Sunday 23 March 2014

[Video] Bungkus Anak Dalam Plastik... Nurul Izzah Bergaya Model di Kajang...

Isnin, 24 Mac 2014

Nurul Izzah Bergaya Model di Kajang

Nurul Izzah dilihat hadir bersama suami di Kajang hari ini sempena memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah yang bertanding dalam pilihanraya kecil N25 Kajang.

Tiga gambar di bawah menunjukkan mereka masih akrab sebagai suami isteri. Admin mengucapkan tahniah kepada YB Nurul Izzah dan suami kerana berjaya menyelesaikan kemelut rumahtangga dengan bijaksana demi kepentingan kalian berdua dan anak-anak.


Suaminya bergaya juga. Hansome ba..
"Jangan korang harap aku ceraikan Izzah"

phewittttt!
Izzah Minta Polis dan SPR berlaku adl 
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta SPR dan pihak polis untuk bertindak secara profesional dan bersikap non partisan terhadap kedua-dua parti.

Malah kata beliau, SPR tidak sepatutnya melihat kesalahan hanya datang daripada PKR semata-mata, dan hanya menutup mata terhadap kesalahan yang dilakukan puak pihak Umno-BN.

"Saya fikir tak guna kita Ada SPR dan polis klu tak profesional, selainnya kita berdoa.

"Ini tugas SPR, ini merupakan mana-mana simbol kalau langgar undang-undang boleh ambil tindakan. Pihak Umno-BN pun lemparkan kata-kata provokasi. Jangan hanya bawa isu PKR, kena ambil tindakan juga kepada Umno. SPR mesti bertindak secara non partisan," katanya mengulas provokasi 'kangkung dan kelapa' oleh penyokong PKR.

Malah beliau turut menyelar pihak tertentu yang masih melakukan taktik kotor penggodaman telefon bimbit pimpinan PR.

"Setiap kali SMS keluar kita buat laporan polis. Hari ini YB Fuziah pula," katanya-sinar
 Posted by 

Video : Bungkus Anak Dalam Plastik Untuk Seberangi Sungai


TINDAKAN penduduk sebuah kampung di Vietnam membungkus anak mereka dengan beg plastik ketika menyeberangi sungai semasa musim banjir merupakan satu kaedah diluar pemikiran orang ramai khususnya di negara maju.

Amalan yang menjadi kebiasaan penduduk kampung itu didedahkan sebuah siaran televisyen ketika membuat liputan mengenai tindakan berisiko itu.

Walaupun menyedari mengenai sesuatu yang buruk mungkin boleh berlaku, namun ia dianggap sebagai kaedah terbaik bagi mengelak seragam sekolah pelajar basah.

Bagaimanapun tindakan itu dilihat masih berisiko tinggi jika kumpulan lelaki yang membawa beg plastik untuk menyeberangi sungai tersebut terlepas bungkusan berkenaan dan dibawa arus.Dalam rakaman video tersebut kelihatan seorang pelajar perempuan mengalami kesesakkan nafas selepas dibungkus di dalam beg plastik berkenaan.Mstar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena