Monday, 25 January 2016

Tabung Haji Bakal Gulung Tikar? “Apa yang berlaku sekarang ini memang bercelaru.”

Selasa, 26 Januari 2016

Tabung Haji Bakal Gulung Tikar ?

Syed: Zeti harus yakinkan orang ramai TH tiada masalah
 | January 25, 2016
Sekiranya TH perlu mencairkan aset - termasuk menjual saham - itu akan mengakibatkan rasa cemas dalam pasaran saham.
Syed-Akbar-AliKUALA LUMPUR: Seorang penganalisis politik membangkitkan desas-desus yang mendakwa lima peratus pencarum Tabung Haji mengawal 75 peratus dana berjumlah RM57.9 bilion.
Menurut desas-desus itu, kata Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyedTheBox, sejumlah RM43.4 bilion itu adalah daripada pelabur institusi yang mencarum wang bukan untuk menunaikan ibadah ke Mekah.
“Pelabur institusi itu mahu mengaut pulangan kewangan daripada pelaburan mereka.”
Justeru, para pelabur institusi itu akan menarik keluar pelaburan RM43.4 bilion itu sekiranya TH tidak boleh mengisytiharkan dividen atau “tiada wang” untuk membayar dividen.
“Ini bermakna simpanan akan mengecut kepada hanya RM14.5 bilion.”
Maka, soal Syed, mampukah TH membayar balik RM43.4 bilion wang pelabur institusi itu sekiranya mereka memilih untuk mengeluarkan pelaburan mereka, sekiranya TH tidak punyai wang untuk membayar dividen tahun ini.
“Bagaimana TH mahu menyakinkan 95 peratus makcik dan pakcik supaya jangan mengeluarkan RM14.5 bilion mereka?”
“Sekiranya TH perlu mencairkan aset – termasuk menjual saham – itu akan mengakibatkan rasa cemas dalam pasaran saham.”
Kebanyakan saham yang dilaburkan TH turut dipegang oleh dana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain antaranya seperti Amanah Saham Berhad (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
“Lantas, sekiranya TH menjual sahamnya secara cepat dan harga menjunam, maka dana GLC lain akan turut mengalami kerugian.”
Beliau berkata demikian mengulas muatnaik satu blog, yang dihantar kepadanya.
“Jelas sekali blog yang dibuat oleh orang dalam TH – atau Deep Throat – berhasrat mendedahkan apa yang berlaku dalam institusi itu.”
Pertamanya, beliau berkata, individu-individu yang mendirikan blog itu disaran supaya memuatnaik semua maklumat yang ada sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menghalang kemasukan ke blog itu.
Kedua, kata beliau lagi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz wajar mengeluarkan kenyataan kepada orang awam berkenaan keadaan di TH.
“TH mengaut untung RM2.98 bilion pada 2014 tetapi membayar dividen RM3.3 bilion tahun lalu.
“Bagaimana kamu mampu membayar dividen lebih daripada keuntungan? Dengan mengambil daripada rizab.”
Bank Negara, selaku pengawal atur, harus menyakinkan orang ramai bahawa TH bukan seperti skim piramid, tegas Syed.
“Bank Negara dikatakan telah menulis pada 23 Disember 2015 kepada menteri yang bertanggungjawab keatas TH supaya mengariskan bahawa institusi itu telah membayar dividen pada 107 peratus daripada untung.”
Malah, kata Syed lagi, Bank Negara juga dikatakan telah menasihatkan menteri itu bahawa TH tidak boleh mengisytiharkan sebarang dividen kerana kedudukan aset TH kurang daripada liabiliti, seperti yang ditetapkan oleh Akta Tabung Haji.
“Oleh kerana itulah muatnaik blog itu mendakwa, setakat perkara ini ditulis pada 22 Januari 2016, TH tidak mengisytiharkan sebarang dividen.”
Bank Negara selaku pengawal atur bertanggungjawab untuk menasihati orang awam, yang telah melabur RM57.9 bilion dengan TH, mengenai keadaan sebenar dalam TH, tegas Syed.
“Lantaran semua wang yang disimpan dengan TH dijamin kerajaan, ini bermakna semua pembayar cukai akhirnya akan dibebankan dengan sebarang kecuaian kewangan yang barangkali berlaku dalam TH.
Maka, hujah Syed, mendiamkan diri bukan pilihan terbaik untuk Bank Negara.
“Orang ramai perlu menyuarakan kebimbangan mereka berhubung perkara ini.
“Apa yang berlaku sekarang ini memang bercelaru.”
Syed berkata sekalipun Gabenor Bank Negara yang baharu adalah daripada TH, ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena