Wednesday, 11 June 2014

[Video] APO NAK JADI JANG! Ompangan Gomencheh Kritikal! Mampu bertahan 45 hari paras minimum!

Rabu, 11 Jun 2014


Malaysia diramal bakal menghadapi kemarau panjang berikutan Kedatangan fenomena El Nino bermula bulan Jun ini. Ramalan itu berdasarkan kajian terbaharu Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom.

Jika benar, Malaysia akan menghadapi keadaan musim k
emarau berpanjangan selama enam bulan, begitu juga dengan beberapa negara Asia Tenggara lain.

El Nino ialah fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur Lautan Pasifik yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔



Mana TV3 & Utusex..?? Tak nak buat liputan ke..?? SIBUK MAKAN COKLAT CADBURY KE..??

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔



Empangan Negeri Sembilan Kritikal


Kemarau panjang yang melanda Negeri Sembilan menyebabkan Empangan Gemencheh di sini mencatat penurunan paras air dengan bacaan 99.82, sekali gus menghampiri tahap kritikal iaitu 98 meter. Paras minimum empangan adalah 86.00 meter.


Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan untuk 45 hari lagi sebelum mencapai paras minimum.

Ini kerana tiada hujan di kawasan tadahan air dan dua anak sungai yang membekalkan air ke Empangan Gemencheh kini sudah kering.

Empangan Gemencheh membekalkan air kepada 15,000 pengguna di kawasan Tampin dan Rembau. Ia menyalurkan kira-kira 7.5 juta gelen air sehari kepada pengguna.

Bekalan air di empat empangan iaitu Sungai Terip, Kelinchi, Talang dan Gemencheh berada di paras berjaga-jaga.

Kebanyakan masjid dan surau sudah mula melaksanakan solat hajat bagi memohon hujan.

Sebelum ini, masalah kegawatan air cukup sensasi di Selangor.

Agak pelik berita mengenai paras air empangan di Negeri Sembilan ini tidak sampai ke peringkat nasional. Ini mungkin kerana masalah air di Negeri Sembilan adalah insiden terpencil dan tidak sesuai untuk khabaran nasional.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: http://trendingmalaysia.blogspot.com/2014/06/empangan-negeri-sembilan-kritikal.html#ixzz34JQbc3rh

KUALA LUMPUR - Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom (UK) meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Pakar-pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini, namun jika ia berlaku kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.-kosmo

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena