KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL
www.amanah.org.my
UNDI PAS MEMBAZIR, BERI KEUNTUNGAN KEPADA BARISAN NASIONAL
1. Dalam kajian terbaru yang telah dilakukan oleh Invoke Malaysia (INVOKE) mendapati, Pas berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang disandang dan dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Gambaran ini disebabkan pendekatan Pas yang dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.
2. Pemimpin Pas ketika ini menolak secara total AMANAH dan DAP, sementara pengikut parti itu diperingkat bawahan menolak Umno sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap Umno. Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut Pas ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi "king maker" yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian.
3. Rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa. Strategi "king maker" yang diakui oleh Pas ini pula dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan kepentingan secara kolektif dalam mencapai hasrat rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan baharu. Kami yakin kebanyakan pengundi akan menolak sikap ini.
4. Pada ketika ini, Pas terpaksa bergantung kepada segmen pengundi keliru. Pengundi ini yang kurang terdedah dengan perkembangan politik menganggap bahawa Pas masih lagi pembangkang yang bernaluri pembangkang, sedangkan parti itu sudah berubah 180 darjah.
5. Walaubagaimanapun pengundi keliru ini dijangka akan berkurang menjelang PRU14 nanti Pakatan Harapan + PPBM akan membuat penerangan seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan pembangkang demi menyelamatkan negara. Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak Pas setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar.
Ayuh Selamatkan Malaysia!
#PemudaBerkerja
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
22 Januari 2017
— dengan Mohd Sany Hamzan.PEMUDA AMANAH NASIONAL

Parti Amanah Negara
Rakyat yang jahil (kata lembut) atau “bodoh” (kata kasar) sahaja yang percaya bahawa SPR itu telus dan kononnya kerajaan Malaysia jujur dalam mengendalikan pilihanraya di Malaysia.
PAS mahu menang 40 kerusi Parlimen, kata Hadi
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, partinya menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Pada masa yang sama, kata Abdul Hadi, parti itu perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor selain memerintah semula Terengganu dan Kedah.
Sambil mengakui walaupun sukar mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri, tetapi PAS mempunyai tanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah, katanya.
Malaysiakini.
"Kuliyyah lewat malam" bersama abang Mat
KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH NASIONAL
(29 Januari 2017)
PEMUDA AMANAH NASIONAL
(29 Januari 2017)
KENYATAAN HADI BUKTI PAS TIDAK MAHU PERINTAH NEGARA
1. Sasaran Pas untuk memenangi 40 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU13) membuktikan parti itu tidak mahu mentadbir negara. Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut menyatakan, selain mensasarkan 40 kerusi parlimen parti itu mahu mempertahankan Kelantan serta memerintah semula Terengganu dan Kedah.
2. Ahli Parlimen Marang itu juga turut mengakui Pas sukar untuk mendapat majoriti 112 kerusi dan memerintah sendiri. Ia memberi gambaran lebih jelas bahawa Pas menyedari mereka tidak mampu memerintah dengan pendekatan politik mereka ketika ini.
3. Pas secara tidak langsung telah memberi harapan palsu kepada penyokong mereka sendiri yang mengharapkan parti itu mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional. Penyokong dan ahli Pas perlu berfikir secara rasional tentang realiti sebenar parti itu yang semakin jauh daripada semangat rakyat yang ingin membuat perubahan.
4. Rakyat Malaysia khususnya kelompok yang masih keliru perlu melihat kenyataan Presiden Pas itu satu perkara serius. Rakyat perlu tahu Pas tidak berhasrat untuk memerintah negara oleh kerana mereka hanya mahu memenangi kerusi yang disasarkan.
5. Rakyat perlu memberi sokongan kepada pakatan pembangkang yang benar-benar komited untuk membuat perubahan dan menolak mana-mana pihak yang tidak bersungguh untuk menghadapi Barisan Nasional.
6. Dengan mengundi Pas pada PRU14 nanti akan merencatkan usaha pembangkang untuk menyelamatkan Malaysia dari cengkaman Barisan Nasional. Pemuda AMANAH Nasional mengajak seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan dan dokongan sepenuhnya Pakatan Harapan agar harapan untuk menyelamatkan Malaysia terlaksana!
#PemudaBekerja
Membina Negara Berintegriti
Membina Negara Berintegriti
MOHD SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
Ketua Pemuda AMANAH Nasional
0 comments:
Post a Comment