Wednesday, 26 March 2014

MH370: PELANCONG CHINA MERUNDUM..Agensi terus batal kerjasama dengan MAS... Bahana semua hilang 'magic'!

Khamis 27 Mac 2014

SEMUA HILANG TANPA BAYANG ?

Ini belum kira Penjual nasi lemak terbenam sejauh lebih 8 meter tapi tidak dapat dijumpai.Beliau terbenam dihempap penebat kilat yang runtuh akibat angin ribut yang melanda Pulau Pinang yang berlaku pada bulan Jun 2013 yang lalu.

TRAGEDI MH370 .. PELANCONG DARI NEGARA CHINA MERUNDUM DAN ADA AGENSI TERUS BATAL KERJASAMA DENGAN MAS.

Ekoran insiden MH370, jumlah warganegara China yang ingin melancong ke negara ini telah menurun mendadak.

Harga untuk rombongan melancong ke Malaysia turut menurun kepada kira-kira RM1,595 hingga RM2,126.

Terdapat juga agensi pelancongan Beijing yang memutuskan hubungan dengan Malaysia Airlines (MAS) dan bersedia memulangkan bayaran yang diterima.

Fazhi Wanbao melaporkan Agensi Pelancongan ZhongQing umpamanya telah menghentikan kerjasama dengan MAS dan bersedia memulangkan bayaran kepada pelanggan atau membantu mereka menempah tiket syarikat penerbangan lain.

Menurut akhbar itu lagi, banyak rombongan ke Malaysia terpaksa dibatalkan apabila jumlah peserta berkurangan.

Jingjua Shibao pula melaporkan beberapa agensi pelancongan dari China telah menerima permohonan pelanggan untuk menundakan rancangan melancong ke Malaysia.

Salah sebuah agensi pelancongan di Beijing dilaporkan perlu menguruskan purata 10 kes setiap hari berhubung permintaan pelanggan yang mahu menundakan rancangan bercuti di Malaysia.

Sementara itu, Wall Street Journal melaporkan, kira-kira 10 peratus pelancong ke Malaysia adalah dari China dan mereka menyumbang enam peratus kepada pendapatan sektor pelancongan negara ini.
Posted by 
Warga China Seru Boikot MAS & Barangan Buatan Malaysia Termasuk Selebriti
Posted on Wednesday, March 26 @ 21:51:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena