Friday 13 January 2017

Program 1MDB ‘cuci otak’ pelajar UM & Hukuman ke atas mahasiswa: Mahukah UM terus jadi bahan ketawa dunia?

Sabtu, 14 Januari 2017
Anis UM

Penganjur #Tangkap MO1 terkejut terima surat UM

 | October 18, 2016
KUALA LUMPUR: Penganjur #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof hari ini diberikan surat tunjuk sebab daripada pengurusan Universiti Malaya (UM), selepas 2 bulan penganjuran himpunan itu berlalu.
Anis berkata beliau memang menjangkakan universiti akan memberikan surat tunjuk sebab atas tindakannya terlibat dalam himpunan itu.
Bagaimanapun, katanya masa yang panjang diambil UM ternyata mengejutkannya sehinggakan beliau tidak terfikir UM akan mengambil tindakan terhadapnya.
“Saya sudah jangka yang kalau saya ambil tindakan ini memang biasanya universiti akan memberi surat (tunjuk sebab). Tetapi selepas 2 bulan daripada tarikh perhimpunan itu, baru saya dapat surat.
“Saya ingatkan universiti tidak ambil peduli,” katanya kepada FMT.
FMT.

Hukuman ke atas mahasiswa: Mahukah UM terus jadi bahan ketawa dunia?

KUALA LUMPUR, 13 JAN: Mengapa mahasiswa terus diasak dengan amaran demi amaran oleh pihak universiti sedangkan mereka hanya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat yang peduli tentang ketidakadilan yang berlaku di negara ini?
Terbaru, Universiti Malaya (UM) bertindak mengheret empat pelajarnya ke jawatankuasa disiplin hanya kerana memprotes kenyataan 1MDB yang didakwa tidak benar dalam satu program anjuran institusi itu Oktober lalu.
Mengulas perkara itu, Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata hak mahasiswa untuk merungkai kebenaran dan mempersoal sebarang kenyataan yang dimomokkan kepada mereka patut diraikan dan disokong.
Beliau menjelaskan, pelajar yang kritikal dengan isu semasa, terutama melibatkan kepentingan rakyat serta terdedah dengan aktivisme mahasiswa akan berupaya menjadi pemimpin yang telus dan berkaliber.
Hal ini, seperti yang dinyatakan beliau dalam kenyataan sebelum ini, dapat dibuktikan melalui kehebatan pemimpin-pemimpin pelajar dari negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang memperoleh hak beraktivisme mereka.
“Tuduhan kononnya kelakuan pelajar itu mengganggu ketenteraman awam dan memboikot acara rasmi universiti sekali lagi membuatkan UM menjadi bahan ketawa komuniti akademik seluruh dunia.
“Mengapa pihak Universiti tidak henti-henti mencemarkan imejnya sendiri dengan menghukum aktivis-aktivis mahasiswa?” soalnya dalam satu kenyataan.
“Aktivisme mahasiswa sepatutnya disokong penuh kerana itulah peranan universiti yang sebenar,” jelasnya.
Oleh itu, Teresa mendesak agar semua tuduhan yang dilemparkan ke atas empat pelajar terbabit ditarik balik dengan serta-merta.
UM sebelum ini turut melakukan perkara sama kepada empat pelajar lain yang didakwa terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 yang diadakan pada Ogos tahun lalu.
Anis Syafiqah, Mohamad Luqman Nul Haqim dan Muhammad Luqman Hakim Fazli digantung satu semester beserta denda RM400 dan amaran.
Manakala seorang lagi pelajar, Suhail Wan Azahar dikenakan denda RM400 beserta amaran. – Roketkini.com

Program 1MDB ‘cuci otak’ pelajar UM: DAPSY kecam tindakan heret empat pelajar ke jawatankuasa disiplin


KUALA LUMPUR, 13 JAN: Sosialis Muda DAP (DAPSY) mengecam tindakan Universiti Malaya (UM) mengheret empat pelajar ke jawatankuasa disiplin ekoran memprotes kenyataan putar belit pihak 1MDB dalam satu program anjuran institusi pendidikan awam itu pada tahun lalu.
Empat pelajar itu merupakan ahli UMANY (Persatuan Anak Muda Baru Universiti Malaya);  Timbalan Presiden, Tan Jia You, Ketua Biro Publisiti, Chua Hun Ti dan Setiausaha Agung, Lau Li Yang, dituduh menganggu ketenteraman awam, tidak berdisiplin dan menghasut atau kononnya terlibat dalam boikot program rasmi universiti.
Manakala, bekas Presiden UMANY, Ho Chi Yang pula berdepan tuduhan yang sama kecuali tuduhan mengganggu ketenteraman awam.
“DAPSY menggesa pihak universiti supaya berhenti mengugut pelajar melalui tindakan disiplin dan menghormati hak kebebasan menyuarakan pandangan seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Mereka hanya menyampaikan pandangan rakyat mengenai skandal 1MDB.
“Oleh itu, adalah tidak adil, dan tidak bijak dan tidak berperlembagaan untuk menghukum pelajar kerana mereka mempunyai hak untuk memprotes dan menyuarakan keresahan rakyat,” ujar Pengarah Biro Hal-Ehwal Universiti dan Kolej Universiti DAPSY, Leong Yu Sheng.
Atas alasan itu, katanya, DAPSY menuntut supaya pihak UM menggugurkan kesemua tuduhan terhadap mereka.
Empat pelajar berkenaan mengangkat plakad ‘anti-1MDB’ sebagai tindakan memprotes pada 11 Oktober tahun lalu, dalam satu sesi perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang dianjurkan UM.
Mereka mendakwa sesi perbincangan antara pihak 1MDB dan pelajar itu bertujuan untuk ‘membasuh otak’ dan memperdaya penuntut berhubung isu skandal syarikat pelaburan bermasalah milik negara berkenaan.
Arul Kanda antara lain mendakwa kononnya firma audit yang dilantik 1MDB sebelum ini, Deloitte menarik diri ekoran tidak menyiapkan laporan audit kewangan syarikat terbabit bagi tahun 2015.
Pelajar berkenaan turut menuntut supaya “Malaysian Official 1” (‘MO1’) yang disebut sebanyak 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) bagi merampas aset bernilai AS$1 bilion yang diseleweng daripada 1MDB supaya diberkas dan disiasat.
‘MO1’ dirujuk secara meluas sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Mengulas lanjut, Yu Sheng berkata, DAPSY membantah tindakan kerajaan UMNO-Barisan Nasional menyalahgunakan kemudahan universiti dengan tujuan untuk menyelamatkan kerjaya politik individu tertentu.
“DAPSY membantah tindakan kerajaan yang tidak menghormati kebebasan akademik dan menyalahgunakan kuasa dalam pentadbiran institusi pendidikan.
“Dengan menganjurkan sesi ‘cuci otak’ seumpama itu, pihak kerajaan telah menyalah guna kemudahan akademik dan melaksanakan aktiviti politik tidak wajar semata-mata ingin menutup skandal Najib (melibatkan 1MDB),” katanya. – Roketkini.com

1 comments:

IRENE GIRON FERNANDEZ said...

Hello Semua orang
syarikat IRENE FERNANDEZ Pinjaman kembali di sini dan kini memberi pinjaman untuk semua jenis aktiviti pada tahun 2017 dan pinjaman ini untuk memulakan tahun baru. Anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Adakah anda pernah ditolak oleh bank dan agensi kewangan yang lain? Anda memerlukan penyatuan atau gadai janji pinjaman?
Kami berada di sini untuk memberi semua masalah kewangan anda, kami meminjam wang kepada orang yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil-bil, dan untuk melabur dalam perniagaan pada kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. julat pinjaman kami dari 20,000 Ringgit 50, 000,000.00, Ringgit juga kita meminjam dalam dolar, Rupiah dan mana-mana mata wang lain pilihan anda.

Hubungi kami hari ini melalui e-mel; (irenegironfernandez@gmail.com) untuk memohon.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena