Wednesday, 19 March 2014

MH370: Data simulator Kapten Zaharie sudah dipadam - Ketua Polis Negara

Rabu, 19 Mac 2014

MH370: Data simulator sudah dipadam - Tan Sri Khalid Abu Bakar

email
comments
MH370: Data simulator sudah dipadam - Tan Sri Khalid Abu Bakar
SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan log data permainan pada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dipadamkan lima hari sebelum penerbangannya ke Beijing.

Khalid berkata beberapa pakar forensik dari Cyber Security, Malaysia Airlines (MAS) dan juga pakar dari luar negara sedang berusaha untuk mendapatkan semula log data yang telah padam itu.

"Apa yang dimaksudkan dengan telah dipadam ini adalah data log daripada permainanflight. Data ini telah dipadam pada 3 Februari lalu.

"Simulator ini yang kita ambil itu ada 3 permainan iaitu, Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan Flight Simulator X Light 10.

"Yang penting sekarang ini ahli keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang memberi kita kerjasama sepenuhnya. Kami tidak ada masalah untuk dapatkan apa-apa maklumat yang diperlukan," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini usaha mengesan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, di sini, pada Rabu.

Tambah Khalid, siasatan berkaitan simulator itu masih terus dijalankan oleh pakar forensik untuk mencari petunjuk kehilangan pesawat milik MAS itu.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Pada Selasa, akhbar Berita Harian melaporkan landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.

Selain lapangan terbang Diego Garcia, hasil siasatan yang diperolehi dari simulator itu juga menunjukkan adanya Lapatan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena