Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts
Showing posts with label Tabung Haji. Show all posts

Monday, 13 February 2017

[Video] Rafizi DEDAH Kegagalan Pelaburan Tabung Haji! Aiik, Pelaburan GAGAL, PANGKAT tetap naik?

Selasa, 14 Februari 2017

Foto Rafizi Ramli.

SIASAT SEMUA KEPUTUSAN PELABURAN OLEH PENGURUSAN KANAN YANG TERLIBAT DI DALAM PELABURAN TABUNG HAJI YANG GAGAL
Seawal tahun 2015, saya telah memberi amaran semasa berucap di Parlimen supaya tata kelola badan amanah yang menjaga wang rakyat seperti Tabung Haji diperketatkan agar tidak mudah dananya digunakan untuk menyelematkan pimpinan politik yang tersepit. Ketika itu, saya merujuk kepada ura-ura dana Tabung Haji digunakan untuk menyelamatkan 1MDB dan ucapan saya itu diherdik keras oleh Pengerusi Tabung Haji, Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Baling.
Sejak tahun 2016, saya telah menumpukan sebahagian masa dan tenaga saya menyemak pelaburan-pelaburan Tabung Haji serta prestasi kewangannya. Tabung Haji adalah badan yang diberi amanah untuk “mentadbirkan Kumpulan Wang” (seperti ketetapan Akta Tabung Haji 1995) iaitu melaburkan wang bakal jemaah haji dan pendeposit beragama Islam.
Sebahagia besar dari prestasi kewangannya ditentukan oleh keputusan perniagaan dan tata kelola pengurusan di dalam dua bentuk pelaburan utama seperti berikut:
1. Pelaburan berbentuk jual beli instrumen seperti jual beli saham, jual beli kertas hutang, menyimpan dana di dalam akaun jangka pangjang dan seumpamanya. Di dalam pengurusan pelaburan, aktiviti pelaburan ini sering dirujuk sebagai “ekuiti dan pendapatan tetap” (equity and fixed income).
2. Pelaburan berbentuk penubuhan syarikat untuk kegiatan perniagaan khusus; atau mengambilalih perniagaan lain dengan membeli saham pada jumlah yang meletakkan Tabung Haji sebagai pemegang saham besar yang boleh mengawal atau mempengaruhi pengurusan perniagaan. Pelaburan sebegini berbentuk jangka panjang dan dinilai dari segi sumbangan keuntungan kepada kumpulan Tabung Haji dalam bentuk dividen dan nilaian saham yang meningkat dan boleh dilupuskan di masa akan datang.
Sekiranya keuntungan dari kedua-dua bentuk pelaburan sebegini baik, maka keuntungan Tabung Haji juga baik dan membolehkan ia mengagihkan lebih banyak keuntungan kepada pendeposit. Lebih banyak keuntungan yang diagihkan setiap tahun, lebih cepat simpanan bakal Jemaah haji meningkat dan lebih cepat mereka dapat menunaikan haji kerana telah mencukupi syarat kewangan yang ditetapkan iaitu simpanan mestilah melebihi sekitar RM10,000 (iaitu kos menunaikan haji yang ditetapkan kini).
Sebab itu saya berkeras bahawa prestasi kewangan Tabung Haji dari keputusan-keputusan pelaburannya mestilah diteliti oleh rakyat kerana prestasi yang tidak sebaik yang sepatutnya ada kesan langsung kepada jutaan rakyat Malaysia beragama Islam yang rata-ratanya berpendapatan rendah. Saya telah tunjukkan sebelum ini bagaimana kadar keuntungan haji yang dikurangkan dari 3% sebelum ini ke 1.5% bagi tahun 2016 adalah bersamaan dengan kelewatan menunaikan haji selama setahun bagi jemaah yang berbaki simpanan RM2,500 (iaitu anggaran purata baki simpanan jemaah yang belum menunaikan haji) dan menambah simpanan RM50 sebulan.
Saya menerangkan perkara ini kerana saya mahu menjawab alasan bahawa pendeposit Tabung Haji tidak wajar mengharapkan keuntungan dari simpanan mereka di Tabung Haji; cukuplah sekadar dapat menunaikan ibadah haji.
Oleh sebab itulah, sebagai Ahli Parlimen dan pemimpin kanan parti pembangkang, saya meletakkan satu piawai bahawa prestasi pelaburan Tabung Haji mestilah sama baik atau lebih baik dari syarikat-syarikat pelaburan komersil yang lain. Ini kerana Tabung Haji bukan sahaja mendapat monopoli dari segi simpanan deposit bakal jemaah haji yang wajib disimpan di Tabung Haji sahaja; malah ia juga mendapat banyak kemudahan dan keistimewaan lain dari kerajaan.
Maka, bila pelaburan di dalam syarikat-syarikat tertentu yang melibatkan ratusan juta wang pendeposit Tabung Haji hangus begitu sahaja, saya juga telah menyiasat siapakah individu-individu yang menjadi wakil kepada Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat ini.
Sebelum ini, saya telah mendedahkan penglibatan Tabung Haji di dalam syarikat-syarikat yang bermasalah seperti Silverbird (pembuat roti), Perisai Petroleum (minyak dan gas) serta TH Heavy Engineering (khidmat kepada industri minyak dan gas).
Bulan lalu, bekas CEO TH Heavy Engineering iaitu Dato’ Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti telah dihadapkan ke mahkamah atas beberapa tuduhan. Sementara beliau tidak lagi mempunyai pengaruh ke atas pengurusan dana rakyat di dalam Tabung Haji dan perlu membela diri mengikut proses undang-undang, Lembaga Pengarah Tabung Haji sepatutnya mengambil langkah segera menilai semula semua keputusan-keputusan pelaburan yang pernah dibuat oleh beliau dan pengurusan kanan yang terlibat dengan beliau.
Maka, saya telah menyemak kembali pengurusan kanan yang terlibat di dalam pelaburan-pelaburan Tabung Haji yang mendatangkan kerugian beratus juta ringgit ini.
Selain menjadi CEO di TH Heavy Engineering, Dato’ Nor Badli juga pernah menjadi CEO di Theta Edge Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Lityan Holdings Berhad).
Seorang lagi pengurusan kanan Tabung Haji yang pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah di Theta Edge Berhad ialah Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, yang kini adalah Ketua Pegawai Operasi (COO) Tabung Haji. Selain penglibatan beliau di dalam Theta Edge Berhad, Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani juga pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah di Silverbird.
Seperti juga pelaburan Tabung Haji di dalam Silverbird yang mengalami kerugian besar, pelaburan Tabung Haji di dalam Theta Edge Berhad juga terus mengalami kerugian. Berdasarkan laporan kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, jumlah kerugian terkumpul bagi Theta Edge Berhad dan anak-anak syarikat di dalam kumpulannya telah mencecah RM90 juta. Tabung Haji merupakan pemegang saham terbesar di dalam Theta Edge pada pegangan 69%.
Oleh yang demikian, saya mendesak supaya Pengarah Urusan Tabung Haji, Dato’ Johan Abdullah dan pengerusi Lembaga Pengarah, Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim supaya menyiasat semua keputusan pelaburan yang pernah dicadangkan dan dibawa oleh Dato’ Adi Azuan kepada Panel Pelaburan dan Lembaga Pengarah Tabung Haji untuk memastikan semua pelaburan Tabung Haji adalah berisiko rendah dan menguntungkan.
Pada masa yang sama, saya mengesyorkan supaya kesemua keputusan pelaburan Tabung Haji sejak tahun 2000 diaudit oleh sebuah pasukan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa tidak ada unsur kecuaian, salah guna kuasa atau tindakan yang membolehkan pengurusan kanannya mendapat laba dari keputusan mereka.
Saya akan mendedahkan prestasi pelaburan Tabung Haji di dalam Theta Edge dalam sidang media yang seterusnya.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Read More

Saturday, 7 January 2017

[Video] Rafizi BONGKAR & RAMAL Tabung Haji Bakal LUMPUH Senasib dengan 1MDB jika…Felda alami masalah kewangan?

Sabtu, 7 Januari 2017

Lantik Shahrir, PM seperti akui Felda alami masalah kewangan, kata Rafizi

Rafizi Ramli akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan
Rafizi Ramli akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan
Pengumuman mengejut perdana menteri mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi Felda mengesahkan bahawa isu-isu yang ditimbulkan mengenai kewangan agensi itu adalah benar, kata Naib presiden PKR Rafizi Ramli.
"Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrir Abdul Samad yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik sebagai pengerusi baharu Felda menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Rafizi berkata, Shahrir tidak boleh 'cuci tangan' sebaliknya mesti menjelaskan keputusan Felda membeli 37 peratus pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations yang didakwa dimiliki sahabat baik perdana menteri pada harga tiga kali lebih tinggi.
"Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Datuk Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya.
"Saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau (Shahrir) tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda," kata Rafizi dalam kenyataan media hari ini.
"Sedangkan Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar)," katanya.
RRafizi juga menegaskan, Shahrir juga perlu menjawab mengenai prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013, hutang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang didakwa susut kepada RM291 juta bagi tahun kewangan 2014.
Selain itu beliau juga mempersoalkan kedudukan kewangan Felda sedangkan belanja untuk menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion.
Beliau juga meminta Shahrir menjelaskan kegagalan projek-projek perumahan Felda yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib Razak sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan dalam tahun 2014.
"Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Tan Sri Shahrir Samad dengan segera mengumumkan pembentangan kertas putih mengenai prestasi kewangan dan masa depan Felda di persidangan Parlimen akan datang dalam bulan Mac ini," katanya.
Selain itu Rafizi berkata beliau akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan.
Read More

Friday, 29 April 2016

UNTUK APA 'kuncu2' 1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji? Johan terajui TH.

Jumaat, 29 April 2016
Page Liked · 1 hr
 
BONGKAR LAGI...
4 Orang Sama dalam #TabungHaji & #1MDB ??

Hakikatnya Allah SWT telah buka satu2 kebobrokan pemerintahan UMNO/BN dlm urus tadbir kewangan dana rakyat..

UNTUK APA kuncu2 1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji ?

Page Liked · 2 hrs
 
Sedarkah Anda..

AKAN LETAK JAWATAN:
Tan Sri Ismee Ismail yg juga Ahli Lembaga
Pengarah 1MDB..

PENGGANTINYA:
Datuk Johan Abdullah yg juga Pengerusi Edra Energy
Anak Syarikat 1MDB..

NAMPAK TAK !

Johan Abdullah CEO, Pengarah Urusan Kumpulan baharu TH

 | April 28, 2016
Pengerusi TH, Abdul Azeez berkata, Johan Abdullah akan mengambil alih tugas CEO TH pada 16 Mei ini manakala sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Julai ini.
johan-adbullah,th

KUALA LUMPUR, 28 April 2016 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang baharu iaitu Datuk Johan Abdullah.
Pengerusi TH, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Johan Abdullah akan mengambil alih tugas CEO TH pada 16 Mei ini manakala sebagai Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Julai ini.
Johan Abdullah yang kini Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan akan menggantikan Tan Sri Ismee selaras dengan Pelan Pengantian TH yang telah rancang sejak Januari 2015 lalu.
“Johan Abdullah menyertai TH pada 15 Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Sebelum menyertai TH, Johan Abdullah merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB Holdings Berhad.
“Beliau berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Morehead State, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Eastern Michigan, AS serta berpengalaman luas dalam sektor kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam,” kata Abdul Azeez.
Dalam pada itu, kepimpinan dan visi Ismee juga dihargai kerana telah menyumbang kepada kejayaan TH sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.
“Di bawah kepimpinan Tan Sri Ismee, TH telah berjaya mempelbagaikan portfolio pelaburan serta aliran pendapatannya. Buat kali pertama, pendapatan TH mencecah lebih RM4 bilion manakala keuntungan selepas zakat dan cukai melebihi RM3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
“Dalam tempoh sepuluh tahun, sejak awal 2006 sehingga 2015, TH mencatatkan keuntungan terkumpul melebihi RM18 bilion selain TH juga telah berjaya menanggung subsidi operasi haji berjumlah RM815 juta dan mengekalkan bayaran haji muasassah sebanyak RM9980 sejak 2009,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.
Read More

Monday, 14 March 2016

Jamil Khir 'UGUT' Penyimpan Duit Tabung Haji! Hilang giliran tunai haji hingga 70 tahun? "Persetan semua 'perembat' wang rakyat!"

Selasa, 15 Mac 2016
AMBOIIII ... sejak bila dah pandai main ugut2 ni.. belajar dari saper!!

Cuba anda bayangkan seorang warga tua yg dah berbelas2 mahupun berpuluh tahun simpan duit di tabung haji, tiba2 beliau terpaksa kluarkan simpanan tersebut utk biayai bil perubatan kerana sakit tua...

Kmudian beliau terpaksa tunggu lagi sehingga 70 tahun utk menunaikan ibadah haji jika ia simpan semula baki simpanan yg ada....

Persetan semua penyangak2 wang rakyat !!!

BEGINIKAH CARA KAMU NAK ROMPAK DUIT KAMI !!!

Jamil Khir 'Ugut' Penyimpan Duit Tabung Haji

Hilang giliran tunai haji jika keluarkan deposit – Jamil Khir
KUALA LUMPUR: Pendeposit Tabung Haji (TH) yang mengeluarkan deposit daftar haji bersama wang simpanan mereka, akan hilang giliran menunaikan haji sehingga 70 tahun, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendeposit yang mengeluarkan simpanan mereka akibat percaya dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap TH baru-baru ini, akan secara automatik keluar daripada giliran menunaikan haji, jika mereka turut mengeluarkan deposit daftar haji.

Pendeposit perlu meletakkan deposit RM1,300 daripada wang simpanan untuk pendaftaran haji dan diberikan tarikh peruntukan haji mengikut giliran.

Mereka juga terjejas akan ruang mendapat dividen dan bonus jika mengeluarkan semua wang simpanan mereka, katanya.

“Bila mereka keluarkan deposit, dia keluarkan dirinya daripada giliran menunaikan haji…bila mereka tarik diri dan kemudian daftar semula, dia terpaksa menunggu pula mungkin lebih daripada 70 tahun,” katanya menjawab soalan Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin). 


“Ada 8.8 juta pendeposit yang hendak menunaikan haji dan menyimpan dengan TH kerana mereka lebih selesa akan dividen simpanan yang tinggi serta sistem yang mematuhi syariah,” kata Ahmad.

Beliau membangkitkan kesan yang diterima TH susulan surat yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) kepada organisasi itu, yang diputar-belit sesetengah pihak.

Jamil Khir berkata, penyebaran surat dari BNM melalui media telah menyebabkan TH dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan rambang, analisis ‘separuh masak’ dan andaian negatif pelbagai pihak sehingga pendeposit TH menjadi mangsa.

“Situasi ini juga menyebabkan imej dan reputasi TH sebagai pengurus haji dan dana Islam yang cemerlang di Malaysia telah tercemar akibat daripada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini,” katanya.

-BERNAMA

BLM.
Read More

Sunday, 21 February 2016

Tabung Haji dah mula 'menyerupai' Skim Pak Man Telo? "Sudah lah menipu, kelayakan pun takda."

Ahad, 21 Februari 2016
WOWW !!.. Najib nak jadi PM selama macam Tun Mahathir ka...
Kalaulah Najib kekal.. baguslah tu...
- GST terus kekal rompak duit rakyat..
- Rosmah Najib bermewah terbang naik jet mewah
- Makin bertambah anak2 KUNG FU PANDA..
- Rakyat terus diTOLolkan Najib..
- 1.5 juta bangladesh bakal temui anda...
22 tahun ka, atau sampai mati ka... kita tunggu PRU14 nanti. Stkt mana najib boleh pergi jauh..

UMNO Sedang Menukar Tabung Haji Menjadi Skim Pak Man Telo


Surat Gabenor Bank Negara mengesahkan bahwa Tabung Haji sekarang ini mempunyai liabiliti yang melebih aset.

Secara mudahnya, kalau kita ambil contoh orang meniaga, wang yang masuk ke perniagaan tu kurang dari wang yang keluar.

Dengan kata lain, Tabung Haji dah mula mengalami kerugian yang nyata.

Dengan kata lain juga, Tabung Haji tidak ada wang untuk bayar keuntungan kepada pencarum lagi.

Bagaimana nak bayar dividen kalau duit keluar lebih banyak dari duit masuk?

Ertinya, segala dividen yg dibayar oleh Tabung Haji sekarang ini adalah dari duit yang disimpan oleh pencarum juga.

Maksudnya, Tabung Haji dah mula menyerupai Skim Pak Man Telo.

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil sebagai "Ponzi Scheme"
Kalau Pengerusi Tabung Haji ni ada pengalaman luas dlm bidang kewangan dan perbankan, kita mungkin boleh maafkan sijil SPM dia.

Ini kerana pengalaman jauh lebih berharga berbanding segulung sijil.

Malah, dlm sesetengah industri sijil lansung tiada makna kerana yg dipandang hanya pengalaman semata2.

Malangnya, Pengerusi Tabung Haji ni pengalaman tiada, sijil setakat SPM.

Sanggup.menipu kata dia belajar di Princeton University padahal.sijil dia sijil beli dari U yang ditubuhkan semata utk jual sijil bernama Preston University.

Kalo ambik teller bank yg ada dah buat kerja teller 10 tahun tu jauh lebih layak jadi Pengerusi Tabung Haji berbanding yg ada sekarang ni.

Sudah lah menipu, kelayakan pun takda tapi boleh jadi PEngerusi Tabung Haji yg menjaga wang berbillion billion.

Tak heranlah Tabung Haji dah turun taraf jadi seperti Skim Pak Man Telo


TULANG BESI
SUMBER
Read More

Thursday, 4 February 2016

Adakah semua ini terjadi semenjak TH terpalit dgn skandal 1MDB? Tabung Haji umum 5% bonus, 3% bonus khas.

Khamis, 4 Februari 2016

Bila kuncu2 UMNO & #1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji..

Analogi DEDAKIAN 1 MALAYSIA ;
Biar susut atau rugi sekalipun, JANJI ADA
Biar kene bohong sekalipun, JANJI KAMI RELA MAKAN DEDAK

FYI, Dividen (Bonus Tahunan) diberikan berdasarkan prestasi kewangan tahunan semasa TH.. Jika dividen dah susut ini bermakna prestasi kewangan TH juga susut di mana Bank Negara M'sia telah dedahkan bhw rizab TH sudah NEGATIF..

Manakala penambahan 3% itu dipanggil Bonus haji. Bonus Haji hanya diberikan kpd pendeposit yg blom menunaikan haji lagi shj..

Anda boleh baca fakta ini di dlm portal Tabung Haji...
6 hrs · Edited


Ada ularmak UMNO dgn bangga riak mengatakan.. "Tabung Haji catat untung tertinggi sejak 52 tahun.."

PERSOALAN:
Kalau dah dapat untung tertinggi dlm sejarah, kenapa pemberian bonus TH kali ini MEROSOT drpd tahun sebelumnya yg tidak selari dgn peningkatan keuntungan TH kali ini ???

NAMPAK TAK.. semua ini terjadi semenjak Tabung Haji terpalit dgn skandal 1MDB..
Tabung Haji umum 5% bonus, 3% bonus khas
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Published: 4 February 2016 12:43 PM
Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan dividen Tabung Haji bagi 2015 sebanyak 5% hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2016.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan dividen Tabung Haji bagi 2015 sebanyak 5% hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 4 Februari, 2016. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tambahan sebanyak 3% bonus khas haji turut diberikan kepada pendeposit yang belum pernah menunaikan ibadah haji. 
Bagi 2014, Tabung Haji mengumumkan tahun lepas, bonus tahunan yang diberikan adalah sebanyak 6.25% sementara bonus khas haji 2%.
"Saya ingin mengingatkan semua pendeposit, simpanan mereka di Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Al Wadi'ah Yad Dhamanah, di mana simpanan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
"Manakala, bonus kepada pendeposit adalah 'hibah' atau hadiah, berdasarkan prestasi kewangan tahun semasa dan mengikut budi bicara Tabung Haji. 
"Namun, saya perhatikan pada setiap tahun, rata-rata pendeposit mengambil pendekatan, hibah ini wajib dibayar Tabung Haji," katanya ketika mengumumkan pemberian bonus atau dividen itu di Ibu Pejabat Tabung Haji, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau menekankan, walaupun amalan pemberian hibah dibenarkan, ia tidak boleh dijadikan amalan tetap bagi mengelakkan ia dianggap kebiasaan yang merupakan syarat dalam kontrak pendeposit berasaskan wadi'ah.
Jamil berkata, pemberian bonus khas haji mula diperkenalkan pada 2007 dan mula diberikan setiap tahun sejak 2012.
Tabung Haji juga memperuntukkan RM3.23 bilion untuk pemberian bonus tersebut berbanding rancangan asalnya RM3.53 bilion.
"Tabung Haji akan menyimpan RM300 juta daripada Keuntungan Boleh Agih tahun ini kepada Rizab Boleh Agih setelah mengambil kira pandangan Bank Negara Malaysia dan prospek ekonomi tahun ini," kata Jamil.
Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam suratnya Disember lalu berkata, paras rizab Tabung Haji negatif dan tidak akan dapat membayar 8.8 juta pencarum sebarang dividen tahun ini jika tidak bertindak menyelesaikan masalah itu.
Beliau memberitahu Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, nilai aset hanya mencukupi untuk membayar tidak lebih daripada 98 sen bagi setiap RM1 nilai liabiliti.
Zeti dalam suratnya menyalahkan amalan Tabung Haji yang membayar dividen lebih daripada kemampuan kepada pendeposit sejak 2012, mengakibatkan rizab negatif.
Jamil berkata, pembayaran bonus itu juga mengambil kira 2.5% bayaran zakat perniagaan tabung haji pada 2015 sebanyak RM59.3 juta.
"Pemberian bonus haji kali ini akan memberi manfaat kepada 8.23 juta pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan haji," katanya.
Sehingga akhir 2015, Tabung Haji mempunyai seramai 8.85 juta akaun pendeposit aktif, di mana seramai 8.23 juta atau 93% adalah pendeposit yang belum menunaikan haji.
Daripada jumlah itu, 7.55 juta (85%) pendeposit mempunyai baki purata simpanan akaun kurang daripada bayaran haji sebanyak RM9,980, manakala 685,000 (8%) mempunyai baki purata simpanan melebihi bayaran haji tersebut.
Jamil berkata, bilangan pendeposit Tabung Haji juga bertambah kepada 8.85 juta akaun, manakala simpanan pendeposit meningkat 4 kali ganda sejak 2006.
"Dana terkumpul sebelum bayaran bonus pada akhir 2015 berjumlah RM59.33 bilion, iaitu peningkatan 9% berbanding 2014 iaitu sebanyak RM54.36 bilion.

"Ini menunjukkan masih ramai yang yakin dan setia dengan Tabung Haji," katanya.
Katanya, Tabung Haji juga mencatat keuntungan bersih selepas zakat mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014, iaitu peningkatan sebanyak 19%.
Beliau berkata, bayaran zakat Tabung Haji meningkat 4% kepada RM59.26 juta berbanding RM57 juta pada 2014.
Manakala Rizab Boleh Agih Tabung Haji meningkat kepada RM593 juta berbanding RM293 juta tahun lalu, katanya.
"Tabung Haji juga berjaya melaksanakan perbelanjaan berhemah dengan membendung kos perniagaan dan mengawal kos di luar kawalan yang sentiasa berubah dan meningkat.
"Langkah pelan pelaburan dan perniagaan berkesan, pengurusan risiko berhemah dan kemantapan pengurusan operasi memacu Tabung Haji untuk terus mengukuh kedudukan kewangan bagi memastikan pulangan yang mampan," katanya. – 4 Februari, 2016.       
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tabung-haji-umum-bonus-tahunan-5-bonus-haji-3#sthash.owKD4x6G.dpuf
Read More

Thursday, 28 January 2016

Isu TH: Rakyat Resah, AMANAH Ambil Peduli & Pandang Serius...Kenapa Pas bersusah payah bela Tabung Haji?

Jumaat, 29 Januari 2016

KENYATAAN MEDIA
ISU RIZAB TABUNG HAJI: RAKYAT PERLU DIBERI PENJELASAN
 

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif. 


2. Laporan yang merujuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu juga turut menyebut bahawa Lembaga Tabung Haji juga tidak akan dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini. 

3. Laporan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya para pencarum berkenaan kedudukan simpanan mereka. 

4. Ia juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat berhubung keberkesanan Lembaga Tabung Haji untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas. 

5. Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti berpendapat Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

6. Lembaga Tabung Haji sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.
 

7. Dengan segala perkembangan yang berlaku, Parti AMANAH berpendapat bahawa, semua rakyat perlu mendapat penjelasan daripada Lembaga Tabung Haji. 

8. Untuk itu, mewakili AMANAH, saya telah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom untuk diadakan satu pertemuan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini. 

"HARAPAN BARU" 

SALAHUDDIN HJ AYUB 
Timbalan Presiden 
Parti Amanah Negara 
28 Januari 2016 


Dicatat oleh 

Kenapa Pas bersusah payah bela Tabung Haji?

STOP PRESS

Kenyataan dikeluarkan oleh Setiusaha Agung Pas Takiyuddin Hassan yang mengatakan beliau yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus Lembaga Tabung Haji (TH) dirasakan kurang bertepatan dengan perkembangan atau persepsi negatif orang ramai kepada lembaga itu kini.

Untuk apa tiba-tiba Takiyiddin perlu untuk membela Tabung Haji dengan mengeluarkan pendapat demikian, sedangkan waktu ini orang ramai mencurigai akan TH ekoran surat teguran daripada Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap lembaga berkenaan yang mana tidak boleh mengumumkan dividen apabila asetnya kurang daripada semua jumlah obligasinya?

Apakah Takyuddin sengaja berbuat demikian, membela Tabung Haji kerana ia dalam rangka partinya (Pas) akan berta'awun dengan Umno dalam hal ehwa Islam? Kalau pun Pas ingin berta'awun tetapi bukan dalam keadaan sekarang ini kerana ia semacam tidak menghormati sensitiviti penyimpan Tabung Haji di kala ini. Cara dan tindakan Setiausaha Agung Pas itu tidak bijaksana.

Takiyuddin juga berkata dia yakin dengan pengurusan Tabung Haji yang patuh syariat. Apakah beliau salah seorang orang yang dilantik untuk memantaunya atau sekadar mempercayai kepada kata-kata Menteri?

Sepatutnya Takiyuddin memberi pandangan kepada Tabung Haji untuk menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai urus tadbirnya, termasuk kelewatan mengumumkan bonus tahunan serta mendesak Tabung Haji menjadi persoalan umum. Atau pun kalau beriya untuk menyokong Tabung Haji bagi menyerlahkan Pas sudah memulakan ta'awun tunggulah sehingga TH mengumumkan dividen.

Tindakan pentas begitu seakan ada undang di sebalik batu. Kita berharap pandangan Takiyuddin itu tidak mencermin pandangan parti agama itu yang seharusnya melihat dari segenap aspek termasuk pengurusan yang bersih, telus dan berwibawa.

Menghairankan juga apabila Takiyuddin langsung tidak menyentuh pelantikan Mohamed Apandi Ali sebagai ahli lembaga pengarah Tabung Haji.  Pelantikan Apandi sebagai ahli lembaga pengarah itu seakan meramaikan "orang-orang yang sepertinya" dalam lembaga itu. Apakah Apandi seorang lulusan syariah dan arif mengenai Islam?

Apabila ia tidak dipersoalkan, umum melihat Pas menerima pelantikan itu walaupun reputasi Apandi menerusi jawatannya sebagai Peguam Negara dipertikaikan ekoran beliau membebaskan Najib Razak di luar mahkamah berhubung dakwaan isu dana RM2.6 billion.

Apapkah Pas bukan lagi menjadi parti yang mengambil berat soal-soal integriti dan moral dan mengharap keredhaan Allah? Hendaknya parti agama itu tidak diheret untuk bersubahat dengan kemungkaran semata-mata kerana mengejar benefit politik. [wm.kl.10:10 pm 28/01/16]

Read More

"Alahai Ajeez..xpayah la buang duit pencarum"! AMANAH mohon jumpa Jamil Khir mengenai TH & PAS pulak yakin dengan Tabung Haji?

Khamis,28 Januari 2016


Hebat jugak orang 'Tabung Haji' ni.. bab2 arak & komunis-China serahkan pada depa..

Yang galakkan & luluskan kemasukan komunis-China beramai2 ke dlm negara... UMNO !!
Yang luluskan lesen arak dari kementerian.. UMNO !!
Yang luluskan lesen arak dari kementerian.. UMNO !!
Yang luluskan pembinaan dua kilang arak.. UMNO !!
Yang luluskan PUSAT JUDI KASINO terbesar di dunia (dlm kategori jumlah pekerja).. UMNO !!
Yang gadai aset2 negara pada komunis-China.. UMNO !!

Tapi pembangkang & cina-DAP jua yg disalahkannya..
2 hrs
azez,bank-negara

Dengar ceta lembaga hitam TH ni nak saman orang yg dedahkan dokumen dari BNM pasal rizab TH yg merah (negetif)..
Alahai !! Azeez..xpayah la buang duit pencarum nak saman bagai..rakyat xbodo nak percaya auta demi auta yg disajikan...

AMANAH mohon jumpa Jamil Khir mengenai Tabung Haji

 | January 28, 2016
Parti itu meminta diadakan pertemuan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung polemik Tabung Haji.
sallahuddin-ayub
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM)mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji (TH) berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub, berkata laporan berkenaan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat, khususnya pencarum berhubung kedudukan simpanan mereka.
Katanya, perkara itu juga menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan rakyat berhubung keberkesanan TH untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas.
“Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berpendapat, TH mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
“TH sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Salahuddin berkata, beliau menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memohon diadakan satu pertemuan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan.
FMT

PAS yakin dengan Tabung Haji – Takiyuddin

January 28, 2016
PAS puas hati dengan penjelasan Jamil Khir serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.
takiyudin-tabung-haji
KOTA BHARU: PAS amat yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus baik yang diamalkan oleh Tabung Haji (TH) selama ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, bukan sahaja selaras dengan pematuhan syariah, tetapi ia juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik kepada pendepositnya.
“TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum berbanding dengan pulangan kepada pendeposit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS berpuas hati dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau temui di Parlimen semalam serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.
Mereka mengesahkan prestasi kewangan TH berada dalam keadaan baik terutama apabila mengambil kira nilai aset keseluruhan portfolio pelaburan TH, katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa bonus pendeposit bagi 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu terdekat.
PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardu haji tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan, katanya.
Takiyuddin seterusnya berkata, teguran mahu pun nasihat yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada institusi seumpama TH tidak harus menjurus kepada terjejasnya keyakinan pendeposit terhadap organisasi itu.
-BERNAMA
FMT.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena