Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berucap di hadapan lebih 10 ribu ahli PPBM seluruh Bahagian Malaysia di Stadium Melawati Shah Alam, 14 Januari 2017.
SHAH ALAM, Selangor – Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) percaya mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 dan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baharu.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya optimis dengan impian tersebut hanya jika rakyat sanggup mengorbankan kepentingan jangka pendek dan mahu bersama-sama mengembalikan kegemilangan negara.
“Saya yakin bahawa kemenangan akan memihak kepada kita akhirnya.
“Melakukan perkara yang sama berulang kali sambil mengharapkan hasil yang berbeza atau lebih teruk lagi kalau kita tewas kepada dedak, maka itu semua hanya mimpi Mat Jenin semata-mata.
“Angan-angan yang tak akan menjadi nyata. Hidup kita semakin sengsara, masa depan anak cucu kita gelap gelita. Malaysia terus menuju binasa,” katanya sempena Majlis Pelancaran PPBM di Stadium Malawati pada Sabtu.
Pada majlis tersebut, ibunya Tun Dr Siti Hasmah mengetuai koir yang menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PPBM bertajuk ‘Perjuangan Kita’ semasa majlis bermula.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment