Monday, 23 January 2017

[Video Guan Eng jadi 'cikgu'] "Kerap sangatlah 'dia' ni menipu!" Blok ketiga alat BN, dakwa Salahuddin

Isnin, 23 Januari 2017
Foto Suara Rakyat.
KANTOI LAGI...!!
Sudah kami jangkakan Laman web Jabatan Penerangan sahkan MCA minta jawatan TPM TELAH DIGHAIBKAN setelah kami mendedahkan berkali-kali segala pembohongan Najib Razak terhadap rakyat..
Bayangkan tak sampai 1 minggu Najib telah berbohong secara terang2an terhadap rakyat sbyk DUA KALI, pertama isu #ForestCity Hak Milik Kekal vs 'leasehold' & kedua isu MCA tidak pernah minta jawatan TPM.
Jadi jelas di sini Najib kantoi lagi menipu. Tapi aku tak hairan pun sebab Najib sudah biasa menipu, setakat menipu macam ni memang perkara biasa bagi dia.
Image result for Gambar Blok ketiga

Blok ketiga alat BN, dakwa Salahuddin

Gabungan beberapa parti yang membentuk "blok ketiga" adalah alat untuk memecah-belahkan pembangkang, kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.
Beliau dalam satu kenyataan dipetik berkata ia terhasil daripada suatu perancangan sulit dan rapi pihak yang berkenaan selepas Pakatan Harapan kian mendapat sambutan daripada rakyat.
Dalam kenyataannya Salahuddin berkata, disebabkan itu kewujudan blok ketiga itu dijangka boleh memberi sumbangan kepada kemenangan BN.
Justeru, katanya, rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga terbabit memang perancangan rapi untuk melemahkan pakatan pembangkang.
"Amanah dan parti rakan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan melaksanakan kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham bahawa pakatan blok ketiga adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama BN," katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.
Ketika beberapa parti bergabung dalam Pakatan Harapan, Pas bersama beberapa parti lain membentuk kerjasama berasingan dan menganggap mereka sebagai "blok ketiga".
Ia diwujudkan sebagai satu lagi pilihan kepada pengundi selain BN dan Pakatan Harapan.
Bersatu cuba membawa Pas menyertai Pakatan Harapan namun mereka bertegas menolak kerana enggan bekerjasama dengan Amanah serta DAP.
Beberapa pihak pula menganggap Pas mengambil sikap begitu kerana mengikut percaturan mereka, parti berkenaan memiliki kelebihan dengan tidak menyertai Pakatan Harapan.
Salahuddin berkata, pada masa sama Amanah menganggap Bersatu sebagai parti yang boleh diteladani.
Alasannya parti itu dilihat bersegera memperkukuh posisi mereka bersama Pakatan Harapan untuk "menentang kezaliman BN" yang didakwanya mengalami skandal terbesar ketika ini.
"Rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi King Maker dan kelihatan pro-BN.
"Ini adalah parti yang tidak boleh dipercayai sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena