Wednesday 6 January 2016

Isu Pas-Umno: Jangan jadi 'Golongan Manusia Yang Tertipu'...

Rabu, 6 Januari 2016

 - Amanah

Hasanuddin Mohd. Yunus
KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara mengingatkan seluruh umat Islam kononnya ulama-ulama PAS yang menyatakan kesediaan menjalinkan kerjasama dengan UMNO demi perpaduaan umat merupakan golongan yang tertipu.
Naib Presidennya, Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, ulama PAS yang tertipu terbabit terpaksa memberi alasan yang tidak jelas kepada orang ramai berhubung kerjasama diantara PAS dengan UMNO tersebut.
“Sebarang usaha mana-mana ulama atau parti politik lain untuk menjalin hubungan dengan UMNO atas alasan yang tidak jelas adalah dikira tertipu,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hasanuddin turut membayangkan kononnya ulama PAS gagal menyelami keperitan hidup Nabi Muhammad Rasulullah S.A,W sewaktu kecil sebagai yatim piatu.
Menurutnya, Nabi Muhammad dibesarkan oleh Abu Talib yang tidak kaya menjadikan baginda sangat sensitif kepada kesusahan orang lain dan membela orang yang teraniaya.
“Akhlak dan sifat perjuangan seperti ini harus diwarisi oleh setiap umat Islam.
“Syukurlah rakyat sedang bangkit untuk bersama Amanah dan Pakatan Harapan (PKR dan DAP) dalam melakukan perubahan besar ini. Semoga Allah S.W.T merahmati usaha kita bersama,” katanya. – Mynewshub.cc


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena