KANTOI !!!.. Najib Razak hari ini umum semak semula#Bajet2016 wpun sblom ini kedua2 balaci timbalannya dah kata "TIADA SEMAKAN SEMULA BAJET 2016"..
Akhirnya bajet yg dibentangnya sendiri pd 23 Oktober tahun lps terbukti TAK BOLEH PAKAI !!... Poor planning !!!
Kalau dah ada dua timbalan pon bajet tak leh pakai, kenapa tak lantik jer terus 20 Timbalan Menteri Kewangan !!!
Kenapa mereka suka jual kelentong ??
Mereka jual kelentong pasal #1MDB.. TAPI MASIH ADA JUGA YANG SUKA dan PERCAYA pada kelentong..
Tahun 2016 Mencabar, Bajet 2016 Perlu Diubah Suai
PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Pengubahsuaian Bajet 2016 akan dibentangkan tidak lama lagi dengan mengambi kira senario ekonomi semasa untuk lebih realistik dalam keadaan pada tahun 2016 yang mencabar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.
Pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini, Najib berkata adalah lebih baik untuk berterus-terang bahawa 2016 adalah tahun yang mencabar.
"Saya tidak mahu menggula-gulakan rakyat dengan tidak berpaksikan pada realiti yang sebenar. Baiklah kita secara terus terang dan jujur beritahu bahawa tahun ini adalah mencabar," katanya.
Namun, katanya, kerajaan, dan Kementerian Kewangan akan terus berusaha gigih dengan penuh komitmen untuk membela nasib rakyat dan menjamin ekonomi negara dapat terus tumbuh dengan baik untuk membolehkan pelbagai program pembangunan dilaksanakan.
Najib berkata pengubahsuaian Bajet 2016 itu antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.
"Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.
Pada perhimpunan itu, Najib menyentuh mengenai cabaran-cabaran pada 2016.
Cabaran itu ialah mengenai kelembapan ekonomi negara China, yang merupakan ekonomi kedua terbesar dunia dan rakan dagangan terbesar Malaysia dan permintaan global dan perdagangan dunia yang masih lemah.
Turut disentuh Najib ialah cabaran akibat penurunan harga minyak mentah dan komoditi yang berterusan, di mana harga purata minyak mentah Brent telah menjunam daripada US$98.94 setong pada 2014 kepada US$31.58 setong semalam (7 Jan).
Beliau berkata perkara tersebut amat membimbangkan termasuk kesan kepada negara ekoran unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2016 adalah berdasarkan harga purata Brent sebanyak US$48 setong.
Najib juga menyatakan cabaran pada 2016 adalah berkaitan keadaan pasaran kewangan terutamanya berikutan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (US Fed) yang akan dipulihkan seperti biasa bagi membawa kesan aliran modal serantau termasuk Malaysia serta pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat.
Beliau berkata cabaran-cabaran tersebut turut memberi impak kepada Ringgit.
Najib berkata bagi menangani cabaran pada 2016, tindakan lebih responsif dan tegas perlu diberi perhatian bukan sahaja oleh Kementerian Kewangan tetapi juga oleh kerajaan, GLC dan juga rakyat keseluruhannya.
"Tahun ini merupakan tahun yang begitu mencabar dan kita perlu menguruskan sumber-sumber dengan cekap dan mencapai tahap optimum.
"Kita perlu bersiap sedia dan memikirkan cara terbaik untuk memastikan keadaan ekonomi kita mampan," katanya.
Malah, Najib berkata kerajaan menyasarkan ekonomi Malaysia kekal stabil pada tahun ini dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara empat hingga lima peratus.
"Inflasi dijangka kekal rendah diunjur berada dalam lingkungan dua hingga tiga peratus," katanya.
Tegas Perdana Menteri, kerajaan juga kekal komited untuk mengurangkan defisit fiskal kepada 3.1 peratus daripada KDNK pada 2016, manakala tahap hutang Kerajaan Persekutuan dijangka kekal terkawal dalam had yang berhemat 55 peratus daripada KDNK.
"Mudah-mudahan komitmen yang ditunjukkan Kementerian Kewangan bukan sahaja kita dapat kekalkan malah kita dapat pertingkatkan lagi, kerana tanggungjawab kita amat berat dan pada tahun ini adalah amat mencabar untuk Malaysia dan dunia secara keseluruhannya," katanya.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment