Saturday 14 January 2017

[Video Kenapa "Tiap-tiap hari rakam kenyataan saja?" Fitnah & Rasis! Portal suarapakatanharapan.com BUKAN dikendalikan oleh Pakatan Harapan & Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas.

Ahad, 15 Januari 2017


Image result for Gambar kuda hitam





Foto Suara Rakyat.
TEKNOLOGI TERIKINI utk mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020..

Biar sekalipon negara sudah merdeka LEBIH 50 TAHUN, TONG BIRU lah penyelamat nyawa rakyat..
TONG BIRU PENYELAMAT NYAWA..
"Paling penting dengan adanya tangki 1Malaysia perasaan bimbang penduduk diserang buaya telah menurun kerana kekerapan untuk mendapatkan air di sungai telah berkurangan” - ICU JPM, 28/02/2013

Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas

Mengakui tindakannya sengaja mahu 'cucuk rusuk orang', Ketua Dewan Ulama Pas Pahang memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya sebagai 'kuda-kuda hitam' di akaun Facebook miliknya semalam.
Dalam status yang turut mengandungi beberapa kesalahan ejaan itu, Ustaz Mokhtar Senik menyifatkan kedua-dua kenderaan tersebut masih dalam keadaan elok walaupun digunakan untuk banyak program parti melibatkan perjalanan yang jauh.
"Selesai sudah perasmian serentak Mesyuarat Agung cawangan2 Kawasaj(n) Tan(m)bun. Esok mesyuarat Pas Pusat Pulak. ptg tadi sebelum ke Perak Mesyuarat Lajnah Dakwah Pusat. Alhamdulillah kuda2 hitam saya masih kuat," dipetik daripada kenyataannya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu pada masa sama mengaitkan dengan nikmat Allah tetapi pada ayat terakhir memberitahu kenyataannya itu mahu 'menguji'.
"Nikmat yg Allah beri adalah untuk agama Allah. Status nak test," tulisnya dalam status yang dimuat naik pukul 12.59 tengah malam, 14 Januari itu.
Mendapat hampir 290 'like' setakat awal pagi hari ini, Mokhtar dalam satu komentarnya mengaku sengaja memuat naik status berkenaan.
"saje je post status cucuk rusuk org. nak tgok melompat ke tak?" ujarnya lagi yang menggunakan nama 'Mokhtar Dup' (Dewan Ulamak Pas) bagi media sosial itu.
Ini bukan kali pertama Mokhtar menayangkan kedua-dua kereta import itu. Pada 17 Disember 2015, pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun selepas terbabit dengan kumpulan Al-Maunah itu juga memuat naik kisah kedua-dua 'kuda hitam' yang sama yang dikatakannya masuk bengkel.
Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada September tahun lalu seperti diceritakan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan didakwa pernah mengingatkan supaya membaca al-Quran dan jangan hanya membaca Facebook.
Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena