Thursday, 26 January 2017

[Video] Jerung 'serang' Israel! Tanah2 Melayu bakal milik komunis-China? SIAPA PUNYA ANGKARA! Cina-DAP ka! PKR ka! Amanah ka! PPBM ka! Bersatu ka? Atau melayu Umno yang dah rosak ka.

Khamis, 26 Januari 2017

Image result for Derma hari pahlawan

Foto Suara Rakyat.





SEDARKAH ANDA..
Majoriti GRO & pelacur dari komunis-China..

Aset2 negara dah tergadai pada komunis-China..

K'jaan buat hutang RM55 bilion pada komunis-China..
Tanah2 Melayu bakal milik komunis-China..
SEMUA INI SIAPA PUNYA ANGKARA ??!
Cina-DAP ka?, PKR ka?, PKR ka? PPBM ka?
Sokong lah lagi KERAjaan BN yg haram jad** ni...

Melayu PH, PPBM lebih layak gantikan Melayu Umno yang rosak

Zulhazmi Shariff
Zulhazmi Shariff
Tampil memberi reaksi terhadap artikelnya yang didakwa telah diputar belit oleh Utusan Malaysia, peguam Zulhazmi Shariff memberi jaminan bahawa kejatuhan pemimpin Melayu Umno akan diganti dengan Melayu daripada Pakatan Harapan (PH) dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang lebih baik.  
"Rakyat Malaysia tidak perlu risau dan takut, jika Melayu Umno itu jatuh selepas PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti, Melayu lain akan mengantikan mereka. Kami Melayu dalam DAP akan menggantikan Melayu Umno. Rakan-rakan di dalam AMANAH, KeADILan dan PPBM juga Melayu yang boleh malah lebih layak menggantikan Melayu Umno yang sudah rosak. Melayu bukan hanya Umno.
"Yang akan mentadbir negara selepas PRU14 akan datang bukan Melayu rosak Umno tetapi Melayu dan rakan-rakan bangsa lain yang lebih baik dari yang sudah rosak. Kerajaan Malaysia Baru selepas PRU14 akan lebih menjamin keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada Malaysia. Yakinlah bahawa Malaysia lebih baik tanpa Melayu Umno," tegasnya dipetik daripada status Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata, masa depan negara ini adalah lebih baik tanpa terus memberi kuasa kepada Melayu Umno yang terbukti gagal memartabatkan Melayu dalam erti kata sebenar bahkan sebaliknya diselubungi korupsi daripada pelbagai peringkat.   
"Apa guna berperdanamenterikan seorang Melayu jika Melayu tidak dimartabatkan. Apa guna Timbalan Perdana Menteri Melayu jika Melayu merempat di sana sini mengharapkan ehsan. Perdana Menteri Melayu itulah yang menerima “derma” kononnya ke dalam akaun peribadi.
"Perdana Menteri Melayu itulah yang mencipta hutang dan membebankan Melayu dan seluruh warga negara dengan hutang. Apa guna menteri-menteri Melayu jika kementerian-kementerian di bawah jagaan mereka beratus juta wang negara disonglap dan diseleweng? Apa guna pegawai-pegawai tinggi kerajaan Melayu jika mereka mengamalkan rasuah dan menyeleweng dana negara kepunyaan seluruh warga negara?" bidas Zulhazmi.
Mengulas "putar belit Utusan yang sememangnya telah terkenal sejak sekian lama", beliau menyifatkan isu DAP dan Lim Kit Siang mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri sengaja dihebohkan bagi menutup segala isu luar biasa yang melingkari para pimpinan Melayu Umno yang sedang menerajui negara dan pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Isu ini sengaja diangkat bagi mengalihkan perhatian masyarakat tentang kerja buruk para pimpinan Melayu Umno. Tulisan saya 'Apa salahnya DAP menjadi TPM?' bertujuan memperjelaskan tentang peruntukkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tonggak Persekutuan Malaysia.
"Perlembagaan Persekutuan yang digubal tidak membezakan warga negara malah memberikan hak sama rata kepada seluruh warga negara walau pun terdapat beberapa peruntukkan yang memberikan hak istimewa kepada Melayu," ujarnya.
Perlembagaan Persekutuan, jelasnya, tidak pernah memperuntukkan bahawa seorang Perdana Menteri hendaklah Melayu atau beragama Islam serta tidak mensyaratkan seseorang Perdana Menteri hendaklah dari Umno atau Barisan Nasional.
"Seseorang itu layak dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri hanya jika seseorang itu adalah Ahli Dewan Rakyat yang mendapat sokongan majoriti.
"Jika untuk menjadi Perdana Menteri tidak disyaratkan tentang bangsa, agama atau parti, apatah lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang tidak pun diperuntukkan di dalam Perlembagaan. Jawatan Timbalan Perdana Menteri hanya semata-mata lantikan Perdana Menteri," kata Ahli Jawatankuasa Biro Guaman DAP Kedah itu lagi.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena