Monday, 25 January 2016

Bank Negara BERI AMARAN, paras rizab Tabung Haji negatif..."Surat dari BNM kepada TH yang tersebar di Internet".

Selasa, 26 Januari 2016

Rizab Negatif - Ini Surat Dari BNM Kepada TH Yang Tersebar Di Internet.

Sebentar tadi The Malaysian Insider menulis laporan mengenai amaran bertulis BNM kepada TH bahawa mereka menghadapi masalah paras rizab negatif dan mungkin berhadapan dengan masalah gagal membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak mengambil sebarang langkah bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Berikut adalah surat - surat yang dimaksudkan ;
Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Menurut laporan itu lagi, pihak TMI telah cuba menghubungi pihak TH dan Jamil Khir bagi mengesahkan isi kandungan dan kesahihan surat-surat berkenaan namun maklum balas dari TH menyatakan mereka perlu masa untuk semak kandungan surat samada benar atau fitnah manakala Jamil Khir pun gagal dihubungi.

Susulan dari penyebaran maklumat sulit berkenaan. PAS mahu pengerusi Lembaga Tabung Haji dipecat jika benar dakwaan yang tersebar. 

Berikut adalah laporan penuh dari TMI mengenai amaran BNM tentang paras rizab TH ;

Sozcyili

Bank Negara beri amaran, paras rizab Tabung Haji negatif 
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 26 January 2016 6:56 AM
Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.
Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat Lembaga Tabung Haji secara puratanya melebihi keuntungan semasa menyebabkan paras rizab terkumpulnya terus merosot. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016. 

Dalam surat bertarikh 23 Disember yang dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberitahu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti. 

Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Dalam satu surat berasingan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada tarikh sama yang turut dilihat The Malaysian Insider, Zeti memberi amaran keadaan kewangan Tabung Haji boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan. 
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset Lembaga Tabung Haji hanya mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata nilai aset Lembaga Tabung Haji hanya mencukupi membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap seringgit nilai liabiliti dan memberi amaran ia boleh memberi kesan kewangan kepada kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016. 

Zeti berkata, ini kerana Putrajaya menjamin sepenuhnya simpanan deposit di Lembaga Tabung Haji.
Beliau memberitahu Jamil disebabkan perkara ini, keberkesanan Lembaga Tabung Haji dalam membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji mungkin terjejas.
Sementara itu, dalam suratnya kepada Azeez, Zeti berkata Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
Beliau berkata, ini akan mengurangkan nilai aset Tabung Haji, dan kestabilan sistem kewangan dan sistem ekonomi negara pada risiko yang lebih tinggi melalui "kesan penularan".
Ini kerana ia akan memberi kesan kerugian nilai pelaburan bagi institusi kewangan dan pelabur lain yang turut terdedah kepada aset terbabit; tekanan kecairan kepada institusi perbankan ekoran pengeluaran deposit Lembaga Tabung Haji dan kesan negatif terhadap sentimen para pelabur, katanya.
Zeti menyalahkan amalan Lembaga Tabung Haji kerana membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012.
"Amalan pengagihan dividen dan bonus tidak berhemat secara puratanya melebihi keuntungan semasa (purata sebanyak 107% bagi tempoh 2012-2014) menyebabkan paras rizab terkumpul Lembaga Tabung Haji yang sememangnya rendah untuk terus merosot, sehingga tidak mencukupi untuk menangani prestasi lemah portfolio ekuiti yang lemah pada 2015.
"Ini seterusnya menyebabkan rizab Lembaga Tabung Haji menjadi negatif," kata Zeti dalam surat itu.
Menurut Zeti, satu lagi masalah ialah deposit Tabung Haji tertumpu di kalangan sebilangan kecil penyumbang – 5% pendeposit terbesar merangkumi kira-kira 75% jumlah keseluruhan pendeposit.
Zeti berkata, ini akan menyebabkan risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran, sekiranya pendeposit hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji.
Beliau mencadangkan Lembaga Tabung Haji agar segera merangka dasar rizab dan pelan pelaksanaan yang sudah diluluskan Lembaga Pengarah kepada Bank Negara pada 31 Mac 2016.
Selain itu, mencadangkan kepada Jamil untuk menambah bilangan ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran luas dalam bidang kewangan.
Jamil tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen dan tidak menjawab kiriman teks daripada The Malaysian Insider.
Azeez memberitahu The Malaysian Insider beliau perlu menyemak dengan pejabat Lembaga Tabung Haji esok sama ada surat itu benar.
Tetapi beliau menegaskan Lembaga Tabung Haji tidak mempunyai masalah untuk membayar dividen tahun ini, dan pendeposit perlu menunggu selewat-lewatnya pada Mac untuk pengumuman. 
Sementara dalam kenyataannya malam tadi, Lembaga Tabung Haji mengatakan mereka perlu memastikan semua proses audit awal dilaksanakan terlebih dahulu serta mendapat kelulusan dalaman sebelum mengumumkan dividen atau bonus kepada pendepositnya.
“Lembaga Tabung Haji meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tarikh pengumuman bonus pendepositnya bagi 2015.”
Bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya berkata, pada kelazimannya bonus akan diumumkan kepada pendeposit pada suku pertama (Januari-Mac) tahun semasa.
Kenyataan itu menyebut Lembaga Tabung Haji pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung Februari dan awal Mac sebelum ini.
Sementara itu, bahagian hal ehwal awam dan komunikasi korporat Lembaga Tabung Haji masih belum membalas e-mel The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan berkenaan kebenaran surat itu.
Bagaimanapun blog yang tidak diketahui pemiliknya memuat naik surat sama hari ini.
Penulis blog Syed Akbar Ali turut memuat naik semula surat itu.
Tahun lalu, Lembaga Tabung Haji mencetuskan kontroversi apabila  membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) berharga RM188 juta daripada 1Malaysia Development (1MDB) untuk membangunkan sebuah menara kediaman.
Lembaga Tabung Haji membayar 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.
Disebabkan tekanan orang ramai, Lembaga Tabung Haji pada Mei berikrar untuk menjual tanah itu akan tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa berita mengenainya. – 26 Januari, 2016.

2 comments:

77777 said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..



KLIK DISINI 4d 5d 6d




Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[0823 1366 9888]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/








KISAH SUKSES IBU HERAWATI said...

Assalamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang Pengusaha Butik yg Sukses, kini saya gulung tikar akibat di tipu teman sendiri, ditengah tagihan utang yg menumpuk, Suami pun meninggalkan saya, dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini, saya coba buka internet untuk cari lowongan kerja dan secara tdk sengaja sy liat situs pesugihan AKI SYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsug hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari, Alhamdulilah benar benar terbukti dan semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir Tuhan, Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita semua, cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya, Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Ritual Penarikan Dana Hibah AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses, Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia, jika anda ingin seperti saya silahkan Lihat No Tlp Aki Di website/internet ~>KLIK DISINI<~ Wassalam

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena