Saturday 28 January 2017

[Video] Ops Caviar & Projek Ikan Sturgeon Felda RM47.6 juta 'hangus'? 24 individu telah dipanggil...

Ahad, 29 Januari 2017

Related image
Image result for Gambar ikan sturgeon
Cuba bayangkan bagaimana rasanya ya jika memancing dan mendapatkan ikan Sturgeon yang sebesar itu? Pasti sangat maksimum.

Ikan Sturgeon Bintang

Ikan Sturgeon Bintang (nama saintifikAcipenser stellatus), juga di kenali sebagai Uzun Burun (Turki:hidung panjang) dan Drakul, ialah spesies ikan sturgeon yang hidup di lembangan Laut HitamLaut Azov, dan Laut Caspian, tetapi jarang ditemui di Laut Adriatik. Ikan ini boleh mencapai 220 sentimeter (melebihi 7 kaki) panjangnya, dan sehingga 80 kilogram (lebih kurang 180 paun) beratnya. Usia maksimum yang dilaporkan untuk spesies ini ialah 27 tahun.
Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama-sama dengan ikan Strugeon Beluga dan ikan Sturgeon Parsi, kerana kaviarnya. Dagingnya dianggap sebagai suatu makanan istimewa yang mahal di kawasan Caspian, selain daripada digunakan untuk membuat kebab atau dimakan secara goreng, panggang, atau salai.
Terdapat banyak percubaan di RusiaIranItali, dan Amerika Syarikat untuk menyesuaikan Ikan Sturgeon Bintang bagi tujuan akuakultur, dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda populasi yang minimum ialah 4.5 - 14 tahun. Ikan Sturgeon Bintang telah dikelaskan sebagai spesies terancam, dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh CITES.

Sturgeon
Related image
Satu lagi haiwan purba dari zaman dinosaur (mereka sudah ada dizaman Jurassic), Sturgeon terkenal menjadi salah satu sumber utama kaviar (yang dibuat daripada telur ikan); akibat penangkapan ikan berlebihan ini, ikan berperisai ini terancam pada masa kini. Spesies sturgeon terbesar boleh membesar sehingga 6 meter (19 '7 ") panjang, yang menbesar seperti jerung  putih yang paling besar; mereka memakan haiwan kecil dari dasar laut dan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia.

Projek ikan sturgeon: 24 individu telah dipanggil
SHAH ALAM - Seramai 24 individu telah dipanggil berhubung kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abd Ghani berkata, kesemua saksi ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
Ketika ditanya sama ada akan memanggil lagi saksi-saksi lain, beliau tidak menafikannya.
“Ya...kita dalam proses siasatan lagi dan kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.‎
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut dijalankan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.
Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu ke atas lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Mereka yang ditahan terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.
SH.

5 individu direman 7 hari bantu siasatan projek ikan sturgeon

 | January 25, 2017
Mereka ditahan semalam menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek bernilai RM47.6 juta sejak 2014.
macc-arrest-jail
PUTRAJAYA: Lima individu termasuk 2 bekas pegawai kanan Felda direman 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kelima-lima lelaki itu sehingga 31 Jan ini.
Kesemua mereka yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.05 pagi menaiki 4 kereta berasingan.
Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kelima-lima individu itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari semalam menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena