Monday 9 June 2014

"Reward MH370" Ganjaran RM15.9 juta! Usaha SAR yang diterajui Malaysia hanya retorik sahaja,..

Selasa, 10 Jun 2014

MH370: Kalau Sampai Ke Tahap Ini, Memang Parahlah Reputasi Kerajaan UMNO@BN!

Keluarga hilang kepercayaan terhadap SAR, kumpul dana ganjaran
Sewaktu usaha mencari dan menyelamat yang diterajui Malaysia hanya melibatkan retorik, jaminan dan janji-janji, saudara-mara lima penumpang pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac telah mengambil tindakan proaktif.
Mereka melancarkan projek "Reward MH370" di laman web ‘crowdsourcing’ Indiegogo pada 8 Jun, bertujuan untuk mengumpulkan AS$5 juta (RM15.9 juta) untuk diberi kepada pemberi maklumat dengan pengetahuan lokasi Boeing 777 MAS itu.
Dan sehari selepas itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari mempengerusikan taklimat akhbar mengenai MH370.
Kesimpulan taklimat tersebut: "Sebagai kesimpulan, kami ingin mengulangi komitmen kami terhadap operasi mencari di Fasa Peralihan ini. Dalam fasa ini, rakan-rakan saya dan saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi pihak kerajaan Malaysia. Untuk mengulangi YB Dato 'Seri Hishammuddin, "Kami akan meneruskan operasi mencari sehingga kami telah meliputi sepenuhnya kawasan carian. Kami akan berusaha untuk menerokai semua pilihan yang mungkin dalam usaha mencari MH370. Terima kasih. "
Dengan taklimat diplomatik sebegitu yang tidak memberitahu apa-apa, melainkan perkembangan mengenai apa yang sedang dijalankan, adalah ia satu keajaiban bahawa lima keluarga ini telah hilang kepercayaan terhadap SAR?
Malahan permintaan senang oleh jawatankuasa waris (Voice 370) untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak dapat diatur dengan segera.
Respon SAR: "Mesyuarat ini akan diatur dalam masa yang sewajarnya dan kami berharap untuk mewujudkan sebuah templat kerja dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh Voice 370."
Bukankah ini tindakan diplomasi kelas pertama yang tiada komitmen, ketergesaan dan keikhlasan? Mengapa ia dilengah-lengahkan, sewaktu usaha mencari MH370 memasuki minggu ke-14?
Keadaan terdesak pasti memerlukan langkah-langkah yang giat. Ini menerangkan langkah oleh keluarga untuk mengumpul dana untuk memberi ganjaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat yang membawa kepada lokasi Boeing 777 MAS.
Dalam sebuah kenyataan, ketua projek Ethan Hunt berkata: "Kami yakin bahawa di suatu tempat, ada seseorang yang mengetahuinya, dan kami berharap ganjaran ini akan memujuknya untuk tampil ke hadapan."
Saraj Bajc, pasangan penumpang Amerika Philip Wood, berkata sudah tiba masanya misteri ini dikaji dengan "sepasang mata baru".
"Kerajaan-kerajaan dan agensi telah melakukan usaha terbaik mereka tetapi telah gagal untuk menemui apa-apa bukti, sama ada kerana pendekatan yang salah atau disebabkan muslihat oleh seorang atau lebih individu.
"Tanpa taktik baru, kebenaran dan pesawat ini tidak akan ditemui," katanya.
Ini hanya membawa kemungkinan bahawa keluarga yang terlibat telah benar-benar berputus asa terhadap pihak berkuasa.  
Setelah tiga bulan, keluarga-keluarga ini kecewa dengan ketidakupayaan pihak berkuasa untuk membuat kesimpulan mengenai nasib pesawat malang ini. Keluarga-keluarga ini semakin terdesak bagi mendapatkan jawapan, dan mengesyaki berlakunya usaha menyembunyikan kebenaran.
Akibatnya, mereka telah memulakan misi mencari fakta ini.
Ini adalah sebuah tamparan hebat terhadap pasukan SAR multinasional yang selama ini cuba untuk meyakinkan dunia bahawa pesawat penumpang itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pasukan carian masih belum menemui apa-apa bukti untuk menyokong dakwaan mereka.
Sehingga kini, tiada siapa boleh dipersalahkan jika mereka mengesyaki niat jahat di sebalik kehilangan ini.
Apa yang hanya dilakukan semua pihak berkuasa termasuk kerajaan Malaysia, setakat ini adalah berpegang teguh dengan versi mereka sendiri, dan tidak pernah terbuka dengan petunjuk yang menunjukkan kemungkinan berlakunya senario lain.
Laporan baru-baru ini menyatakan bahawa seorang pekerja pelantar minyak yang ditempatkan di luar pantaiVietnam, yang telah melaporkan melihat sebuah kapal terbang yang terbakar, yang katanya berkemungkinan adalah MH370, telah dipecat dari jawatannya.
E-mel warga New Zealand Mike McKay kepada majikannya, memperincikan apa yang dilihatnya, telah dibocorkan ke Internet, dan majikannya mengadu yang mereka telah dibanjiri dengan pertanyaan mengenai perkara itu, yang menyumbat sistem mereka.
Penjelasannya menepati kehilangan penerbangan itu, dan huraian beliau mengenai pesawat yang terbakar itu hampir sama dengan MH370.
Walau bagaimanapun, versi beliau akan meletakkan tempat berakhirnya pesawat itu di Laut China Selatan, di mana usaha carian tertumpu pada hari-hari awal kehilangan.
Pemecatan Mike menimbulkan persoalan sama ada ia adalah sebuah kes mudah majikan yang tidak puas hati memecat seorang pekerja "bermasalah", atau adanya campur tangan yang lebih besar.
Kita mungkin tidak akan tahu.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein baru-baru ini mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia setakat ini telah membelanjakan RM27.6 juta bagi kos logistik agensi-agensi keselamatan Malaysia dalam operasi mencari ini.
Kos ini meliputi makanan dan minuman dan bekalan bahan api untuk agensi-agensi yang terlibat, seperti Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Namun ini hanya adalah bahagian perbelanjaan Malaysia dalam operasi mencari ini, dan hanya untuk logistik. Angka itu mungkin bertambah ke beratus-ratus juta ringgit jika semua faktor diambil kira.
Ini mungkin menjadi satu-satunya usaha pencarian dalam sejarah penerbangan, atau dalam sejarah usaha mencari, di mana banyak masa dan wang telah dibelanjakan bagi mencari sesuatu yang tidak langsung berada di mana semua pihak sedang memerhatikan.
Rencana ini ditulis bersama-sama oleh V.Shuman dan Alyaa Alhadjri.
Posted & copy by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena