Tuesday, 26 January 2016

PAS telah ditewaskan umNO(baru)bN atas 'kedunguan dan belenggunya' mantik politik ustaz..."Sejarah tidak berbohong".

Rabu, 27 Januari 2016

AMANAH : Mengukuhkan AKAR, Menjulang PUCUK.. PAKATAN HARAPAN di GEMBELING.

Rencana : IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH : 15 January, 2016 (Jumaat) 5 Rabiulakhir, 1437

Sejarah tidak berbohong.
http://www.nasionalis.my/wp-content/uploads/2015/10/partiamanah.jpg
Bila saya berhajat untuk membikin rencana ini, yang membicarakan tentang PARTI AMANAH NEGARA - AMANAH. Iaitu parti yang saya menyertainya bersama dengan isteri dan anak-anak, sebaik ianya didaftarkan oleh Pendaftar ROS pada 16 Oktober 2015 yang lepas. Hari ini 16 Januari 2016 genaplah usia AMANAH 4 bulan, Alhamdulillah. Saya terpanggil untuk membicara akan AMANAH ini. Sejujurnya saya pasti gagal untuk membicarakan AMANAH, kalau saya tidak mencari perdu tunjangnya yang mengundang kepada tertubohnya AMANAH.

Lahirnya PARTI AMANAH dalam Negara kita, ianya merupakan satu tuntutan dan keperluan yang dinanti rakyat untuk menganggotainya setelah mereka keciwa dengan perubahan hala tuju PAS. AMANAH amat senifikan, ianya bukan satu kerja yang main-main dan suka-suka untuk memenuhi selera serta atau mengisi masa lapang setandan pemimpin setelah muktamar menolak mereka dengan talak tiga dari PAS. Saya mengulangi; penubuhan AMANAH adalah satu tuntutan dan keperluan untuk berperanan dipersada pentas politik semasa Negara untuk berbakti kepada rakyat dan Negara. Memikul tanggongjawab bersama dalam pasokkan PAKATAN HARAPAN yang telah dikat ikrar dengan menteri perjanjian pada 9 Januari 2016 yang lepas.

Kelahiran AMANAH bukanlah suatu kerja yang sengaja dan gatai tangan serta gatai mulut. Tetapi kelahiran AMANAH telah diusahakan dengan penuh rasa tanggungjawab, berhati-hati dan cukup amanah. Memikir dan menimbang buruk baik dan kesannya oleh mantan setandan pemimpin PAS pusat yang disingkir menerusi muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor. Ianya berlaku sebagai respon yang pantas, juga merupakan jawapan tuntas keatas penyingkiran yang langkah tersebut PAS tidak menduga secepat itu AMANAH mampu dituboh dan digerakkan terlalu pantas. Sebenarnya penyingkiran secara menyeluroh lebih awal dan serentak, berlaku di perengkat cawangan, kawasan dan negeri lebih awal dimuktamar masing-masing.

Cukup ngeri usaha-usaha penyingkiran yang rapi, diprogrem oleh kepimpinan ulamak terhadap pemimpin PAS gulongan profesional dan NGO yang mengaplikasi kerja secara profesional. Seolah-olah gulongan profesonal yang mendapat sokongan rakyat dan dihati rakyat menjadi halangan dan saingan kepada geng ulamak disudut sokongan ahli dan rakyat. Jadi mereka perlu dinyahkan segera sebelum menjelang PRU 14. Barulah akan tercapai dan tertunai kehendak dan bisik-bisik suara gajah ulamak selama ini yang tersekat dan terbantut bersabit dan berkaitan dengan UG.

Nilai yang terkulai dari ulamak.

Berjiwa besarlah wahai uztaz ulamak, sedar dan insaflah bahawa pemimpin professional yang bukan ustaz dan tidak ulamak berganding NGO itulah sejak 35 tahun dahulu, mereka menjadi tonggak dan pengerak utama PAS siang dan malam berceramah menemui rakyat. Sejarah merekodkan 35 tahun dahulu sampailah tahun 2000 dikalangan merekalah, kalau mana-mana kawasan dan cawangan PAS, perlukan dana untuk membina dan siapkan markaz, terbayang dikepala mereka untuk menampong pembiayaan siapnya, hendaklah diadakan ceramah dan penceramah bakal diundang.

Sesunggohnya sumber dana dan kewangan itu berada dalam mulut Mat Sabu, mulut Salahuddin Ayub, mulut Mahfuz Omar, mulut Khalid Samad, mulut Dr Hatta dan beberapa lagi untuk program ceramah perdana dan pasti agenda niat adalah untuk dapatkan dana dari sekelian yang hadhir. Alhamdulillah.

Mereka adalah pemimpin yang telah tebokti tahan diuji sepanjang masa dalam memperjuangkan kebenaran. Mereka berdepan dengan semua keadaan ancaman tribulasi. Kerana berbekalkan ketabahan dan kesabaran dengan iman yang kental pejal. Mereka dengan berani melangkah dan pasrah menentang penyelewengan kerajaan. Yakni kezaliman oleh umNO(baru)bN. Yang mana umNO(baru) kirimkan berdepanan mereka ketika berceramah atau demo, adalah askar upahan seperti FRU, polis, dan sewaktunya. Mereka telah lali dan mangli dengan lokap, penjara dan sebagainya. Serta masok keluar mahkamah. Menghadapi perbicaraan mungkin baki perbicaraan 5 tahun lagi tak selesai.

Mereka berjuang untuk kepentingan rakyat didaulatkan. Mereka pemimpin tadi, bersikap tuntas untuk menjatuhkan umNO(baru)bN melalui dan menerusi PRU. Mereka adalah pemimpin professional dan NGO yang mendukong sepenohnya PR bermula dari BA dan sebagainya. Mereka bukan berjuang sekadar duduk berkuliah di mesjid diatas member atau berkuliah disurau. Yang mana selesai majlis kuliah, setamat mengajar dok tunggu salam bersampul dengan pemanggil atau penganjor, yang sama-sama faham akan tafsir salam tersebut. Salam bersampul ini kadang-kadang mejadikan kali terakhir ia kesurau tersebut.

Doktrin pemisah kepimpinan.

Secara totoknya gerakkan padu geng ustaz ulamak mendapat restu penuh dari Presiden, KDU, Timbalan MA dan beberapa pemimpin kanan lain. Jadi para ustaz bertembong dan bertempor dalam muktamar ke 60 di Batu Pahat Johor tahun 2014. Melalui doa laknat yang dibacakan oleh Dr Azhar Yaakob yang diaminkan oleh sekelian penyokong. Selepas daripada doa itu, ianya adalah secara resmi izin dari presiden untuk mereka menjalankan peranan berterusan keseluroh Negara. Matlamatnya adalah untuk tolak sepenuhnya pemimpin professional dan NGO dari memimpin PAS. Peranan ini dijayakan oleh Nasaruddin Mat Isa dan Dato’ Hassan Ali dan beberapa batang tuboh lagi yang menjadi broker politik kepada umNO(baru)bN.

Usahasama dan gandingan padu dari mereka dengan mendapat liputan besar dalam MediaPrima (TV dan akhbar) RTM Utusan Meloya ketika itu berita utama dimuatkan adalah pemimpin ulamak PAS dan para ustaz. Diatas kekeliruan itulah dalam muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor hasil besar muktamar adalah; PAS tolak kerjasama dengan DAP dan otomatik PR berkubur disaat itu. Keduanya mereka Berjaya dengn cemerlang, singkirkan segugus pemimpin professional dan NGO dimuktamar tersebut.

Sepoi-sepoi angin bertiupan akhirnya menjadi kencang. Iaitu hasrat Haji Hadi Awang dan Dr Haron Din UG yang dicanang mula, hendaklah dibajai dan dijurus air untuk naikkan candek dan pucok. Missi UG adalah bermatlamat satukan Melayu demi perpaduan Melayu disatukan dikaki umNO(baru)bN untuk mertabatkan islam. Dah lama disemai dan berhajat untuk menuainya. Sudah pasti rancangan tersebut dalam PAS akan wujud pro dan kontranya.

Bila Presiden berkehendak dan Mursidul Am dan Ketua DU seia sehati, makanya doktrin pemisah gulongan professional dan NGO, adalah pengkhianat dan penghalang kepada PAS untuk laksanakan HUDUD. Ahli pengiku penyokong dibawah ditanam dan dipasak. Pasti akan lahir percanggahan dan perpecahan dalam PAS kerana nakkan UG. Maka penentang UG ini disimpulkan sebagai gulongan yang menentang ulamak. Maka mereka perlu disingkirkan dari PAS untuk memudahkan kehendak Presiden, Mursidul Am dan Ketua DU. Setiap masa kumpulan ustaz ulamak dok hambat dok ligan sesiapa yang tak bersetuju dengan presiden,”sila keluar dan tinggalkan PAS”. Bila dah ramai yang tinggalkan PAS, mereka gelisah dan resah kata pula,”sesiapa yang tinggal dan keluar dari jemaah mereka kafir dan tinggalkan islam”. Pening kepala dibuat mereka broo.

Sebagai peringatan kepada yang jahil maklumat dan tandus kenyataan, berhentilah menuding jari dengan menudoh pelbagai dengan kecaman serta gelaran burok dan sebagainya diatas kelahiran AMANAH dan pemimpinnya. Berhentilah dari meratip dan terus menghina AMANAH dan memperlekeh pemimpinnya. Ingatlah, bahawa mereka yang kamu perlekeh dan kamu hina itu, mereka adalah pemimpin yang berjasa besar kepada PAS selama dan semasa mereka mewakafkan diri mereka dalam PAS. Mereka lebih awal daripada pemimpin ulamak yang setahun jagung menyertai PAS dan mendapat nikmat darinya kerana PR yang merekalah berusaha menjayakannya.

Membujor lalu melintang patah.

Setiap pemimpin yang disingkirkan itu, mereka telah memberi saham yang besar kepada PAS berkaitan perkembangan dan kemajuannya dalam pentas politik tanah air. Ianya menjadi kegelisahan dan ketakutan besar kepada sekelian pemimpin umNO(baru)bN. Seperti mereka takut bertemu singa dan harimau dihutan untuk tempoh dua kali terakhir PRU. Bukan pemimpin umNO(baru)bN sahaja yang takut dengan mereka, rupa-rupanya ianya berjangkit ketakutan itu kedalam rumah PAS sendiri yakni pemimpin PAS itu sendiri.

Hakikatnya gulongan ulamak ustaz takut kedudukkan mereka akan terjejas, terancam dan terpinggir sekiranya PR terus menjadi dominan dan kukuh untuk PRU 14. Sudah barang pasti gulongan professional berkedudukkan dalam PR dihargai rakyat pengundi kerana mereka sunggoh-sunggoh menjulang PR untuk ke Putrajaya dengan usaha besar buka NIAT sahaja. Dari mereka tersisih, lebih baik langkah awal kita singkirkan gulongan professional dan NGO dari PAS, hendaklah disegerakan. Manakala umNO(baru)bN takut berkubur dalam PRU 14, makanya sepakatlah dan sependapat nyahkan mereka. Maka untuk bersama umNO(baru)bN demi HUDUD dapat dibawa ke Parlimen, makanya musoh utama mesti disingkir terlebih dahulu, baru mudah kerja-keraj nak dibuat.

Maka disinilah lahirnya geli dan keletek umNO(baru) dekat pemimpin PAS yakni ‘HUDUD’. Kalau Pas nak laksanakan ‘HUDUD” kami umNO(baru) bersedia bekerjasama dengan PAS demi untuk mertabatkan Islam dan menjaga kepentingan Melayu. Jarum galah yang dimain selama ini oleh Nasarussin Mat Isa dan Hassan Ali telah berhasil dan pemimpin ulamak PAS touching dan terpersona denganya. Janji dan harapan muluk-mulok yang ditanam dibenam kejiwa pemimpin tertinggi ulamak PAS. umNO(baru) kerana Islam dan Melayu akan sehidup semati dengan PAS, mulanya begitulah kira-kira madah.

Syarat mutlak yang terpaksa dipenuhi oleh PAS adalah singkir dan buang semua peminpmin PAS yang profesioanl dan NGO yang tegar dan konsistan menentang umNO(baru)bN selama ini. Diatas merekalah terbena kekuatan memperkasakan PR sebaris dengan DAP dan PKR. Kesannya adalah umNO(baru)bN hampir-hampir tumbang dalam PRU 13. Kalaulah tidak diselamatkan oleh kebejatan dan syaitan dalaman SPR itu sendiri. Selagi bernama umNO(baru)bN bohong adalah denyut nadi mereka. Kini PAS tersepit dan menjerit kuat yang umNO(baru)bN telah tipu mereka sampai dalam Parlimen walau mereka berjaya lakonan real dalam DUN Kelantan.

Harganya amat mahal broo untuk HUDUD dibawa ke Parlimen seperti yang dijaja selama ini. Iaitu semua penentang dalaman dari PAS yakni gulongan professional dan NGO disingkirkan. Kedua PAS mesti pisahkan diri dengan DAP. Bila keduanya berjalan serentak, iaitu PR mati berkubor dalam muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor. Setelah PAS hancur dibelah dua, setelah PR mati berkubor, akhirnya umNO(baru)bN menjayakan kemenangan besar mereka secara mutlak. Iaitu PAS telah bunoh PR secara resmi dalam muktamarnya. Dan dalam muktamar itu juga PAS singkirkan musoh-musoh umNO(baru)bN yang ulamak dan ustaz turut bariskan juga adalah musohnya.

PAS telah tewas dengan umNO(baru)bN diatas dungu dan belenggunya mantik politik ulamak ustaz membaca NIAT cabok umNO(baru)bnN yang tersepit sejak tipu daya berlalu selama 60 tahun. Kini masing-masing bertelagah ulamak dan uasta PAS sesama mereka. Mereka bertembong dalam satu pekara secara terbuka dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan. Pertelingkahan sebagai pemimpin utama PAS pusat dan PAS Selangor. Nampak jelas wakah perjuangan NIAT pedai masing-masing. Masing-masing sedang melalui pusingan U. Adakah retak mereka akan terbelah lagi?

Persoalannya adakah mereka yang yang dipanggil ustaz yang mengajar dimesjid dan surau, dengan akhirnya salam bersampul sebagai penyokong tegar Presiden dan Mursidul. Mereka itu sahajakah pemimpin PAS? Selain daripada itu yakni group professional dan NGO mereka semua bukan pemimpin PAS untuk dilindungi dan dihargai? Sebab itulah Presiden dan Mursidul Am tidak menghalang dan melarang kepada pengikut mereka yang sanggup menudoh bukan-bukan kepada pemimpin professional yang sama-sama melalui proses usrah, tamrin dan sebagainya.

Mereka catorkan dan melebel, menghina semahu-mahunya gulongan professional yang menjadi pemimpin PAS ketika itu dengan gelaran yang burok. Sedangkan mereka ketika itu adalah Timbalan Presiden, Naib Presiden dan AJK? Sampai ketahap halal darah dan terkeluar dari agama menjadi munafik dan kafir. Kenapa gejala burok jahiliyah pengikut yang memdabik dada membusong jenama mereka adalah ustaz ulamak. Sedangkan ahlak mereka begitu rendah dan pekerti itu tidak dihalang? Yang bukan ustaz semuanya bukan pemimpin dan tidak layak menjadi pemimpin PAS?

Saya sentiasa bersangka baik dengan parti lama saya, serta rakan-rakan yang lain yang menyokong dan menganggotainya lebih dari 35 tahun. Jangan sedap mulut menudoh dan menghina parti nyamok parti serpihan. Lupakah anda semua, tidakkah PAS itu sendiri merupakan parti serpihan pertama yang lahir dari perut UMNO asal? Gulungan ulamak dan penyokong ulamak lupakah sejarah kelahiran PAS juga adalah parti serpihan, lupakah?

Diatas pertembongan fikrah dan hala tujulah menyebabkan UMNO asal pecah kali pertama. Para ustaz dan tuan guru ketika itu, memisahkan diri dengan menubohkan PAS pada 24 November 1951 di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Privince Wellesley - Seberang Prai, Pulau Pinang. Sahlah PAS adalah parti serpihan mendahului PARTI AMANAH. Kompom, tidak takwil lagi. Kata dulang paku serpih, kata orang PAS yang lebih

Mengukuhkan akar, menjulang pucuk.

Hari ini 16 Januari 2016 genap 4 bulan usia dan umor PARTI AMANAH NEGARA – AMANAH. Dalam usia yang amat baru itu kalau dinisbahkan kepada baby yang baru lahir, sekiran-kiranya perkembangannya ia baru dapat belajar menerap. Tetapi AMANAH dalam masa 4 bulan tersebut telah dapat menembusi seluroh negeri dalam Negara. AMANAH telah dapat menubohkan AMANAH di perengakt negeri, hampir semua negeri disaat ini telah menuboh AMANAH. Serta Berjaya menuboh AMANAD di peringkat kawasan sehingga masa ini melebihi 150 kawasan AMANAH dapat ditubohkan. Dalam bulan Januari dan Februari 2016 adalah masa penuh kerja pemimpin kanan pusat untuk turun ke negeri-negeri untuk tuboh AMANAH negeri, Alhamdulillah.

Dalam masa yang serentak pemimpin-pemimpin negeri terpaksa turun kekawasan-kawasan untuk kawal selia menubbohkan AMANAH Kawasan dan seterusnya. Semuanya kini berjalan lancar. Serentak dengan itu program ziarah, program ceramah dan program amal dan sokan mendampingi generasi ‘X’,’Y’ dan ‘Z’ berjalan lancer dalam Negara. Gerakkerja amal yang Alief jalankan sekarang dan Pemuda AMANAH, usaha-usaha mereka rakyat pengundi sedang tengok perhati dengan teliti. Mereka tulin menjalankan kewajipan atau Cuma sekadar berlakon.

Sekarang tidak ada jalan pintas untuk AMANAH dalam mengamit dan memanggil rakyat pengundi untuk dudok bersama menyertai menganggotai AMANAH. Dalam kesempitan kehidupan rakyat pengundi sekarang, AMANAH hendaklah turun sampai kedapor rakyat dan tengok, berasap atau berapi dapor mereka?

Persekolahan anak-anak mereka macamana? Kini bukan masanya kita bermadah dengan bunga-bunga bahasa. Kita turun dan touching hati nurani rakyat pengundi dengan bantu tulong dan cakna ringankan penderitaan mereka diatas kezaliman kerajaan umNO(baru)bN mencengkam rakyat dengan macam-macam cukai serta harga barang melambong.

Seruanku ku disini, walau seruan ini umpama ketam. Biar aku dikategorikan ketam; asalkan aku tidak lanun dan penyamun dan penyangak harta rakyat Negara. Sekaranglah masanya pengurbana itu mulanya hadhir dari pemimpin. Pemimpin yang kita tengok macam mereka kaya, kekayaan anda itu kita kongsilah bersama-sama dengan rakyat jelata. Maafkanlah saya, untuk pemimpin yang memiliki empat atau lima buah kereta, berjiwa besarlah kita wahai pemimpin rakyat AMANAH. Jual sebuah kereta dan dana darinya kita masokkan kedalam tabong jihad kita, InshAllah itu adalah saham akhirat.

Sepantas itu kita dapat kumpulkan dana. Kalau kita memiliki 5 pemimpin diperengkat AMANAH setiap kawasan dan 10 diperingkat ngeri dan lebih-lebih lagi pemimpin pusat. Saya yakin sejumlah dana tunai yang besar dapat kita kumpol dan dapat kita agihkan untuk rakyat yang amat-amat perlu seperti di Sik, Baling dan di Kuala Krai dan gua Musang. Dalam masa yang sama, diatas kewibawaan selama ini pemimpin berada ditengah-tengah gelanggang kehidupan selama semasa dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta.

Pasti ramai kenalan dan korporat dapat didekati dan sama-sama kita mengajak mereka infakkan sedikit harta kekayaan itu, biarkanlah kita menjadi wasilah menyampaikan kepada rakyat pendalaman yang menderita sekarang. Berat mata memandang, lebih berat bahu memikul. Marilah kita ringankan semua itu atas nama kemanusiaan dan ehsan.Dengan aktiviti parti AMANAH yang dilaporkan berjalan lancar perkembangan dengan mendapat sambutannya yang hebat dan menyeluroh disemua negeri terutama Kelantan yang mengatasi negeri-negeri lain disudut keahlian. Usaha-usaha murni Aleif cukup mendapat perhatian dan semuanya sedang dinilai oleh rakyat pengundi. Mereka sedang memerhati dan meneliti AMANAH.

Sekarang menjadi tanggongjawab setiap individu ahli AMANAH zahirkan diri mereka mengambil peranan dalam AMANAH dan buat seibok dengan aktiviti mengikut kepakaran, kebolihan dan skill masing-masing bagi yang termampu dan terdaya.

Satu masa dalam tahun 1988 dirumah saya diami ketika itu di No. 25 PWD Jalan Meranti, almarhum Senator Amaluddin Darus berkata dekat saya,”sheikh, sekiranya kita berkerja berterusan tanpa jemu dalam parti tanpa mengharapkan dapat kita bina gudang untuk longgok harta, kekayaan diatas perjuangan kita. Masa tu musoh amat takut dengan kita. Kalau kita pijak atas nyata tersebut, ertinya parti kita bertambah kuat dan berkembang. Jadi parti lawan kita pasti merasa gelisah dan tidor tak lena”.

Diatas kata dan nasihat sifu politik saya alMarhum Ustaz amaluddin Darus (al Fatehah untuk alMathum) dah beralalu 00 tahun. Kini detik saya menulis rencana ini saya teringat sangat yang mana PARTI AMANAH berada diposisi apa yang dilafazkan oleh alMarhum Amaluddin kepada saya. Sebab AMANAH SEDANG DAN TERUS MENDAPAT SOKONGAN YANG HEBAT DARI RAKYAT, ertinya parti lama kita dan umNO(baru) itu sendiri berdepan dengan mengecil dan kepayahan. Sebab itulah penulis politik pro umNO(baru)bN terpaksa menulis bagi pihak PAS. Mengatakan AMANAH tidak mampu berlawan dengan PAS dan tidak dapat bertahan lama.

Sekarang AMANAH telah mendapat sambutan hangat dan hebat dari rakyat pengundi yang keciwa dengan kerajaan umNO(baru)bN dan mereka amat benci dengan rasuah dan salahguna kuasa yang Perdana Menteri @ Menteri Kewangan sendiri melibatkan dirinya. Kesempatan rakyat sedang membenci kerajaan umNO(baru)bN, maka pemimpin AMANAH hendaklah tampil mebuat pencerahan kenapa dan mengapa rakyat kini ditimpa beban cukai yang menjerat tengkok rakyat secara individu melalui GST tidak dikecuali status kehidupan rakyat.

Mengukuh Pakatan Harapan – PH.

Dalam menghadapi PRU 14, tidak ada lagi pencerobohan dipintu belakang ketika peperangan PRU 13 berulang. Rakyat sedang menanti keputusan pendaftar ROS meluluskan permohonan dari PH untuk didaftarkan sebagai pakatan gandingan politik secara resmi dengan menggunakan satu simbul. Ertinya dalam PRU 14 nanti adalah pertarongan BN lawan PH. Kalau berlaku juga tiga atau empat penjuru ianya adalah dari parti ketiga atau calun bebas.

Satu harapan dan saranan saya, semua pemimpin PH disemua peringkat, hendaklah apa-apa yang burok ketika berada dalam PR dahulu, sla buang dan hanyutkan semuanya keperairan Lautan Hindi. Usha diulang dan dibawa bersama kedalam PH. Sulit untuk diperkata, payah untuk dibicara. Tetapi saya berpesan kepada diri saya dan untuk pemimpin PH dari DAP, PKR dan AMANAH persamaan dikalangan kita, sama-sama kita doa dan raikan dengan jujur dan iklas. Perbezaan dan kelainan dikalangan kita carilah penyelesain dengan dingin seperti seorang duta berperanan mendamai. Bukan seperti jenderal tentera.

Sekarang, dalam keadaan Presiden umNO(baru)dan Pengerusi bN sedang diasak dan ditaji dari dalam partinya sendiri. Bergelut menghadapi tuduhan skandal besar dunia yang mengundang merudum nilai RM dan pelabor lari keranamu Najib. Diatas keadaan itu PH hendahlah mengambil peluang terbaik membuat penyediaan dan persediaan alternative sebagai kerajaan menanti selepas PRU 14 kelak.

Siap : 9.22 malam – 16 Januari 2016 – Sabtu.
KedahLanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena