Saturday 16 January 2016

#janganJUALnegara...Apa plok bakal tergadai? Kesan Negatif TPPA terhadap Malaysia & Mengapa Thailand, Filipina tak sertai TPPA?

Ahad, 17 Januari 2016


Kesan-Kesan Negatif TPPA terhadap Malaysia dari segi:

- Hasil Export
- Perubatan
- Tenaga Buruh
- Alam Sekitar
- Polisi Perolehan
- Perundangan
- Subsidi
- Kewangan
- Harta Intelek

Hakikatnya TPPA akan menghadkan kemampuan kita untuk menentukan nasib kita, ekonomi kita dengan cara kita , pada waktu yang kita mahu.

#stopTPPA
#janganJUALnegara
#perlu100Kbantahan

Jom #BantahTPPA melalui petisyen diwww.janganJUALnegara.com/bantah






TPPA - Imbangan dagangan M'sia NEGATIF ???

Adakah fakta ini ada di dlm buku ringkasan TPPA dari MITI yg baru dilancarkan oleh Tok Pa baru2 ini ???

Angkara #1MDB.. Kem tentera dah tergadai utk komunis-China

Angkara #TPPA.. apa plok yg bakal tergadai ?


Jika TPPA Banyak Manfaat, Mengapa Thailand, Filipina Tak Sertai TPPA? Soal Pakar Ekonomi..


Seorang pakar ekonomi negara, Jomo Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

"Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat?

"Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya selepas menghadiri forum TPPA 2016, anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia.

Dalam kes Indonesia, jelas beliau, ada yang berhujah bahawa negara itu mempunyai kerajaan yang baru dan ditambah semangat nasionalisme yang menebal menyaksikan mereka menarik diri daripada TPPA.

"Bagi Singapura pula, mereka mempunyai lebih banyak konsesi daripada apa yang terdapat dalam TPPA. Jadi bagi mereka, perjanjian itu tidak membebankan langsung.

“Brunei adalah sebuah negara yang kecil yang tidak cuba untuk membangunkan. Harapan mereka minyaknya akan kekal selama-lamanya.

"Dalam kes Vietnam, mereka telah buat pengiraan Mereka pernah berperang dengan China kira-kira 35 tahun yang lalu, mereka mempunyai banyak masalah dengan China, mereka sangat kecewa dengan kerajaan China, jadi mereka membuat keputusan strategik iaitu bersama Amerika Syarikat," kata bekas pegawai kanan ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu.

Dengan memeterai TPPA, Jomo berkata, Najib akan menguburkan ikrar bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin yang mahu menjadikan ASEAN sebagai 'zon keamanan, kebebasan dan berkecuali (ZOPFAN).

Menurutnya, bukan menjadi rahsia bahawa agenda utama TPPA bagi Amerika Syarikat adalah untuk mengecualikan China.

"Kita boleh fahami, mengapa Vietnam, bekas seteru ketat Amerika berminat untuk menyertai TPPA iaitu untuk menguatkan hubungan dua hala dengan jiran gergasinya yang sukar itu.

"Tetapi mengapa kerajaan Malaysia begitu berminat untuk menyertai sedangkan manfaat ekonominya adalah meragukan serta risiko yang besar yang terlibat?” soalnya lapor Malaysiakini 

Posted by Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena