Tuesday 24 January 2017

[Video] Siapa dalang yang nak jatuhkan Zahid Hamidi? Saya begitu simpati mendengar rintihan dan keluhan rakan baik saya - MAHFUZ OMAR

Rabu, 25 Januari 2017

Foto Otai BERSIH.
Hamek kaw!!!

Dah kena kitai baru nak insaf. Skrg baru nak sebut psl malapetaka 1MDB. Dari dulu sibuk dengan I love PM.... Poodahhhh...

Jom geng ... I dah order kuaci ngan pop corn... Sape nak join?

Siapa dalang yang nak jatuhkan Zahid Hamidi?

ULASAN l Saya begitu simpati mendengar rintihan dan keluhan rakan baik saya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberitahu dunia bahawa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau sebagai anggota parlimen Bagan Datuk pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Zahid yang juga naib presiden Umno menyatakan bahawa ada usaha pihak tertentu yang mahu mengalahkan Barisan Nasional di Bagan Datuk pada PRU14 serta menyifatkan usaha tersebut sebagai 'rosak ikan bermula dari kepala' memetik laporan Bernama.
Teori 'ikan rosak bermula dari kepala' diibaratkan jika ikan mati, maka yang busuk dulu adalah kepala, teori ini menggambarkan sebuah kepemimpinan, di mana kalau terjadi kesalahan dalam organisasi, maka yang bertanggung jawab atas kesalahan itu pemimpinnya.
Persoalannya kenapa Zahid tiba-tiba mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Apa yang dimaksudkan oleh Zahid mengenai pihak yang mahu menjatuh dan mengalahkannya pada PRU14. Sudah pasti bukannya datang dari pembangkang.
Jangan menyalahkan pembangkang, yang salah itu adalah kesalahan pemimpin Umno/BN.
Sudah menjadi tradisi apabila pembangkang bertanding pada pilihanraya ia bukan sekadar kerusi Bagan Datuk yang mahu dimenangi tetapi termasuk Pekan dan semua 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Potong bahagian kepala
Maka sudah tentu yang dimaksudkan Zahid 'rosak ikan bermula di kepala' itu adalah mainan politik dalaman Umno/BN yang didalangi oleh 'kepala ikan besar dan mahal' yang sedang mengalami kerosakan.
Dalam erti kata lain satu gerakan untuk sabotaj Zahid sudah dikesan oleh pasukan Zahid dan tidak mustahil ia membabitkan polis dan perisik angkatan tentera.
Gerakan ini saya percaya sudah lama diperkatakan melalui serangan dari kumpulan askar siber (cybertrooper) yang diberi upah untuk menyerang Zahid.
Mandat kerajaan BN sekarang bakal berakhir pada Jun 2018, apakah 'jenis kepala ikan' tersebut?... Jenahak, Merah, Senangin, Siakap atau kepala ikan Salmon.
Zahid mesti tampil berani memberi tahu agar rakyat faham 'kepala ikan apa yang mengalami kerosakan bagi menghindar rakyat dari makan ikan yang tidak ada zat dan membusukan'.
Teori ‘ikan busuk bermula dari kepala’ maka perdana menteri yang juga presiden Umno adalah 'kepala ikan yang busuk'.
Badan 'ikan' iaitu menteri kabinet atau ahli majlis tertinggi Umno, kepala sudah busuk, maka sahih ia bermula dari 'kepala ikan yang busuk' iaitu perdana menteri!
Maka jika ikan di bahagian kepala yang membusuk, maka kita harus potong bahagian kepalanya, agar tidak menjalar ke bahagian badannya hingga ekornya.

DATUK MAHFUZ OMAR adalah Ahli Parlimen Pokok Sena
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena