Wednesday 27 January 2016

Pentadbiran Mukhriz lumpuh?

Rabu, 27 Januari 2016

Pentadbiran Mukhriz lumpuh, hanya 3 exco Kedah hadir mesyuarat 

OLEH MD IZWAN
Published: 27 January 2016 5:46 PM
Hanya 3 ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hadir ke mesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sementara 6 yang lain tidak hadir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2016.
Hanya 3 ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) hadir ke mesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sementara 6 yang lain tidak hadir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Januari, 2016.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, 3 exco itu ialah Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita Datuk Suraya Yaacob; Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Maklumat Datuk Norsabrina Mohd Noor dan Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan Aminuddin Omar.
Tiada sidang media seperti kebiasaan diadakan selepas mesyuarat tadi dan ketiga-tiga exco itu juga mengelak daripada bertemu wartawan yang berkampung di perkarangan Wisma Kedah.
"Hanya 3 exco hadir dan mesyuarat berlangsung seperti biasa tadi.
"Tiga exco sudah mencukupi untuk menguruskan pentadbiran kerajaan negeri sehingga nama menteri besar baharu diumumkan," katanya.
Beberapa program dan aktiviti berkaitan pembangunan negeri dibincangkan semasa mesyuarat, selebihnya menyentuh hal ehwal pengurusan pentadbiran, kata sumber.
Dalam perkembangan terkini, sumber memberitahu majlis angkat sumpah menteri besar baharu mungkin diadakan esok di Istana Negeri Kedah, yang juga hari pengurniaan pingat.
"Jumaat merupakan cuti hujung minggu di Kedah, jadi selewat-lewatnya menteri besar baharu akan angkat sumpah esok," katanya.
Bagaimanapun, sumber dalam istana yang dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, mereka masih belum mendapat arahan mengenai majlis angkat sumpah menteri besar tetapi majlis pengurniaan pingat berjalan seperti yang dirancangkan.
"Belum ada dalam program majlis angkat sumpah.
"Setakat ini hanya pengurniaan pingat," kata sumber.
Awal hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, dipercayai bagi mendapatkan perkenan menukar menteri besar baharu.
Mukhriz yang juga menteri besar penggal pertama ketika ini berdepan penentangan Umno Kedah apabila sekumpulan pemimpin negeri diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Rabu lepas menyatakan hilang keyakinan dan memintanya berundur daripada jawatan menteri besar.
Dalam perkembangan terkini, media dilaporkan akuan bersumpah (SD) juga berjaya dikutip daripada 19 wakil rakyat Umno yang menyatakan tidak lagi menyokong Mukhriz. – 27 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pentadbiran-mukhriz-lumpuh-hanya-3-exco-kedah-hadir-mesyuarat#sthash.0gbTSNlD.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena