Wednesday 14 October 2015

Lawatan kali kedua DAP ke negara Islam turut disertai Adun PAS?

Rabu, 14 Oktober 2015
Satu rombongan pemimpin DAP membuat lawatan kerja ke beberapa negara Timur Tengah seperti Turki. – Gambar ihsan Zairil Khir Johari, 14 Oktober, 2015.
Satu rombongan pemimpin DAP membuat lawatan kerja ke beberapa negara Timur Tengah seperti Turki. – Gambar ihsan Zairil Khir Johari, 14 Oktober, 2015.

Lawatan kali kedua DAP ke negara Islam turut disertai Adun PAS
Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang berada di sana ketika ini, lawatan kerja DAP ke negara Islam itu diketuai Lim Kit Siang, bersama Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.
Turut menyertai rombongan itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Terengganu dari PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Zairil berkata lawatan kerja tersebut bertujuan bertukar fikiran dengan pemimpin politik dan masyarakat negara tersebut mengenai proses demokrasi terutamanya peranan gerakan siasah Islam dalam suasana pasca-revolusi Arab Spring.
"Tunisia adalah tapak mulanya revolusi Arab Spring pada akhir tahun 2010 dengan penggulingan diktator Zine El Abidin Ben Ali dan rejim kuku besi yang berkuasa selama 55 tahun.
"Namun, sambil negara-negara Arab Spring lain seperti Mesir dan Libya menemui kebuntuan setelah menjatuhkan rejim autoritarian di negara masing-masing, Tunisia berjaya melakukan peralihan kepada sistem demokrasi yang berteraskan kepada nilai-nilai kesaksamaan, keadilan dan keterangkuman," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zairil berkata lawatan kerja DAP termasuklah membuat kunjung hormat kepada Presiden Hizbul Ennahdah dan seorang tokoh agama yang sangat disegani dan dihormati bukan sahaja di Tunisia malah dalam dunia Islam iaitu Sheikh Rached Ghannouchi.
Hizbul Ennahdah ialah gerakan siasah Islam dan parti politik terbesar ketika ketegangan politik di Tunisia pada 2013.
Rombongan DAP itu turut mengadakan dialog dengan anggota Parlimen Ennahdah di Bangunan Parlimen di Tunis, ibu kota Tunisia beberapa ahli Parlimen Tunisia lain serta bertemu pertubuhan bukan kerajaan yang baru-baru ini memenangi Hadiah Nobel Perdamaian.
Pada Mei lalu DAP mengadakan lawatan kerja di negara Islam, Jordan dan Mesir yang mencetuskan kontroversi kerana ia dipersoalkan sesetengah pihak yang ingin tahu motif parti sekular itu memandangkan perselisihannya dengan PAS berhubung isu hudud. – 14 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lawatan-kali-kedua-dap-ke-negara-islam-turut-disertai-adun-pas#sthash.IhtxevOO.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena