Thursday 26 January 2017

[Video] 'Jangan tangkap pegawai kerajaan aje, tangkap juga ahli politik korup'! AMANAH tak anggap dikhianati DAP

Jumaat, 27 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
Dah berlalu pun hari SELASA terakhir bulan Januari 2017.
Minggu depan muncul pula Selasa awal bulan Februari

Tolong ingatkan Najib dia nak saman WSJ pada hari Selasa.
Foto Suara Rakyat.
Sejak DAP perintah Malaysia, Tanah Rizab Melayu yang ditetapkan nisbah 50 peratus oleh Raja-Raja Melayu kini hanya tinggal 12 peratus
'Jahat sungguh DAP'!

AMANAH tak anggap dikhianati DAP


Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak menganggap penasihat DAP Lim Kit Siang mengkhianati parti itu apabila menghulurkan salam perdamaian dengan PAS.
"Tak, tak, tak. Saya rasa itu bukan ideanya. Ideanya adalah untuk menggesa semua parti menentang Barisan Nasional," kata timbalan presiden AMANAH, Salahuddin Ayob kepada Malaysiakini.
Dengan menyatakan AMANAH tidak tersinggung dengan tindakan Lim, Salahuddin menegaskan parti itu pada masa lalu juga menggesa semua parti-parti pembangkang untuk bekerjasama.
"Saya telah memberikan begitu banyak kenyataan kepada kesediaan AMANAH untuk bersama-sama (dengan parti lain), untuk mengetepikan perbezaan kita.
"Kesediaan itu bukan hanya DAP, tetapi juga Amanah, dari hari pertama sentiasa membuka pintu kepada mana-mana parti, termasuk PAS," katanya.
Namun begitu, beliau kesal kerana PAS terus memandang remeh kesediaan AMANAH untuk bekerja bersama-sama.
"Saya rasa kita harus biarkan rakyat menilai siapa yang selalu membantah gesaan untuk satukan barisan pembangkang," kata Salahuddin.
Dengan menegaskan kepentingan agar semua parti pembangkang bersatu dalam pilihan raya umum akan datang, Salahuddin menggesa semua parti melihat gambaran lebih besar tentang pelbagai isu melanda negara seperti skandal 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Lim, awal minggu ini menyatakan kesediaan bekerjasama dengan PAS, jika presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkongsi komitmen sama untuk menentang 'kleptokrasi'.
Ahli parlimen Gelang Patah itu turut menyoal Hadi sama ada sedia menyatakan sebarang komitmennya.
Sementara itu Setiausaha Agung AMANAH Anuar Tahir turut menyatakan parti itu tidak terasa hati dengan cadangan Lim.
"Tak ada, tak ada sama sekali. Semua orang berhak untuk mengeluarkan pendapat dan sebagainya. Kita kena hormati semua pandangan," katanya.
Beliau juga percaya salam perdamaian oleh Lim lebih berkaitan kepada persoalan sama ada PAS sedia berjuang menentang kleptokrasi, memandangkan hubungan yang baik antara parti itu dan Umno.
"Jadi kenyataan tegas menentang kleptokrasi tak berlaku (di pihak PAS). Jadi konteks Kit Siang dia bertanya minta pengesahan itu, "kata Anuar.
Malaysiakini.
Komen
Nasha Rudin · 
Isu nya disini ialah Pakatan Harapan mahu kan semua parti2 pembangkang bersatu utk tumbangkan Umnoo/ Bn....
Pkr,Amanah,Bersatu dan Dap ingin Pas bersama sama membentuk satu Pakatan utk menang dlm Pru14 dgn bertanding satu lawan satu...
Kita kena ingat..,ini bukan saja perjuangan parti2 pembangkang..Rakyat juga mahukan kemenangan utk Rakyat...yg selama ini diJajah oleh Umnoo/Bn..
Pas sepatutnya berfikiran terbuka demi Rakyat dan bukan nya Pas utk Pas saja...fikirlah utk Rakyat juga...
SukaBalas31 jam
Jamil Bakar · 
Mulai besok malaysiakini tak payah lapor pasal PAN ni, parti lekat celah gigi saja, buat menyemak media saja,, orang pun tak kenal, ingat kan staf felda, pakai baju oren....... Amanah ni satu satu nya parti islam yg mesra dengan musuh islam........ Mampusss la orang islam kalau layan pandai ni...
SukaBalas12 jam
Ismail Rahim Jamalul
Terbaik
SukaBalas1 jam
Ramli Awang · 
Jgn menghina bro.... Kwn2 saya yg dulu Umno Dan Pas Dah ramai melihat Amanah lebih baik Dan memahami denyut nadi rakyat marhaen spt Saya. Cuma penghijrahan mereka berbentuk senyap. Kebnyknnya mereka golongan professional yg berilmu. Mereka memahami keperluan yg patut didahulukan. Mereka tidak dipandu oleh sentiment, ttp kewarasan. Apabila melihat kebodohan melampau mereka hnya tersenyum sinis....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena