Sunday 29 January 2017

[Video Tun M bagi 'INFO' Strategi Tumbangkan Najib] Berjuta akan bangkit membela Hadi? Hermm..."Tiada berjuta pun datang masa kes pil kuda," kata peguam

Isnin, 30 Januari 2017

Jutaan umat Islam bangkit jika DAP saman Pas - Nasruddin

Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan yakin jutaan umat Islam termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Islam yang menghormati agama itu akan bangkit membela presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika DAP menyamannya.
"InsyaAllah, jika DAP saman presiden Pas maka ratusan ribu malah jutaan umat Islam termasuk bukan Islam yang menghormati Islam akan bangkit menjadi 'peguam bela' pemimpin gerakan Islam itu.

"Tiada berjuta datang masa kes pil kuda," kata peguam

Peguam  Mohd Fitri Asmuni yang pernah mewakili Presiden Pas berhubung kes saman pil kuda oleh pemimpin PKR berkata, kehadiran penyokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 2014 tidaklah mencecah jutaan orang.
 Bahkan, ujarnya, kehadiran penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari bekas Ketua Pembangkang itu dibicarakan jauh lebih ramai termasuk dalam kalangan masyarakat bukan Melayu.
"Masa aku wakili Presiden Pas dalam kes Pil Kuda dulu, tak ada la berjuta umat Islam datang pun. Muka orang bukan Islam lagi la tak nampak. Kes DS Anuar Ibrahim jauh lebih ramai orang datang 'support' dia di Mahkamah sampai melimpah-limpah orang duduk di luar kawasan Mahkamah termasuk orang India dan Cina," bidasnya hari ini.
Reaksi beliau yang dipetik daripada status Facebook itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang mendakwa jutaan umat Islam termasuk orang bukan Islam akan membela Abdul Hadi jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengambil tindakan mahkamah berhubung tuduhan anti-Islam.
Sehubungan itu, Fitri yang dahulunya Exco Pemuda Pas Perak menasihatkan supaya pemimpin Pas hari ini tidak lagi mengulangi tindakan mengeluarkan kata-kata yang berunsur fitnah.

"Nasihat aku, jangan ulangi kesilapan dua kali. Menang dulu pun kerana kelemahan orang sana, bukan kerana kekuatan kes dia. Aku yang 'interview' dia, aku tahulah ceritanya. Tapi biarlah rahsia," jelasnya yang juga bekas pemimpin Pemuda Amanah Perak itu lagi.
Pada 5 Disember 2013, bekas calon PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Besi Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi selepas pemimpin nombor satu Pas itu mendakwa terdapat calon PKR menjual pil kuda.
Tuduhan Ahli Parlimen Marang tersebut merupakan alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di Dun tersebut sehingga mengakibatkan pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya, Shamsul mendakwa ucapan Hadi dalam ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April 2013 itu menjatuhkan maruah beliau dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 15 Disember 2014 menolak saman fitnah RM2 juta yang difailkan Shamsul selepas mendapati kata-kata tersebut tidak merujuk kepada pihak plaintif walaupun mengakui kenyataan Hadi itu adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena