Saturday 7 January 2017

[Video] Rafizi BONGKAR & RAMAL Tabung Haji Bakal LUMPUH Senasib dengan 1MDB jika…Felda alami masalah kewangan?

Sabtu, 7 Januari 2017

Lantik Shahrir, PM seperti akui Felda alami masalah kewangan, kata Rafizi

Rafizi Ramli akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan
Rafizi Ramli akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan
Pengumuman mengejut perdana menteri mengenai pelantikan Tan Sri Shahrir Samad sebagai pengerusi Felda mengesahkan bahawa isu-isu yang ditimbulkan mengenai kewangan agensi itu adalah benar, kata Naib presiden PKR Rafizi Ramli.
"Pelantikan mengejut Tan Sri Shahrir Samad seakan-akan mengesahkan masalah kewangan yang meruncing yang dialami Felda dan menjunamnya sokongan peneroka Felda sendiri kepada Umno ekoran prestasi Tan Sri Isa Samad yang tidak memberangsangkan dan tidak popular," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrir Abdul Samad yang juga ahli Parlimen Johor Bahru dilantik sebagai pengerusi baharu Felda menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.
Rafizi berkata, Shahrir tidak boleh 'cuci tangan' sebaliknya mesti menjelaskan keputusan Felda membeli 37 peratus pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, Eagle High Plantations yang didakwa dimiliki sahabat baik perdana menteri pada harga tiga kali lebih tinggi.
"Meskipun begitu, tanggungjawab sebenarnya terletak di bahu Datuk Seri Najib sendiri kerana pengurusan Felda berada di bawah tanggungjawabnya.
"Saya juga ingin mengingatkan bahawa beliau (Shahrir) tidak boleh mencuci tangan atas segala kerosakan yang telah berlaku bersabit Felda," kata Rafizi dalam kenyataan media hari ini.
"Sedangkan Felda tiada wang dan tidak juga mempunyai kuasa penentu dalam membuat keputusan di dalam syarikat baru itu (walaupun mempunyai saham terbesar)," katanya.
RRafizi juga menegaskan, Shahrir juga perlu menjawab mengenai prestasi kewangan Felda yang merudum sejak 2013, hutang mencecah RM6 bilion dan rizab wang tunai yang didakwa susut kepada RM291 juta bagi tahun kewangan 2014.
Selain itu beliau juga mempersoalkan kedudukan kewangan Felda sedangkan belanja untuk menanam semula kelapa sawit mencecah RM2.5 bilion.
Beliau juga meminta Shahrir menjelaskan kegagalan projek-projek perumahan Felda yang diuar-uarkan Datuk Seri Najib Razak sehingga sejumlah RM193 juta kerugian khusus kepada program perumahan Felda dicatatkan dalam tahun 2014.
"Oleh yang demikian, saya menggesa supaya Tan Sri Shahrir Samad dengan segera mengumumkan pembentangan kertas putih mengenai prestasi kewangan dan masa depan Felda di persidangan Parlimen akan datang dalam bulan Mac ini," katanya.
Selain itu Rafizi berkata beliau akan meneruskan pendedahan mengenai kepincangan kewangan dan pengurusan Felda termasuk satu pendedahan besar minggu depan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena