Saturday 21 January 2017

P. Pinang selamatkan Kg Pmtg Tok Subuh..."Pemaju tak layan Kerajaan Negeri kerana dia kata, dia pun ada kerajaan (Umno/BN)!" Komunis-China yang untung, cina-DAP juga disalahkan...

Ahad, 22 Januari 2017
Foto Suara Rakyat.
Mengapa serah projek rumah kos rendah kepada firma China?

Adakah kontraktor daripada China ini menawarkan kos pembinaan yang jauh lebih rendah daripada syarikat2 tempatan?

Sekiranya kosnya jauh lebih rendah, kami berharap tawaran perumahan kepada rakyat diberikan dengan harga yang lebih rendah dan berpatutan berbanding harga ketika ini.
Foto Suara Rakyat.
Najib kata #ForestCity 'leasehold' (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja. Tapi yang tertulis di papan tanda tu 'HAK MILIK KEKAL'.

Sapa tipu sapa ni?

TAHUKAH ANDA.. pada laman sesawang Forest City juga ada mengatakan 'Forest City freehold property rights'...

Biar rakyat yg menentukan SIAPAKAH PEMBOHONG SEBENARNYA..

Kerajaan Negeri P. Pinang selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh dari dilenyapkan pemaju

BUKIT MERTAJAM, 21 JAN: Perjuangan hampir tiga tahun penduduk Kampung Permatang Tok Suboh untuk mengekalkan penempatan mereka di sini berakhir dengan khabar gembira.
26 buah keluarga yang berdepan pengusiran oleh pihak pemaju tanah yang diduduki mereka, menerima tawaran membeli rumah kos rendah pada harga RM25,000 sahaja, daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Bercakap di Majlis ‘Jelajah Desa bersama Kit Siang’ anjuran DAP, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata Kerajaan Negeri akan membina 37 buah rumah di sebuah lot tanah milik kerajaan yang telah dikenalpasti.
26 daripada unit tersebut akan dijual kepada penduduk Kampung Permatang Tok Subuh dengan harga runtuh, manakala baki 11 buah lagi akan diberikan kepada penduduk sedia ada di tanah gantian tersebut, yang selama ini tinggal di sana tanpa kebenaran kerajaan.
Menurut Guan Eng lagi, hasil inisiatif dan rundingan kerajaan negeri dan tuan tanah telah membuahkan hasil dengan pemberian pampasan bernilai antara RM25,000 hingga RM44,400.
“Pemaju tak layan Kerajaan Negeri kerana dia kata, dia pun ada kerajaan. Kerajaan yang lagi tinggi,” ujar beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, mengenang kembali kronologi layanan pihak pemaju terhadap usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang membela nasib penduduk.
“Selagi kerajaan Pakatan ini milik rakyat, kita akan pastikan Kampung Permatang Tok Subuh kekal hingga selama-selamanya,” tegas Guan Eng, membidas sikap pemaju yang cuba menggunakan pengaruh mereka dalam kerajaan pusat untuk menindas penduduk.
Turut hadir dalam acara tersebut adalah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang sedang dalam rangka menjelajah dari desa ke desa untuk mendekati masyarakat. Beliau turut ditemani Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim.
Untuk maklumat lanjut mengenai perjuangan Kampung Permatang Tok Subuh, baca tulisan Steven di: https://www.roketkini.com/2016/04/18/hak-perumahan-harus-dimasukkan-ke-dalam-perlembagaan-persekutuan/ – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena