Monday 2 June 2014

Susahnya nak makan coklat di Malaysia...Felda juga ada "saham unsur haram" produk Cadbury?

Selasa, 3 Mei 2014
Photo: CADBURY: CADANGAN MEMBAKAR KILANG & TUKAR DARAH KETERLALUAN!

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah ABIM begitu prihatin dengan penemuan ramuan yang berunsurkan babi pada produk Cadbury. ABIM berpendirian satu tindakan yang tegas di sisi undang-undang perlu dikenakan terhadap syarikat berkenaan. Begitu juga dengan prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh JAKIM yang perlu diperbaiki.

Namun ABIM memandang berat beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa badan bukan kerajaan (BBK) berhubung kes ini. Kenyataan yang dipenuhi emosi dan terkeluar dari batasan rasional amat memalukan umat Islam. Cadangan untuk membakar kilang, tukar darah dan sebagainya adalah cadangan yang keterlaluan.

Begitu juga jika ada yang mengaitkan dari sudut kepayahan untuk mendidik dan mendapat hidayah lantaran kononnya jasad telah dicemari makanan yang haram. Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam. Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi.

Kenyataan seperti ini boleh membawa imej yang negatif kepada agama Islam. Ada yang mahu menyamak usus sendiri jelas terkeluar dari tuntutan syariat Islamiah. Umat Islam tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegini bagi menggambarkan kemarahan apatah lagi Islam sendiri telah pun ada penyelesaiannya yang jauh terhormat dan penuh hikmah.

Cikgu Amidi Abd Manan, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Abim Negeri Kelantan Abim Negeri Sembilan Abim Wilayah Persekutuan Abim Sarawak Wadah Pencerdasan Umat Helwa Abim Kelantan Sekretariat Abim Kedah Sekreteriat Abim Selangor Abim Pahang Abim Penang Mohd Faiz Fadhlina Sidek Sidek

Photo: Hehehe
Kronologi ringkas DNA babi & coklat Cadbury

27 Febuari 2014
dikesan oleh pakar DNA dari KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
24 May 2014
dihebahkan kepada umum
02 Jun 2014
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sahkan tiadanya DNA babi di dalam coklat Cadbury

ermmmm... sayangi Cadbury, yakini BN... opsss... yakini JAKIM... huhuhu

DS Zahid Komedi

Orang Islam Wajib hindari Cadbury dan Jangan Terpengaruh Dengan JAKIM

JAKIM sudah menghalalkan coklat cadbury yang didakwanya tiada mengandungi DNA babi. Sebagai umat islam saya rasa terpanggil untuk menyeru seluruh orang Islam (kecuali orang melayu) agar menjauhi cadbury.

Cadbury yang didakwa halal adalah cadbury yang sebelum ini disahkan mengandugi babi.  Berdasarkan maklumat dari sozcyili seperti di bawah...

1. Babi dikesan pada 27 feb 2014

2. Sehingga 22 mei ia didiamkan tanpa apa2 perkhabaran dari JAKIM dan KKM.

3. Sehinggalah ia leak di public barulah terhegeh2 KKM dan JAKIM bertindak.

Sebelum itu. Dari 27 feb sampailah ke 22 mei. Apa yang dorang semua buat? Siapa tahu jawapannya? Aku pun tatau.
Berdasarkan maklumat itu jelaslah JAKIM cuba menyembunyikan kewujudan DNA babi sejak awal lagi. JAKIM tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang kewujudan DNA babi tersebut kepada umum sehingga maklumat itu dibocorkan.
Seorang individu yang tidak dikenali mendedahkan bahawa Jakim akan mengubah maklumat siasatan asal untuk memastikan Cadbury tidak terjejas. Berita ini telahpun saya siarkan kepada umum pada 31. 5.2014

Berdasarkan sikap awal JAKIM terhadap isu ini, ternyata mereka gagal menyempurnakan tanggungjawab terhadap umat islam. Sepatutnya mereka mendedahkan perkara itu sebaik sahaja keputusan ujian diperoleh.

Kini JAKIM mengisytiharkan bahawa cadbury tiada DNA babi. Bolehkah kita mempercayai JAKIM??? setelah apa yang mereka lakukan sebelum ini?

Rasanya tidak boleh... Langsung tidak boleh. 

Kita kena ingat bahawa negara ini bernama Malaysia atau negara melayu. Demi melayu mereka sanggup buat apa sahaja. 

Oleh itu kita biarkan sahajalah orang melayu yang makan coklat cadbury itu. Orang Islam jangan makan. Banyak lagi coklat yang boleh kita makan.



ADAKAH ANDA FIKIR KKM BERBOHONG?
SILA BACA
kalau nak makan juga... terpulanglah!!!

Posted by 
Photo: Jakim patut saman jika Cadbury tipu sijil halal

 29 Mei 2014.KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya bertindak menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury kerana telah menyalahgunakan sijil halal, demikian tegas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar.Katanya, saman tersebut sepatutnya bukan datang  daripada badan bukan kerajaan sebaliknya oleh Jakim sendiri kerana melibatkan kesalahan menipu agensinya."Syarikat ini salah guna sijil halal ke atas produk yang tidak halal. Takkanlah jakim rasa orang yang tipu mereka pun tidak apa."Orang yang tipu tanggunglah dosa. Takkan Jakim warak sangat sampai tahap macam ini," katanya di sidang media di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.Jelas Mahfuz, syarikat itu telah menipu Jakim dengan meyalahgunalan sijil untuk produk yang mengandungi kandungan khinzir sekaligus mengelirukan pengguna khsusnya orang Islam.Tegas Mahfuz, bagi orang Islam mereka tidak boleh makan apabila jelas adanya penipuan oleh syarikat terbabit walaupun hanya membabitkan dua produk sahaja."Walaupun hanya dua produk sahaja yang sah adalah haram, tetapi produk yang lain pun sudah tentu akan timbul keraguan bagi orang Islam."Kalau menipu, bermakna barang lain pun kita tidak boleh makan," katanya.Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan produk coklat susu Cadbury mengandungi DNA khinzir.Laporan ini telah mengejutkan orang ramai khususnya orang Islam sekaligus ada yang bertindak mahu menyaman syarikat terbabit dan tidak kurang juga yang  bertindak memboikot produk tersebut.
Photo: Darah Tak Boleh Cuci,,,,,Hati Perlu DiCuci
Daging Babi Dalam Product Makanan Bising,Marah...ok Bagus..
Umno Jadi Kerajaan Bagi Lesen Judi Kasino,lesen Nombor Ekor
Kuda, magnum,,toto.....Menteri Rasuah,Menteri Tolak Hukum Hudud!!,,Negara Islam Tapi Undang2 Islam Tolak Mentah2
Alfonso de Albukhary's photo.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena