Thursday 7 January 2016

'Festival Yellow Mania' MUGIYANTO Aktivis Indonesia forum Bersih malam ini diusir pulang.

Khamis, 7 Januari 2016

Aktivis Indonesia forum Bersih malam ini diusir pulang

 Poster Festival Yellow Mania anjuran Bersih 2.0 menampilkan aktivis Indonesia Mugiyanto tetap diteruskan melalui Skype. – Gambar Twitter, 7 Januari, 2016.
Poster Festival Yellow Mania anjuran Bersih 2.0 menampilkan aktivis Indonesia Mugiyanto tetap diteruskan melalui Skype. – Gambar Twitter, 7 Januari, 2016.

Beliau merupakan aktivis sepanjang reformasi Indonesia pada 1997 dan pernah terlibat menganjurkan demonstrasi pelajar yang akhirnya membawa kepada kejatuhan presiden republik itu ketika itu Suharto.
"BREAKING: Panelis forum #YellowMania malam ini, Sdr Mugiyanto ditahan di KLIA2 dan dihantar pulang," Bersih 2.0 menulis tweet daripada akaunnya @bersih2.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah, yang juga di-tag dalam tweet itu membalas: "why is d govt so scared(kenapa kerajaan begitu takut)?"
Bagaimanapun, Mugiyanto masih dijadualkan bercakap kepada peserta yang menghadiri forum itu malam ini, melalui Skype.
Pengurus Sekretariat Bersih 2.0 Mandeep Singh menulis tweet mengatakan forum itu akan diteruskan walaupun beliau diusir.
"Forum malam ini akan diteruskan walaupun @yantomugi dihantar pulang. Kami akan ber-skype dengan beliau. #YellowMania"
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Bersih 2.0 mengutuk keras pengusiran aktivis itu, menyifatkannya "tindakan kebudak-budakan pihak berwajib".
"Ini satu lagi bukti kerakusan pihak kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk menghalang hak membantah dan bersuara.
"Mereka seharusnya malu dengan tindakan yang tidak matang dan pendek akal ini," katanya.
Bersih 2.0 juga berkata pihaknya tidak akan terkejut sekiranya forum malam ini turut diganggu pihak keselamatan.
"Pasukan undang-undang kami akan bersedia berhadapan sebarang kemungkinan.
"Bersih 2.0 ingin menegaskan kami tidak akan tunduk sama sekali dengan segala intimidasi sang penguasa," katanya.
Mugiyanto dijadualkan berucap di sebuah forum bersama pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang bermula jam 8.30 malam ini.
Forum itu adalah pelbagai acara yang diadakan sempena Festival Yellow Mania dari 6 hingga 10 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur.
Bersih 2.0 berkata, ia mengadakan festival itu untuk meningkatkan kesedaran mengenai pembaharuan demokrasi dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong perhimpunan Bersih 4 yang diadakan pada Ogos tahun lepas. – 7 Januari, 2016.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-indonesia-forum-bersih-malam-ini-diusir-pulang#sthash.DuwVYLOp.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena