Felda: Shahrir dan Isa 2 x 5
SOFI WAHAB
Tan Sri Shahrir Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda menggantikan Isa Samad. Kedua-duanya anak Samad. Banyak persamaan antara mereka berdua.
Mereka wakil rakyat Umno-BN. Kedua-duanya bekas Menteri Kabinet. Semua tahu ketua mereka adalah Najib Razak. Kedua-duanya pasti patuh pada anak Tun Razak tersebut.
Jadi kalau kedua datang dari perut Umno, sudah pasti keduanya adalah 'Yes Man'. Bos suruh ke hulu dia ke hulu suruh ke hilir dia ke hilir. Tak berani sanggah. Jika sanggah pendek umur politiknya.
Tidak perlu orang Felda menaruh harapan. Jika menaruh harapan jawabnya tidak kesampaian.
Lebih teruk Pengerusi FGV dikurniakan kepada Isa. Siapa tidak kenal Isa. Apa jadi Felda di zaman Isa. Apa kedudukan saham FGV. Berapa sen seunit sekarang.
Apa kejayaan dan kehebatan Isa semasa memimpin Felda. Yang kita dengar kehidupan peneroka tidak berubah. Tiada perbezaan malah lebih teruk dari dahulu.
Peneroka tanggung sengsara. Mereka dapat saham FGV percuma tidak kisah turun atau naik. Orang Felda jadi mangsa. Tiap kali pilihanraya dapat gula-gula.
Malangnya 'gula-gula' ditelan dengan plastiknya sekali oleh orang Felda. Sebab itu Isa dan Najib senyum sampai ke telinga. Buat apa sahaja kawasan Felda tetap jadi 'fixed deposit' BN.
Kini Shahrir jadi Pengerusi Felda. Agak-agaknya ada perubahan atau tidak?
Kasihan orang Felda. Tetapi yang penting mereka kena kasihankan diri mereka dahulu.
0 comments:
Post a Comment