Sunday 29 January 2017

[Video] Bangun pagi aje NAK MEROMPAK! 1MDB disenarai syarikat paling kontroversi di dunia - RepRisk

Isnin, 30 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
TENGOK DAN BACA JE, 
Related image
Student activists hold clown-faced caricatures of Malaysian Prime Minister Najib Razak (second right) and his wife Rosmah Mansor (second left) during a protest over the 1MDB scandal in Kuala Lumpur in August 2016. Photo: AFP

1MDB disenarai syarikat paling kontroversi di dunia

 | MALAYSIA DATELINE
Sebuah firma perisikan perniagaan RepRisk yang berpusat di United Kingdom  telah mencatatkan analisis terhadap beberapa skandal korporat paling kontroversi di seluruh dunia bagi tahun 2016.
Pada 2016 syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menduduki tangga teratas yang dikaitkan dengan skandal korporat berbanding sembilan syarikat lain di dunia.
Analisis dilakukan firma itu bersandarkan kepada 80,000 sumber yang diperoleh daripada berita, bahan siaran kerajaan, thinktanks dan media sosial.
Memetik laporan yang disiarkan portal www.managementtoday.com.uk  yang menyebut firma perisikan itu mencatatkan dana 1MDB  telah dilancarkan pada tahun 2009 untuk menarik pelaburan masuk ke negara Asia Tenggara tetapi sejak dakwaan berlaku pengubahan wang haram dan terdapat dakwaan bahawa ia menyalurkan wang ke akaun peribadi perdana menteri Najib Razak - sesuatu yang beliau menafikannya. Ia telah menghadapi siasatan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Hong Kong, UAE, Singapura dan Switzerland.
Tempat kedua Massack Fonseca membabitkan skandal Panama Papers pada April tahun lalu yang mendedahkan hal ehwal kewangan Perdana Menteri Britain David Cameron dan Perdana Menteri Iceland Sigmunudur David Gunnlaugsson. Ia berkaitan mengenai cukai, pengubahan wang haram dan jenayah kewangan lain yang dilakukan oleh syarikat Shell yang ditubuhkan oleh Mossack Fonseca.
Tempat ketiga pula mencatatkan Samarco Mineracao sebuah syarikat perlombongan Brazil pada 2015 kerana mengakibatkan sebuah empangan pecah yang melepaskan 60juta kaki padu lumpur toksik menyebabkan pencemaran besar-besaran persekitaran tempatan dan berlaku 17 kematian. Syarikat itu kini berhadapan dengan dakwaan membunuh dalam kes mahkamah jenayah dan sivil yang masih lagi berjalan.
RepRisk juga turut menyenaraikan beberapa syarikat korporat dalam skandal mereka antaranya ditempat ke empat Jiannsu Changlong Chemicals; Daewoo Shipbuilding & Marinie Engineering; Unaoil; Rizal Commercial Banking Corp; Lotte Group; Volkswagen dan; tempat ke 10 Odebrecht.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena