Friday 20 January 2017

[Video Sepak Kepala Macam Bola] Polis tahan ‘bodyguard’ belasah pemandu lori.

Jumaat, 20 Januari 2017


Otai BERSIH Salam Sejahtera YDH Tuan 

1⃣ Butir-butir Laporan

No. Rpt: Hulu Kelang/220/17
Tarikh Rpt: 15/01/2017
Masa: 0046hrs

2⃣ Butir-butir Pengadu: 
2.1 Nama : Adhikari Dilli Ram
No. Passport : 05982139
Jantina : Lelaki
Bangsa : Nepal
Umur : 28 Tahun
Kerja : Pengawal Keselamatan

3⃣Tempat Kejadian:
3.1 kawasan parkir Kondominium Puncak Anthenaneum

4⃣ Saspek
4.1 Pemandu Lori :-
Nama : Nasrul Faiz Bin Zulfahmi
No KP : 921117-14-5745
Jenis : M/kar Lori Daihatsu
No pendaftaran : WNM7856

4.2 Pemandu Kereta
Nama : Izakri Bin Zakaria
No KP : 790506-10-5539
Jenis : M/Kar Mercedez Benz
No pendaftaran : WWC8908

5⃣Fakta Kes
5.1 . Pada 14/01/2016 jam lebih kurang 1415hrs, pengadu merupakan seorang pengawal keselamatan bersama rakan sekerjanya bernama 'Shyam' berbangsa nepal berada di pos pengawal. Semasa pengadu sedang bertugas, telah datang sebuah M/Lori warna merah No.pendaftaran WNM7856 yang di bawa oleh (2) Lelaki bangsa Melayu dan India untuk menghantar Roti dan Air jus di mini market kondominium tersebut. Dalam lebih kurang 20 minit M/Lori tersebut di letakkan di parkir yang disediakn, kemudian telah datang sebuah kereta Jenis Mercedes Benz yang dinaiki (3) Lelaki melayu dan (1) Lelaki india yang bewarna silver No.Pendaftaran WWC8908 dan masuk ke bahagian drop off dan meletakkan kenderaan beliau disitu dengan baik bertujuan bagi menghadiri majlis. M/Kar tersebut di letakkan dibahagian parkir belakang M/Lori tersebut. Setelah dilihat Pemandu M/Lori tersebut menghantar barang-barang di minimarket tersebut, pemandu tersebut ingin beredar dan secara tiba-tiba semasa berundur beliau telah melanggar bahagian hadapan kereta mercedez tersebut. Kemudian telah berlaku pertengkaran antara pemandu lori dan juga pemandu kereta tersebut. Satu pergelutan telah berlaku diantara kedua pemandu tersebut hingga menyebabkan (4) lelaki yang tidak dikenali telah masuk campur ke dalam pergaduhan tersebut. Akibat daripada pergaduhan tersebut, pemandu lori dan pemandu kereta dilihat mengalami kecederaan.Mereka dilihat bergaduh tanpa menggunakan apa-apa senjata dan hanya menggunakan kaki dan tangan.

6⃣ Tindakan IO.
6.1 - Pegawai penyiasat telah merakam percakapan
A1- Adhikari Dilli Ram (Pengawal Keselamatan)
A2- B K Shyam (Pengawal Keselamatan)
A3- Nasrul Faiz Bin Zulfahmi (Pemandu Lori)
A4- Izakri Bin Zakaria (Pemandu Kereta)

7⃣ Hasil Siasatan
- Pegawai penyiasat telah mengambil keterangan daripada mangsa sendiri iaitu Pemandu M/lori bernama Nasrul Faiz Bin Zulfahmi dan beliau menyatakan telah berlaku sedikit salah faham antara beliau bersama pemandu M/kar jenis Mercedez bernama Izakri Bin Zakaria. Mereka mengaku telah berlaku satu bergelutan semasa kejadian dan kedua-dua mereka mengalami kecederaan. Selepas pergelutan tersebut menjadi aman, kedua-dua belah pihak telah mendapat kata putus dan bersetuju menyelesaikan perkara ini dengan baik. Hal ini diselesaikan dengan cara segala kos kerugian yang dialami oleh Pemilik M/Kar jenis Mercedes Benz No pendaftaran WWC8908 akan di tanggung oleh majikan Pemandu M/Lori No pendaftaran WNM7856. Segala Kos Rawatan Pemandu Lori akan ditanggung oleh majikannya dan manakala kos rawatan pemandu kereta akan ditanggung oleh beliau sendiri. Kedua -dua belah pihak tidak membuat sebarang repot berkenaan kejadian ini kerana hal ini telah dianggap selesai dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak dan mereka juga tidak mahu mengambil sebarang apa-apa tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Sekian Terima Kasih

Polis tahan ‘bodyguard’ belasah pemandu lori



Polis hari ini menahan seorang lelaki susulan sebuah video yang memaparkan dirinya memukul seorang pemandu lori yang menjadi tular di media sosial selepas berlakunya satu kemalangan.
Akhbar China Press memetik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kedua-dua pihak cuba untuk menyelesaikan pertikaian mereka, tetapi pihak polis tidak membenarkannya kerana kes itu adalah kes jenayah.
Beliau juga menafikan bahawa lelaki itu bergelar "Datuk" seperti yang didakwa dalam video yang telah tersebar luas.
Khalid berkata kedua-dua pemandu Mercedes Benz dan mangsa telah membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Ketua Polis Negara bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai suspek.
Beliau turut menasihati orang lain yang terlibat dalam kejadian itu menyerah diri.
Rakaman video itu dimuatkan dengan tajuk ‘Lelaki dibelasah oleh bodyguard Dato' kerana melanggar keretanya’.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur apabila lori pemandu itu bergesel dengan kereta Mercedes Benz berkenaan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena