Sunday 22 January 2017

352 ahli UMNO Felda Taib Andak umumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu...Ribuan warga Felda keluar mendegar ceramah & Mahfuz Omar: ‘Naib presiden PAS pun nak terjun dalam perigi buta?’

Ahad, 22 Januari 2017
Foto Parti Amanah Negara.
Foto Parti Amanah Negara.


Parti Amanah Negara telah menambah 2 foto baru
15 jam
Ceramah Felda Taib Andak, Kulai. Ribuan warga Felda keluar malam ini. Di hadiri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tuan Haji Salahudin Ayob (Amanah), Mazlan Aliman (Anak), Yb Jimmy (Adun PKR Bukit Batu), YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Kulai), Yb Tony Pua (Dap), Yb Hj Aminulhuda (Adun Pt Yanni).
352 ahli UMNO Felda Taib Andak umumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu.
Tahniah !

‘Naib presiden PAS pun nak terjun dalam perigi buta?’

ULASAN l Saya agak terkejut dengan penjelasan Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad, yang juga adalah ahli majlis mesyuarat kerajaan (exco) negeri Selangor.
Iskandar menjelaskan ketidakhadiran PAS pada majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Stadium Malawati pada 14 Jan lalu adalah disebabkan kehadiran Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
"Keputusan untuk tidak hadir disebabkan kehadiran AMANAH dan DAP pada majlis tersebut serta ketiadaan hubungan politik PAS dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran BERSATU," katanya.
Pada saya kenyataan dan penjelasan Iskandar sangat mengejutkan dan mengundang risiko yang besar kepada kelangsungan politik PAS khususnya kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
Kenyataan tersebut seolah-olah memberi isyarat kepada Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bahawa tiga anggota exco negeri Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat akan datang dan sekali gus akan melepaskan jawatan masing-masing.
Ini kerana exco kerajaan negeri Selangor juga terdiri daripada wakil DAP dengan jumlah bilangan mereka sama dengan anggota PAS.
Kenyataan Iskandar juga membayangkan yang semua ahli majlis PBT dari PAS di Selangor akan bertindak seiring dengan tindakan exco disebabkan semua PBT Selangor mempunyai wakil DAP dan beberapa orang wakil AMANAH.
Saya juga percaya Iskandar perlu bertindak demi maruah.
Kenyataan Iskandar juga membayangkan PAS akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan BERSATU kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU).
Tidak mustahil demi maruah, Iskandar akan lakukan ini untuk tidak lagi dituduh seperti dakwaan wakil Dewan Ulamak PAS Selangor pada tahun 2016 yang berkata “wakil rakyat dan mereka yang nak pertahankan kerajaan Selangor kerana sayangkan jawatan.”
Kenyataan Dewan Ulamak PAS Selangor mengundang reaksi Iskandar dengan berkata mereka yang mendakwa sedemikian rupa sebenarnya sejak tahun 2008 berada dalam perigi buta.
Persoalannya adakah Iskandar dan wakil rakyat PAS di Selangor bersedia untuk kembali terjun ke dalam 'perigi buta'?

Datuk Mahfuz Omar adalah ahli parlimen Pokok Sena dan bekas naib presiden PAS serta tetap menjadi ahli parti berkenaan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena