Sunday 8 June 2014

LPHJ: Sultan & Rakyat. Jaga lopak masing-masing...

Isnin, 9 Jun 2014

Jaga lopak masing-masing, Sultan jaga lopaknya rakyat jaga lopak mereka

Aspan Alias
Jika lulus rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) di Dewan Undangan Negeri Johor hari ini, ia merupakan satu-satunya negeri dalam mana Sultan mempunyai kuasa keatas pentadbiran eksekutif kerajaan. Tuanku Sultan boleh dan berkuasa menentukan siapa yang mengetuai Lembaga itu dan serba-serbi yang lain seperti menentukan elaun dan gaji sara hidup mereka yang dilantik Sultan bagi lembaga tersebut.

Walaupun Menteri Besarnya menyatakan yang Sultan akan bertindak mengikut nasihat Menteri Besar tetapi itu merupakan alasan awal semata-mata untuk meluluskan rang undang-undang itu tanpa halangan. Tetapi pada asasnya ia merupakan satu kuasa besar exekutif yang diberikan kepada Sultan Johor untuk menentukan serba serbinya. Banyak sebab-sebabnya kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.

Salah satunya ialah kerana negeri Johor sedang berkembang pesat dalam pembangunan hartanah dan itulah penyebab utamanya kenapa Sultan inginkan kuasa eksekutif itu kerana sudah menjadi pengetahuan umum yang Sultan Johor sangat berminat untuk berniaga.

Kuasa eksekutif yang ada kepada Sultan itu akan merencatkan pentadbiran sebuah kerajaan negeri raja berpelembagaan dan tidak  salah jika kita rumuskan yang ia akan menjadi isu besar kepada negeri Johor dan negara amnya.

Dalam pada dunia sedang mengurangkan kuasa seseorang raja itu, negeri Johor telah mengambil sikap terbalik dan menambah kuasa raja lebih-lebih lagi dalam pengendalian hartanah negeri itu.

Dulunya raja-raja dalam negeri mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal pentadbiran negeri-negeri jajahan mereka, tetapi kuasa mereka talah dihapuskan pada tahun 1946 dahulu oleh British dengan penubuhan Malayan Union (MU). Raja-raja Melayu hanya diletakan setaraf penghulu sahaja di bekas negeri-negeri yang di serahkan kepada British dalam Malaysan Union itu.

British mahukan semua negeri-negeri disemenanjung menjadi hanya sebuah negeri ‘unitary’ yang tiada lagi sempadan diantara negeri-negeri dalam semanjung ini dan memilih Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbirannya. Semua Raja-Raja melayu telah menendatangani penyerahan negeri-negeri masing-masing dan sejarahnya Sultan Johor semasa itu merupakan Raja melayu yang pertama sekali menyerahkan kuasa mereka kepada British.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena