Friday, 21 March 2014

Dakwaan PM Australia MH370: Keluarga penumpang kecewa lagi... Semakin sedih dan tertekan!

Jumaat, 21 Mac 2014
Sedih dan tertekan


Taklimat khas Putrajaya dan Malaysia Airlines kepada keluarga penumpang pesawat hilang MH370 malam tadi gagal memberikan jawapan yang dinanti-nantikan.

Lebih 50 orang hadir di Cyberview Lodge, Spa and Resort di Cyberjaya, Selangor untuk taklimat bermula pukul 9.00 malam itu bagaimanapun, mereka gagal untuk mendapatkan jawapan dimahukan mengenai lokasi MH370 dan kedudukan ahli keluarga mereka.

Kebanyakan yang hadir merupakan warga China yang sedih dan tertekan semenjak dua minggu lalu apabila pesawat Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang dan anak kapal itu mula hilang pada awal pagi 8 Mac.




Anggota media tidak dibenarkan untuk bersama mendengar taklimat itu dan terpaksa menunggu di luar sehingga ianya berakhir.

Difahamkan, pegawai tertinggi dari Putrajaya, Malaysia Airlines dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) merupakan di antara yang hadir dalam taklimat itu.

Menurut salah seorang pegawai kerajaan Malaysia, sesi taklimat tersebut berjalan dalam keadaan tegang sepertimana persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh anggota-anggota keluarga penumpang MH370 yang masih belum ditemui itu.

“Situasi sangat tegang semasa taklimat dan kebanyakan warga China meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka,” kata pegawai kerajaan Malaysia itu dengan syarat tidak dinamakan.

“Mereka tidak berganjak Putrajaya menyembunyikan fakta mengenai kedudukan pesawat dan lambat dalam berkongsi maklumat.”

Salah satu persoalan yang ditimbulkan adalah mengapa misi mencari dan menyelamat diperluaskan ke koridor utara dan selatan seminggu selepas pencarian tidak berhasil. Selepas komunikasi terputus dengan MH370 pada 1.20 pagi, 8 Mac, misi pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

Kemudiannya ianya diperluaskan ke Selat Melaka apabila pihak berkuasa mengesyaki pesawat MH370 berpatah balik. Misi pencarian itu kemudiannya diperluaskan lagi dari radius 50 batu nautika ke 100 batu nautika. Operasi terkini di kedua-dua koridor utara dan selatan adalah seluas 2.4 juta batu nautika.

Koridor utara bermula daripada kawasan sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand.
Koridor selatan pula bermula daripada Indonesia ke selatan Lautan Hindi.


Pegawai tersebut memberitahu, anggota keluarga penumpang MH370 yang hilang juga diberikan taklimat mengenai perkembangan di Australia di mana dua objek dikesan oleh satelit di Lautan Hindi.

Taklimat tersebut berakhir lebih kurang sejam setengah selepas itu dan anggota keluarga penumpang MH370 dibawa keluar melalui pintu lain bagi mengelakkan petugas media. Seorang warga China yang enggan dinamakan memberitahu media beliau kecewa dengan taklimat tersebut kerana menjelaskan tentang perkara sama.

“Kami tidak diberitahu perkara baru dalam taklimat tersebut. Kami tidak dapat jawapan yang diinginkan,” katanya dalam bahasa Mandarin.

Semalam, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan satu pasukan peringkat tertinggi diterbangkan hari ini ke Beijing untuk memberikan taklimat kepada anggota keluarga penumpang MH370 di sana.

Pasukan peringkat tertinnggi itu mewakili beberapa jabatan dan agensi seperti Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar, MAS, DCA dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pasukan ini diharapkan mampu menenangkan ahli keluarga penumpang MH370 yang marah kerana tidak mendapat begitu banyak maklumat daripada pihak berkuasa Malaysia. -TMI

Ahli keluarga China terus berharap, tolak serpihan adalah MH370
Pautan kekal imej terbenam

Hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Penemuan itu membuatkan kumpulan SAR Malaysia menghantar kapal untuk meninjau tempat dimana serpihan dijumpai.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan sewaktu menerusi temuramah di TV3 berkata jika PM Australia yang berkata 99% kemungkinan adalah benar. Ini disebabkan radar dan satelit yang dimiliki oleh pihak keselamatan negara Australia merupakan radar atau satelit yang paling terkini dan canggih.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, juga menjelaskan 24m sepihan itu kemungkinan sebelah sayap kerana lebar keseluruhannya adalah lebihkurang 60m.

Menurut beliau lagi kawasan tersebut merupakan bukan laluan kapal dagang, kapal terbang malah nelayan pun jarang melalui kawasan itu.

Jika benar itu adalah pesawat MH370 pencarian agak sukar kerana kedalamannya lebih 3km.
Kedah.kini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena