If you know what i mean...
JIKA ANDA TAHU MESEJ YANG CUBA DISAMPAIKAN OLEH PHOTO
AS sertai latihan di Korea Selatan
Seoul: Lebih 10,000 tentera Amerika Syarikat akan menyertai latihan pendaratan berskala besar di Korea Selatan minggu depan, kata tentera AS semalam, beberapa hari selepas Korea Utara melepaskan 25 tembakan ujian, tanda protes terhadap latihan bersama itu.
Latihan, dengan kod nama Ssang Yong (Naga Kembar) dan dianggap media tempatan sebagai latihan pendaratan amfibia terbesar membabitkan dua sekutu itu, akan diadakan dari 27 Mac hingga 7 April tenggara pantai Korea Selatan.
Latihan, dengan kod nama Ssang Yong (Naga Kembar) dan dianggap media tempatan sebagai latihan pendaratan amfibia terbesar membabitkan dua sekutu itu, akan diadakan dari 27 Mac hingga 7 April tenggara pantai Korea Selatan.
akan membabitkan 7,500 tentera marin AS, 2,000 anggota tentera laut AS, selain sejumlah tentera Australia dan Korea Selatan,” kata jurucakap tentera AS.
Agensi Berita Yonhap berkata, 3,500 tentera marin dan 1,000 tentera laut Korea Selatan akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan tahunan
“Ssang Yong 14 adalah latihan bersama tahunan yang dikendalikan oleh pasukan tentera marin dan laut dengan Korea Selatan dalam usaha untuk memperkukuhkan kerjasama dan hubungan kerja dua pasukan tentera itu meliputi operasi iaitu bantuan bencana, hingga kepada operasi ekspedisi yang kompleks,” kata tentera AS dalam satu kenyataan akhbar di Korea.
Tentera marin AS yang mengambil bahagian dalam latihan itu adalah dari Briged Ekspedisi Marin ketiga yang berpangkalan di Okinawa, Jepun, katanya.
Sebanyak 12 kapal amfibia tentera laut Amerika Syarikat dan Korea Selatan juga akan mengambil bahagian dalam latihan itu, kata Yonhap. - AFP
Rusia Tutup Ruang Udara..,
Menurut laporan ABC, kelmarin, Penerbangan AF111 terpaksa mendarat di Hamburg, Jerman untuk mengisi minyak kerana bahan api pesawat tidak mencukupi bagi menamatkan penerbangan selepas melakukan pusingan balik secara tiba-tiba.
"Penutupan ruang udara tidak dimaklumkan terlebih dahulu hingga menyebabkan puluhan penerbangan terpaksa berpatah balik," menurut jurucakap syarikat, Ulli Gendrot.
Ada juga mendakwa, perkara itu mempunyai kaitan dengan peningkatan aktiviti ketenteraan Rusia di barat Ukraine.
Sementara itu, Amerika Syarikat kini juga mula meningkatkan latihan ketenteraan dengan lebih 10,000 tentera menyertai latihan pendaratan amfibia terbesar di Korea Selatan dengan kod nama Ssang Yong selepas Korea Utara melepaskan beberapa ujian peluru berpandu balistik baru-baru ini.Posted by Jeebond BLM
0 comments:
Post a Comment