PM Tony Abbott dapat maklumat terus bentang di Parlimen. Berbeza dengan PM Malaysia," kata beliau merujuk keengganan Parlimen membahas hal pesawat dan sesi taklimat isu ini yang hanya melibatkan ahli parlimen BN kelmarin.
Dalam temuramah bersama CNN semalam, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata radar Malaysia sepatutnya berkemampuan mengesan pesawat MH370 yang hilang.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan itu berkata, pada masanya Malaysia telah membeli sistem radar Marconi yang merupakan antara paling berkesan di dunia untuk kawasan Utara Malaysia.
"Saya menteri Kewangan (ketika itu) saya bayar (untuk kerajaan)... Saya tahu radar di utara dan pantai timur boleh tengok kapal terbang yang lalu siang, malam, pagi, petang," kata beliau kepada kira-kira 200 hadirin malam tadi.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200ER hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac, dan operasi mencari dan menyelamat dianggap terbesar dalam sejarah penerbangan.
BLM.

0 comments:
Post a Comment