Friday, 27 January 2017

[Video Apasal Cuepacs merayu ni!] Krisis dalaman umno baru semakin serius? Aik, bagi mengelakkan komplot di hidu, NGO pembangkang pulak di persalahkan!

Jumaat, 27 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.

Krisis dalaman umno baru semakin serius, dan terkini sdra zahid Hamidi berada di dalam perancangan perebutan kuasa antara ahli mereka sendiri. Bagi mengelakkan komplot di hidu, NGO pembangkang di persalahkan kononnya terdapat kaitan menjatuhkan beliau dari parti politik lawannya.

Kami di pihak pembangkang tidak perlu cara jatuhkan anda & naikkan orang lain dalam parti anda sendiri kerna pembangkang hanya berusaha ubah posisi pentadbiran Malaysia saja. Semua orang boleh baca permainan ini, tapi anda yang tidak dapat melihat & di nafi oleh orang bawahan anda sendiri.

Hal permainan ini masalah kalian. Tidak perlu sentuh rakyat yang inginkan perubahan dari pentadbiran kleptokrasian.

Dan dalam isu lain, untuk parti Bersatu...sila teruskan penetapan anda ke dalam PH pada kadar segera. Jika ada parti yang ingin bercantum pada parti Bersatu, itu hal lain dan boleh dibuat kemudian.

Tarikh PRU14 sengaja di sembunyi untuk umno baru & bn persiapkan jentera dan pada masa sama sengaja tunggu kalian kucar kacir dengan program perang saraf yang sedang di rancang rapi untuk pembangkang. Sebaik saja kalian berantakan dari perang saraf lawan dan kelewatan pergabungan menggunakan 1 identiti, ketika itu baru Najib umumkan PRU14.

Haa...tunggulah lagi. Boleh pusing2 bercanda menari lagu Hindustan bawah pokok kelapa cium2 manis antara pasangan. Tak tahu agenda lawan sedang mengena...dibuatnya Najib umum tarikh pada kadar segera, berketuklah kepala antara pasangan kekasih masing2, bila luka tunggulah sembuh PRU15 pula.




NGO didalangi parti pembangkang mahu jatuhkan Ahmad Zahid di Bagan Datoh



Timbalan Perdana Menteri menjelaskan ia tidak membabitkan Umno atau parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).
Mengakui bahawa cubaan itu merupakan tugas hakiki pembangkang, beliau yang juga Ahli  Parlimen Bagan Datuk berkata modus operandi yang dilakukan pihak yang telah dikenal pasti itu amat berbeza berbanding pendekatan yang digunakan lawan di kawasan lain.
"Walaupun itu memang tugas pembangkang tetapi di Bagan Datoh  mereka menggunakan beberapa NGO, kumpulan tertentu untuk menentukan bahawa saya 'tercabut' dari akar sokongan.
"Mereka menggunakan organisasi dan individu tempatan untuk merobek segala sokongan yang diberikan rakyat terhadap saya selaku ahli Parlimen termasuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di bawahnya," katanya.
Beliau mengulas andaian parti pembangkang dan pihak tertentu yang menyifatkan pengumuman yang dibuatnya pada malam Jumaat lepas (20 Jan) pada majlis Perjumpaan Khas Bersama Kepimpinan BN Empat Peringkat Bahagian Bagan Datuk itu sebagai tanda wujudnya krisis dalaman membabitkan Umno.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menyempurnakan pemakaian pangkat Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) kepada 38 ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Alwi Ibrahim.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata dakwaan wujud krisis dalam Umno serta BN, khususnya di Bagan Datoh tidak benar kerana pengumuman mengenai usaha menjatuhkannya itu dibuat pada majlis yang disertai kepimpinan BN bagi Parlimen itu.
"Ini bererti saya mengingatkan parti komponen BN bahawa usaha itu datang dari luar dan semua parti harus sepakat dan bersiap siaga menghadapi apa sahaja serangan daripada pihak pembangkang menjelang PRU akan datang," katanya.
Ditanya adakah beliau mengenal pasti NGO dan kumpulan berkenaan, Ahmad Zahid berkata: "sudah kenal pasti, ia didalangi oleh sebuah parti politik pembangkang".

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena