Wednesday, 25 January 2017

Menteri Umno - "Saya paling GUMBIRA bila Ringgit JATUH bagus utk pelancongan" tapi NGAPE tutup Pusat Pelancongan? Baguslah, kau baru sedar, negara takde duit!

Khamis, 26 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
Wajib bodo...
Image result for Gambar Nazri Abdul Aziz
Foto Suara Rakyat.

Suka Halaman Ini · 23hb Januari 
Baguslah.. sedar, negara takde duit... itu isu sebenarnya..

K’jaan tutup semua pejabat Tourism Malaysia

Semua pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara ditutup berkuat kuasa serta merta bagi mengelak pertindihan kerja dengan agensi-agensi negeri dalam mempromosi pusat pelancongan di negara ini.
Malaysiakini.


Cuepacs: Nasib kakitangan Pusat Pelancongan tak menentu


Lebih 230 kakitangan awam berdepan masa depan tidak menentu ekoran keputusan kerajaan menutup serta-merta Pusat Pelancongan Malaysia dalam dan luar negara.
Di sebalik jaminan menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa tiada kakitangan akan diberhentikan, Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda berkata, mereka tidak mendapat maklumat lanjut mengenainya.
"Kakitangan terbabit tidak tahu ke mana mereka harus pergi, sama ada ke pejabat peringkat negeri atau ibu pejabat.
"Bagaimana pula bayaran dan elaun mereka. Petugas berkenaan tidak tahu apa akan jadi pada mereka," katanya.
Sebelum ini Nazri dilaporkan berkata, penutupan berkenaan perlu dibuat kerana berlaku pertindihan dengan pejabat pelancongan negeri.
Katanya, langkah berkenaan juga dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM6 juta setahun.
Menurut Azih, Cuepacs juga mengetahui mengenai penutupan berkenaan melalui akhbar.
Selain di peringkat domestik, Pelancongan Malaysia juga mempunyai pejabat di Afrika Selatan, AS dan Australia.
Justeru, kata Azih, kerajaan perlu mengkaji semula keputusan drastik itu kerana ia tidak memberi masa mencukupi bagi kakitangannya membua perancangan.
"Kami harap tiada pekerja diberhentikan, terutama memandangkan keadaan ekonomi sekarang.
"Beri penjelasan kepada mereka, beri pilihan dan gambara jelas ke mana mereka akan ditempatkan," katanya.
Sementara itu semakan Malaysiakini mendapati pejabat-pejabat Pelancongan Malaysia di negara ini masih dibuka dan kakitangannya sedang menunggu notis rasmi mengenai penutupan berkenaan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena