Friday, 2 October 2015

[Video & Foto] BERSATU HATI - Mengutuk kekejaman Israel..Lebih 1,000 hadir himpunan! Tidak perlu dipolitikkan.

Jumaat, 2 Oktober 2015
KOLEKSI GAMBAR PARTI AMANAH NEGARA (PAN), PKR, PERKASA DAN UMNO BERGANDING BAHU SEIYA SEKATA BERSATU HATI MENGUTUK KEKEJAMAN ISRAEL DAN SELAMATKAN MASJID AL-AQSA.







Posted by OMAK KAU!

Lebih 1,000 hadir himpunan bantah tindakan Israel terhadap Masjid Al Aqsa 


Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata memorandum itu bertujuan menggesa kerajaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel, untuk mengambil tindakan berhubung peristiwa terkini di Masjid Al Aqsa.
"Kami percaya, Presiden Barrack Obama mempunyai pengaruh yang luas untuk menghentikan tindakan Israel ke atas rakyat Palestin, dan supaya pencabulan Masjid Al Aqsa yang suci oleh Polis Israel dan penduduk Israel dihentikan segera," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Sementara itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Azmi Abdul Hamid yang turut mengiringi Mohamad Raimi berkata mereka menyerahkan memorandum berkenaan kepada pegawai keselamatan serantau Kedutaan Amerika Syarikat, Bernard Green untuk disampaikan kepada Duta Besar Amerika Syarikat, Joseph Yun.
"Kami dimaklumkan pihak kedutaan akan menghantar memorandum itu segera ke negara mereka dan akan memberikan maklum balas kepada kami.
"Perhimpunan itu diadakan bermula pukul 2 petang selepas peserta menunaikan solat Jumaat yang kemudiannya berarak dari (bangunan) Tabung Haji sebagai simbol bantahan terhadap tindakan kejam Israel yang melancarkan serangan hingga menyebabkan kematian rakyat Palestin dan kerosakan Masjid Al Aqsa," katanya.
Katanya Himpunan Hari Kemarahan ini mendesak supaya tindakan tentera Israel mengepung dan membahagikan kawasan Masjid Al Aqsa dihentikan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata tiada kekecohan yang berlaku sepanjang perhimpunan itu diadakan.
"Polis berjaya mengawal keadaan dan peserta perhimpunan tidak melanggar kawasan larangan yang ditetapkan oleh pasukan polis yang berkawal," katanya.
Beliau berkata berikutan perhimpunan itu, terdapat penutupan jalan di susur Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak sepanjang 10 kilometer menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua jalan berkenaan sehingga perhimpunan selesai pada pukul 3.20 petang.
Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk melepaskan tembakan di dalam rumah ibadat itu serta cuba memisahkan ruang “ibadat dan masa” antara orang Islam dan Yahudi. – Bernama, 2 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lebih-1000-hadir-himpunan-bantah-tindakan-israel-terhadap-masjid-al-aqsa#sthash.YYMjESVt.dpuf

1 comments:

Unknown said...

Pas punya pgrm lagi hebat lebih 200 000 ahlil pas berdemo di masjid jamek !!!

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena