Thursday 19 January 2017

HARAPAN dan BERSATU ke Putrajaya, PAS tersingkir lepas PRU14

Jumaat, 20 Januari 2017
Image result for Kartun zunar
Image result for Kartun zunar

HARAPAN ke Putrajaya, PAS tersingkir lepas PRU14


Kaji selidik dijalankan Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) menunjukkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh membentuk kerajaan jika keadaan memihak kepada pembangkang.
Simulasi dijalankan pusat itu mendapati, HARAPAN dan BERSATU boleh memenangi 126 kerusi parlimen berbanding 96 oleh BN. PAS pula diramalkan boleh kehilangan semua kerusinya di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, menurut Rafizi Ramli, keputusan itu bergantung kepada beberapa faktor, seperti separuh daripada pengundi yang tidak terlibat pada pilihan raya umum lalu akan menyokong HARAPAN.
Sokongan pengundi Cina kepada pembangkang pula perlulah kekal seperti pilihan raya umum (PRU) ke-13.
HARAPAN dan BERSATU pula perlu menarik 38 peratus undi daripada penyokong PAS.
Dapatan kaji selidik itu menunjukkan, jika sokongan pengundi Cina masih sama seperti PRU13 dan peratusan tidak keluar mengundi serta sokongan PAS kekal, BN akan menguasai 130 kerusi berbanding HARAPAN dan BERSATU 92 kerusi.
PAS kekal gagal memenangi sebarang kerusi.
Simulasi lain dijalankan I-CPI juga menunjukkan BN akan menang pada PRU14. Dan PAS tetap akan terkeluar dari Dewan Rakyat.
Namun satu lagi kemungkinan yang tidak dinyatakan pada kaji selidik itu ialah, HARAPAN turut boleh tersingkir dari setiap kerusi yang ditandinginya.
Daripada 104,340 responden, 41 peratus menyatakan mereka akan mengundi BN berbanding 24 peratus memilih HARAPAN dan BERSATU. PAS pula memperoleh 21 peratus. Empat belas peratus lagi memberitahu mereka tidak akan mengundi sama sekali.
Walaupun keadaan menunjukkan pembangkang menguasai 43 peratus undi (melalui gabungan HARAPAN, BERSATU dan PAS) berbanding 40 peratus BN, pecahan sokongan memungkinkan BN masih mendapat sokongan majoriti.
Kaji selidik sama bagaimanapun tidak mengambil kira kesan pelaksanaan pesempadanan semula dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena