Wednesday 4 June 2014

[Video] Guru Berpolitik: Adnan - Masuklah Umno/BN...Che Det - Ingat,“Mereka tidak akan sertai BN tetapi menyertai Pas" Erkk!

Khamis, 5 Jun 2014

Guru berpolitik hanya rugikan BN




GOMBAK – Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti itu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.
“Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.
“Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Siri Syarahan Perdana Presiden’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik itu kembali ke pangkuan BN.
Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.
“… mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah,” katanya lagi.






KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang berterusan petang tadi telah mengakibatkan beberapa kereta tenggelam akibat banjir kilat yang melanda kampus Universiti Islam Malaysia (UIAM) di Gombak.

Menurut laporan Harian Metro, Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat UIAM berkata, keadaan bagaimanapun kembali terkawal selepas air mula surut.

"Kejadian itu tidak menjejaskan operasi harian universiti termasuk penuntut yang sedang menduduki peperiksaan semester.

"Walaupun beberapa kenderaan dinaiki air, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya.

Kejadian itu berpunca limpahan air daripada beberapa anak sungai berdekatan yang memasuki kawasan berkenaan hingga mencecah paras pinggang.

Ia berlaku di Jalan Al Jamiah di universiti berkenaan.
BLM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena