Tuesday 10 June 2014

Peguam Pendakwa Mejar Zaidi mohon berhenti TUDM...kecewa pendakwaan terpilih terhadapnya

Selasa, 10 Jun 2014
SALAH SEORANG PEGUAM PENDAKWA SAYA, KAPT FADZIL NOOR DALAM PROSES BERHENTI DARI TUDM, SALAH SATU SEBABNYA IALAH KEKECEWAAN BELIAU TERHADAP PENDAKWAAN TERPILIH YANG DIKENAKAN TERHADAP SAYA

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/28788-pertuduhan-dipinda-mejar-zaidi-mengaku-tidak-bersalah

5 PERTUDUHAN KITAR SEMULA DITERIMA MAHKAMAH, PERBICARAAN TETAP DITERUSKAN WALAU PEGUAM SAYA TELAH MEMOHON UNTUK MEMBUAT "JUDICIAL REVIEW" DI MAHKAMAH TINGGI

Tksh kepada saudara mara dan rakan2 yang hadir memberikan sokongan untuk perbicara
an pada hari ini (10 jun), tak lupa juga kepada yg tak dapat hadir tetapi terus memberikan sokongan moral dan juga doa dan solat hajat yang tidak putus2. Tksh tak terhingga kepada barisan peguam saya yg diketuai YB Hanipa Maidin, Tuan Hj Mohd Sabu dan isteri yg sudi hadir, YB Julian Ahli Parlimen Stampin, Kuching Sarawak, YB Tian Chua, YB Dr Ong Kian Ming, Maria Chin dan rakan2 dari BERSIH yg begitu prihatin, dan juga semua pemberita yg sudi memberikan liputan terhadap kes saya ini. Perbicaraan disambung esok pagi jam 9.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rmaf-pilots-trial-to-go-on-despite-objections-to-amended-charges

Peguam Mejar Zaidi dakwa pinda pertuduhan selepas ditolak tidak adil

Mejar Zaidi Ahmad, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia yang menghadapi beberapa dakwaan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 kerana membuat laporan polis tentang isu dakwat kekal pada PRU13, keluar daripada pintu utama Mahkamah Tentera TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2014.

Mejar Zaidi Ahmad, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia yang menghadapi beberapa dakwaan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 kerana membuat laporan polis tentang isu dakwat kekal pada PRU13, keluar daripada pintu utama Mahkamah Tentera TUDM di Sungai Besi, Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 10 Jun, 2014. 

Peguam kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa di Mahkamah Tentera hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal, berkata adalah tidak adil bagi mahkamah mendengar semula pertuduhan yang dipinda selepas ia ditolak sebelum ini.
Peguam yang mewakili Zaidi, Mohamed Hanipa Maidin menyifatkan ianya satu tindakan prejudis dan memohon semakan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi bagi membatalkan tuduhan yang dipinda itu, lapor Harakahdaily.
Hari ini, lima daripada tujuh pertuduhan ke atas Mejar Zaidi yang sebelum ini diketepikan selepas bantahan awal pembelaan, dipinda dan dibaca sebagai pertuduhan baru hari ini.
Zaidi yang juga Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah TUDM di Sungai Besi pagi ini.
Semua pertuduhan berkait dengan dakwaan beliau memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sebelum ini, lima pertuduhan diketepikan dibuat mengikut Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972.
Bagaimanapun, kesemua pertuduhan itu hari ini dipinda kepada Seksyen 51 akta yang sama.
Hari ini, mahkamah sepatutnya turut mendengar dua lagi pertuduhan yang tinggal, iaitu menghantar SMS berbaur politik ketika PRU13.
Yang di-Pertua Mahkamah Kolonel Saadon Hasnan bagaimanapun menangguhkan perbicaraan kepada jam 9 pagi esok selepas pihak pendakwaan memohon masa untuk membuat persiapan akhir.
Selain Saadon, lima lagi anggota mahkamah yang mendengar kes tersebut adalah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd Dom, Mejar Mohd Khuzairi Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib, Mejar S Nadzeer Salehuddin dan Mejar Noor Azman Ahmad.
Zaidi dihadapkan ke mahkamah tentera dengan tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 berhubung kesalahan memberi kenyataan kepada media mengenai isu dakwat kekal semasa PRU13 lalu.
Beliau didakwa melakukan kesalahan teresebut di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang dan di Pangkalan Udara Butterworth antara 1 Mei dan 3 Mei 2013.
Selain Hanipa, Zaidi turut diwakili barisan peguam Azhana Mohd Khairuddin, dan Nasar Khan Mirbaz Khan.
Pendakwaan dijalankan oleh Mejar Ahmad Sanusi Ali, Kapten Fadzil Nor Alias, dan Kapten Ross Anuar Aripin. – 10 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-mejar-zaidi-dakwa-pinda-pertuduhan-selepas-ditolak-tidak-adil#sthash.kprnvcND.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena