Sunday 22 January 2017

Operasi banjir Amanah turut bantu ketua pemuda Pas Kelantan & "UMNO bukan peduli kita pun..."

Ahad, 22 Januari 2017
Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan membantu Ketua Pemuda Pas negeri itu Fadhli Shaari untuk menaiki bot ke pusat pemindahan banjir
Operasi banjir Amanah turut bantu ketua pemuda Pas Kelantan 

Foto Otai BERSIH.
Selagi belum PRU, selagi tu lah tak akn hbs kerja memfitnah pemakan dedak nie
Foto Otai BERSIH.
Foto Parti Amanah Negara.
Misi Bantuan Banjir 2.0,Pemuda Amanah Kelantan Lancar Rayuan Derma
Setelah gelombang pertama banjir melanda Kelantan pada 3 Januari 2017 lalu,kini gelombang kedua banjir kembali membadai Kelantan pada 20 Januari 2017.
Pastinya,banjir yang melanda akan sentiasa mengakibatkan kerosakan harta benda,bahkan pada kali ini melibatkan kehilangan nyawa, suatu kerugian besar yang sukar ditanggung oleh mangsa banjir kerana sudah dua kali gelombang banjir ini melanda di Kelantan.
Pemuda Amanah Kelantan seawal 3 Januari lalu telah mengaktifkan Misi Bantuan Banjir Amanah 2017 dan diteruskan kepada Misi Bantuan Pasca Banjir Amanah 2017 ketika Gelombang Pertama Banjir melanda Kelantan baru-baru ini.
Kali ini,sekali lagi khidmat Pemuda Amanah Kelantan ditagih oleh rakyat melalui Misi Bantuan Banjir Amanah 2.0 setelah Gelombang Kedua Banjir mula membadai Kelantan pada 20 Januari lalu.
Kini,Pemuda Amanah Kelantan mula kekurangan dana kewangan untuk menggerakkan Misi Bantuan Banjir Amanah 2.0, setelah dana sedia ada telah habis digunakan untuk Misi Bantuan Banjir Amanah 1.0 dan Misi Bantuan Pasca Banjir Amanah 1.0 yang lalu.
Oleh itu, Pemuda Amanah Kelantan melancarkan Rayuan Derma bagi Tabung Bantuan Banjir Amanah Kelantan.
Sumbangan Tuan/Puan para dermawan budiman sekalian amat diperlukan bagi melancarkan lagi Misi Bantuan Banjir Amanah 2.0 oleh Pemuda Amanah Kelantan ini.
Segala sumbangan boleh disalurkan kepada ;
ANAK MUDA HB ENTERPRISE
No Akaun : 553056410158
Bank : Maybank
Atau hubungi Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Sdr Jeming Hasan di talian 019-9877623
Amanah, Progresif, Peduli
MISI BANTUAN BANJIR AMANAH 2.0
PEMUDA AMANAH KELANTAN
bertarikh : 22/1/2017

Operasi banjir Amanah turut bantu ketua pemuda Pas Kelantan

 | ZIKRI ABDULLAH
Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan membantu Ketua Pemuda Pas negeri itu Fadhli Shaari untuk menaiki bot ke pusat pemindahan banjir
Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan membantu Ketua Pemuda Pas negeri itu Fadhli Shaari untuk menaiki bot ke pusat pemindahan banjir
Operasi bantuan banjir Amanah Kelantan yang diketuai ketua pemuda Hazmi Hassan menggerakkan jentera ke seluruh kawasan yang terlibat banjir.
Paling menarik, pemuda Amanah turut memberi bantuan kepada ketua pemuda Pas Kelantan Ahmad Fadhli Shaari yang turut menjadi mangsa banjir.
"Dalam politik mungkin kita berbeza tetapi dalam misi kemanusiaan seperti ini kami ketepikan perbalahan politik dan turun menghulur tangan membantu mangsa banjir yang dalam kesusahan," kata Hazmi yang kebetulan terlibat sendiri membantu menyelamatkan barangan dan dokumen penting di kediaman Fadhli semalam.
Dalam operasi membantu dan menyelamat banjir kali kedua, unit bantuan Amanah seluruh kawasan yang terlibat banjir digerakkan semula.
Pengarah gerakan bantuan banjir peringkat negeri Che Ibrahim Mohamed berkata pusat operasi kali ini bertempat di Wisma Tok Guru, Salor.
Pengarah lapangan diketuai Hazmi sendiri.
Menurutnya tatacara penyampaian bantuan banjir adalah melalui gerakan operasi peringkat kawasan-kawasan.
"Ketua-ketua kawasan yang terlibat banjir perlu memaklumkan terus kepada bilik gerakan pusat operasi berkenaan keadaan di tempat masing-masing dan jumlah bantuan yang diperlukan.
"Pihak kami di bilik operasi akan membuat keputusan segera mengenai barang-barang dan bentuk-bentuk bantuan yang perlu dihantar.
"Segala urusan pengambilan barang-barang dari pusat ini perlu diurus sendiri oleh kawasan-kawasan terlibat," katanya.
Situasi banjir kali kedua ini menurut beliau agak berbeza dengan pusingan yang lalu.
"Kawasan yang terlibat kali ini lebih menyeluruh dan bukan tertumpu kepada penempatan-penempatan berhampiran sungai sahaja.
"Ini kerana hujan lebat berlaku di kawasan hilir dan paras air sungai tidak tinggi seperti kebiasaan," katanya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jentera peringkat kawasan yang berjaya menggerakkan sukarelawan masing-masing membantu mangsa termasuk operasi pemindahan.
"Jentera kita di Kota Bharu, Tumpat, Pengkalan Chepa, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang, Machang dan Kuala Krai kelihatan begitu aktif membantu di kawasan masing-masing," katanya.
Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di TunjungPenasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di TunjungMalaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena