Wednesday, 14 October 2015

AMANAH lobi jaringan Islam, DAP pula mengadakan lawatan kerja ke Turki dan Tunisia.

Rabu, 14 Oktober 2015

AMANAH lobi jaringan Islam, DAP belajar di Turki



Lebih sebulan bergerak, Parti Amanah Negara (AMANAH) kini memulakan langkah mendekati tokoh-tokoh gerakan Islam dunia, jaringan yang sebelum ini dilihat didominasi PAS.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Alqaradaghi, di Doha, Qatar semalam. 

AMANAH diwakili oleh timbalan penasihat umumnya Abd Ghani Shamsuddin, yang juga anggota pemegang amanah kesatuan itu serta bendahari parti Asmuni Awi. 

“Pada pertemuan hampir dua jam itu, di samping memperkenalkan kewujudan AMANAH di persada politik Malaysia. 

“Turut dibincangkan isu-isu semasa berhubung perkembangan mutakhir di Palestin, pergolakan negara-negara umat Islam di rantau teluk dan tidak ketinggalan juga perkembangan politik Malaysia,” kata Salahuddin.

Parti serpihan PAS itu selepas ini dijadual ke Istanbul, Turki untuk menyertai Persidangan Gerakan Islam dalam isu Palestin bersama anggota gerakan Islam lain pada 14 hingga 18 Oktober nanti. Daripada aspek politik, pertemuan itu dilihat cubaan membina jaringan dengan gerakan Islam dunia yang rata-rata belum mengenali parti Islam baru itu. Bincang dengan Sheikh Ghannouchi

Sementara itu, DAP, sekutu AMANAH dalam Pakatan Harapan, pula mengadakan lawatan kerja ke Turki dan Tunisia bermula 12 Oktober sehingga Sabtu ini. Diketuai ketua parlimennya sendiri Lim Kit Siang, ia disertai beberapa anggota parlimennya termasuk Teresa Kok (Seputeh), Zairil Khir Johari (Bukit Bendera) dan Steven Sim (Bukit Mertajam). Turut menyertai rombongan adalah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu Dr Syed Azman Syed Nawawi.


“Tujuan lawatan ini adalah untuk berjumpa dan membuka hubungan dengan pemimpin-pemimpin politik dan masyarakat madani di negara-negara tersebut agar dapat bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman mengenai proses pendemokrasian, khususnya peranan gerakan siasah Islam dalam suasana pascarevolusi Arab Spring,” kata Zairil.

Penolong Setiausaha Kebangsaan DAP itu juga berkata mereka telah membuat kunjung hormat kepada Sheikh Rached Ghannouchi, presiden Ennahdah dan seorang tokoh agama disegani di dunia Islam. DAP, kata Zairil, berbincang pelbagai bidang termasuk masa depan Islam, peri pentingnya kemuafakatan politik semua pihak, serta maqasid syariah yang menekankan kepentingan nilai-nilai Islam berdasarkan konsep rahmat ke seluruh alam.

Zairil berkata mereka memilih Turki kerana negara itu selepas 2002 dianggap ramai sebagai contoh kejayaan gerakan Islam yang bersifat moderat, “...kami yakin bahawa banyak yang boleh dipelajari, baik daripada kelebihan mahupun kelemahan, daripada pengalaman mereka,” katanya lagi. DAP, sebuah parti yang sering dilabel 'cauvinis Cina' oleh musuh politiknya sekarang ini sedang giat mendekati golongan Melayu.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena