Wednesday, 26 March 2014

MH370: Boeing, MAS Berdepan Tindakan Mahkamah... MAS berpotensi gulung karpet (tikar)?

Rabu, 26 Mac 2014
Boeing & MAS Berdepan Tindakan Mahkamah
PETALING JAYA: Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi.
Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di mahkamah di Chicago.
Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan mahkamah.
Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia.
Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi.
Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu.
Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas.
Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.
KL-Today.com

Tragedi MH370 : Berita Tergempar Buat Boeing..


Bapa kepada seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang memfailkan permohonan kepada Mahkamah Amerika Syarikat semalam, memohon 26 jenis maklumat dan rekod daripada syarikat penerbangan dan pembuatnya Boeing, lapor Bloomberg.

Permohonan itu dibuat oleh Januari Siregar - bapa kepada penumpang Indonesia, Firman Chandra Siregar - yang difailkan di Mahkamah Negeri Illinois di Chicago, boleh jadi menjadi permulaan kepada tindakan saman.

Ia difailkan oleh sebuah syarikat guaman yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered bagi pihak Januari.

Bapa itu memohon 26 jenis maklumat, termasuk data yang memungkinkan kecacatan pesawat buatan Boeing 777-200 ER atau komponennya, cara syarikat penerbangan melatih kakitangannya dan maklumat berkaitan kargonya, lapor Bloomberg.

Rakan kongsi firma guaman itu, Monica Kelly dipetik sebagai berkata, Januari menuntut "kemungkinan kelemahan reka bentuk dan pembuatan yang menyumbang kepada kemusnahan ini."

Pesawat MKH370 hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Isnin lalu kemungkinan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tanpa ada yang selamat.

Keluarga mangsa di Beijing mengkritik kerajaan Malaysia kerana membuat kesimpulan pesawat ini berakhir di Lautan Hindi tanpa ada yang selamat dengan berkata, belum sampai waktunya kerana tiada sebarang serpihan ditemui hingga kini.

Najib sebelum ini berkata, kesimpulan itu dicapai berdasarkan data satelit daripada Inmarsat.

Firma guaman itu berkata, petisyen mendapatkan bukti itu juga yang dibuat ketika permulaan tindakan saman ke atas Penerbangan Asiana selepas terhempas di lapangan terbang San Francisco yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan 181 penumpang yang lain pada 6 Julai tahun lalu, lapor Bloomberg.

"Itulah kebiasaannya kita memulakan proses," kara Mervin Mateo, jurucakap firma itu sebagaimana yang dipetik semalam:"Kami mempunyai pakar tersendiri dalam penyiasatan ini."

"Jika bangkai tidak ditemui, kita akan ada sedikit bukti sahaja atau tiada langsung, tindakan akan bergantung kepada siasatan firma dan maklumat berdasarkan kemalangan kapal terbang yang lepas.

"Kami fikir mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepada pesawat dan latihan kepada juruterbang," kata Mateo, tanpa menolak kemungkinan rampasan atau sebab lain sehingga menghilangkan pesawat itu.

Saman terhadap Asiana masih berjalan selepas firma guaman memohon kes itu dipindahkan ke mahkamah negeri. Boeing sebelum ini memindahkan kes itu kepada mahkamah persekutuan, dengan hujah laluan penerbangan itu adalah di atas air yang dikuasai oleh pihak berkuasa persekutuan.

Boeing, kata Bloomberg, tidak mahu memberikan sebarang komen manakala MAS belum memberikan maklum balas.

Juga ada laporan yang mengatakan keluarga boleh menerima sekurang-kurangnya US$175,000 (RM578,025) atau lebih pampasan daripada MAS berdasarkan Konvensyen Montreal 1999.

Persetujuan antarabangsa menetapkan syarikat penerbangan perlu membayar pampasan kepada setiap penumpang yang mati atau cedera dalam kemalangan, walaupun sebabnya tidak diketahui.

Jika syarikat penerbangan tidak boleh menunjukkan satu-satunya punca pesawat hilang kerana pihak lain, seperti pembuatnya atau pengganas, tanggungannya berdasarkan ketetapan itu adalah lebih tinggi, kata laporan itu.

Penuntut juga dikatakan akan mempunyai peluang lebih besar jika boleh menarik kes ini ke Amerika, di mana "pampasan dan penyelesaiannya akan lebih besar berbanding negara Asia".

"Semua orang mahu pergi ke Amerika," kata seorang peguam firma guaman New York, Dorothea Capone kepada Bloomberg. ~tmi
Posted by 

Penerbangan MAS ada potensi gulung karpet.....


 Syarikat penerbangan MAS telah mengalami kerugian dan hanya kerugian sahaja sejak sekian tahun ini.

 Pada tahun 2012, MAS  menanggung kerugian sebanyak RM433 Juta sahaja berbanding  kerugian sebanyak RM 2.52 billion pada tahun 2011.

 Namun pada tahun 2013, MAS terpaksa menanggung kerugian sehingga hampir TIGA kali ganda jumlah kerugian yang dialami pada 2012. 

 RM 1.174 billion merupakan satu jumlah kerugian yang agak besar. Kerugian MAS pada 2013 telah diumumkan sendiri oleh Ahmad Jauhari Yahya di sini

 Kini, Malaysia Airlines telah menawarkan $5,000 pampasan kepada waris mangsa tragedi Penerbangan MH370. 

  Bayaran itu akan dibuat untuk setiap orang yang terbunuh selepas pesawat menjunam ke Lautan Hindi. 

  Walaupun bayaran ini dibuat, syarikat penerbangan itu mungkin akan dipaksa untuk membayar berjuta-juta ringgit untuk setiap penumpang pada masa hadapan. 

 Dijangka bahawa kebanyakan tuntutan pampasan daripada keluarga mangsa akan dibuat di luar mahkamah pada masa hadapan. 

  Seorang peguam telah berkata, waris keluarga boleh menerima antara $ 400,000 dan $ 3 juta sebagai ganti rugi. 

  Akhbar luar negara melaporkan, potensi tindakan undang-undang terhadap Malaysia Airlines akan berlaku dalam beberapa negara yang berbeza kerana melibatkan 14 kewarganegaraan dalam kapal penerbangan itu. 

  Malang menimpa tak henti-henti keatas syarikat penerbangan negara ini.Tetapi kali ini ianya adalah sangat tragik. 

Dengan  apa yang sedang dialami sekarang ini, potensi untuk gulung karpet sudah pasti bakal ditempuhi oleh syarikat ini.
Catatan Oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena